Anda di halaman 1dari 11

Y.A.B Dato Sri Mohd.

Najib bin Tun Abdul Razak


Konsep atau Falsafah Satu Malaysia......Satu Negara untuk
semua warganegara Malaysia...
Satu Malaysia dan Model Ekonomi Baru/Model Baru
Ekonomi adalah dua teras penting dalam program
tranformasi negara yang diperkenalkan oleh Datuk Sri
Najib Tun Razak .

Satu Malaysia adalah pra syarat untuk mencapai wawasan
negara Maju menjelang 2020. Falsafah ini adalah hasrat
murni untuk melihat Malaysia berada dalam keadaan stabil
dan kukuh. Setiap kaum saling menerima antara satu sama
lain dan dapat hidup bersama sebagai rakyat satu negara.

Sesuatu yang dinantikan dan diharap untuk
menjana ekonomi ke arah yang lebih gemilang .
Bakal diumumkan 30 Mac 2010.
Sesuatu yang akan menggantikan Dasar Ekonomi
Nasiaonal.
Dikatakan untuk semua kaum tetapi tidak
mengabaikan orang Melayu.
Najib mengatakan pihak swasta sebagai enjin
menggerakkan MBE.
MBE dikatakan akan menarik dan meyakinkan para
pelabur.

Lima sasaran:

Memerangi gejala rasuah
Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi
Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan
tanggungjawab sosial korporat
Memantapkan institusi keluarga dan komuniti dan
Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

DASAR
SOSIAL NEGARA

Objektif Umum :

Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia
yang maju dan mantap dari segi sosial,
ekonomi dan teknologi dengan setiap
anggota masyarakat diberi peluang bemutu
untuk terus memperkembang potensi diri
secara optimum.
Objektif Khusus:

Memastikan keperluan asas individu,
keluarga dan masyarakat dipenuhi
Membangun dan memperkasakan insan
sepanjang hayat
Memperkukuhkan dan membangunkan
sistem sokongan sosial dan perkhidmatan
sosial
Menjana senergi multisektor.
DASAR PERBANDARAN NEGARA
Dasar yang memandu dan menyelaras
perancangan dan pembangunan perbandaran
negara supaya lebih efisien dan sistematik.
Teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan
pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia
termasuk penyediaan rancangan-rancangan
pemajuan di peringkat negeri dan tempatan.
Akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-
dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan
perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus
perbandaran negara.


Wujud setelah berlaku krisis makanan 2006-2007. Simpanan
beras negara hanya boleh bertahan beberapa bulan sahaja
sedang musim menuai lambat lagi. Harga beras dipasaran
melambung tinggi. Tempoh diberi dua tahun setengah untuk
negara mencapai dasar makanan yang mencukupi.
Matlamat:
Mengecilkan jurang import dan eksport makanan.
Membangunkan teknologi dan aplikasi seperti padi hibrid.
Mengurus dan membangunkan tanah terbiar secara
bersepadu dengan tanaman yang ada nilai pasaran.
Menjadikan FAMA lebih berperanan.
Menambah pendapatan petani, penternak dan nelayan.


DASAR PERHUTANAN NEGARA 1978
(PINDAAN 1992)
Di antara perkara-perkara yang diberi penekanan
ialah:
Pengisytiharaan Hutan Simpanan Kekal
Perundangan Hutan
Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan

Dasar ini telah disebut oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak
ketika merasmikan Studio digital FINAS Ulu Kelang pada 2
Feb 2009

menjana kemajuan industri filem ke persada dunia secara
berterusan melaksanakan pelbagai program
pembangunan industri termasuk menyediakan
pembiayaan modal, skim latihan, promosi dan pemasaran,
penyelidikan serta pembangunan
mengurangkan kebergantungan penerbit filem kita untuk
melakukan kerja-kerja pasca produksi di luar negara
merancakkan lagi penerbitan filem tempatan yang
berkualiti selain mampu menjimatkan kos penerbitan
sesebuah filem.

memastikan keperluan dan kehendak teknologi dan daya
kreativiti dalam dipenuhi sejajar dengan perubahan
masa.
membawa industri seni kreatif negara, terutama
pencapaian industri filem Malaysia ke tahap lebih berjaya
dan cemerlang di dalam dan luar negara.
mensasarkan Malaysia sebagai destinasi perfileman
yang baik, yang memiliki kepelbagaian lokasi yang
sesuai untuk pelbagai bentuk filem.
memantapkan penghasilan filem-filem tempatan, tetapi
lebih dari itu ia kini berupaya untuk meletakkan Malaysia
sebagai antara destinasi post production terbaik di
rantau ini.


Sambungan.
Dasar Biodiversiti Negara
Dasar Sukan Negara
Dasar Alam Sekitar Negara

Anda mungkin juga menyukai