Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH


SJK (T) RRI SUNGAI BULOH

Tarikh : 20 -22 Jun 2014
Hari : Jumaat Ahad
Tempat : Kem Sungai Tua, Selayang Selangor.
Peserta : 80 orang murid (Gabungan Pengakap, PBSM dan Tunas Puteri)
Pengelola : Unit Kokurikulum Sekolah

Aktiviti perkhemahan adalah antara aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah.
Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara terus dengan
sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga
mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak
langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Seterusnya,
perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu secara tidak langsung
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan
psikomotor masing-masing.

Selaras dengan rasional di atas. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RRI Sungai Buloh telah
menganjurkan Perkhemahan Unit beruniform 2014 dengan hasrat memberi peluang kepada
murid menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita-cita melahirkan generasi
yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Program ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk membina dan memupuk integrasi
dalam kalangan murid sejajar dengan usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran,
membina dan mengembangkan jaringan hubungan sesama mereka.

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan
agama
Melalui aktiviti yang dilaksanakan, para peserta dipupuk kesedaran dan kefahaman perlunya
mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi,
membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan semangat juang yang tinggi,
menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

Sesuai dengan objektifnya untuk mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas
perkhemahan, melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain, melatih para peserta
melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin, mendedahkan
para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup, memberi peluang kepada para peserta
menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar, memberi peluang kepada para peserta
mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta
membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan
bermoral.
Melalui tema 1Malaysia IKHTIAR HIDUP , konsep Pelaksanaan Perkhemahan telah
dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti. Bagi mempraktikkan konsep
ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur
seperti pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan, penerapan nilai-nilai murni
kemanusiaan, pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi, pengukuhan disiplin kendiri,
pengukuhan disiplin berpasukan, pengukuhan keimanan dan ketakwaan, pembinaan daya saing
dan daya juang yang tinggi, penyemaian ciri-ciri kepimpinan berwibawadan menjana keriangan
dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis.
Antara aktiviti- aktiviti yang telah diadakan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu aktiviti tanpa
pertandingan dan aktiviti pertandingan. Gambar telah di selitkan sebagai lampiran.


BIL Aktiviti Pengendali
1 5 Jenis Ikatan Pengakap / PBSM
2 3 Jenis Balutan, 1 Usungan PBSM / Pengakap
3 1 Jenis Anyaman Daun Kelapa Tunas Puteri
4 Masakan Rimba (roti lilit) Pengakap / PBSM / Tunas Puteri
5 Teknik Memasak Ringkas
(telur dadar/ kuih cucur udang)
Tunas Puteri
6 Latihan Kawad Pengakap
7 Larian Komando Tunas Puteri / PBSM
8 Senaman Pagi Semua peserta
9 Nyanyian Lagu Patriotik Tunas Puteri / Pengakap
10 Refleksi Peserta

SENARAI AKTIVITI PERTANDINGAN
BIL Aktiviti Pengendali
1 Kawad Kaki Sebaris PBSM / Pengakap
2 Pertolongan Cemas PBSM / Tunas Puteri
3 Masakan Rimba Pengakap / Tunas Puteri
4 Apresiasi Seni Semua Peserta
5 Larian Komando Pengakap / Tunas Puteri


Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung daripada kerjasama semua pihak. Sokongan dan
bantuan daripada semua pihak secara langsung dan tidak langsung turut menyumbang kepada
kejayaan perkhemahan. Akhir kalam, sekalung ucapan terima kasih kepada semua individu yang
terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan 2014.

Disediakan oleh:


(PUSPARAJAH A/L NABARAJAB)
SETIAUSAHA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014

Anda mungkin juga menyukai