Anda di halaman 1dari 8

ASPEK

KBSR KSSR
Organisasi
kandungan
Ada tiga tunjang iaitu;
a. Kecergasan
b. Kemahiran
c. Kesukanan

Kesukanan diajar secara
berasingan daripada modul
kecergasan dan kemahiran
Ada dua modul iaitu;
a. Kemahiran
b. Kecergasan

Kesukanan diajar secara
serentak di
bawah modul kecergasan dan
kemahiran.

Kemahiran;
Aspek 1 - Kemahiran
pergerakan.
Aspek 2 - Aplikasi pengetahuan
dalam pergerakan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Kecergasan;
Aspek 3 - Kecergasan
meningkatkan
kesihatan.
Aspek 4 - Aplikasi pengetahuan
dalam meningkatkan
kecergasan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Organisasi
Kurikulum
Tahap 1 dan 2, mata pelajaran;

Tahap 1 ;

Teras
Wajib
Tambahan.

Pendidikan Jasmani termasuk
dalam mata pelajaran tambahan
Modul Teras Asas
Modul Teras Tema
Modul Elektif

Tahap 2 ;
Mata pelajaran Teras dan
Elektif.

Pendidikan Jasmani di bawah
Modul Teras Asas.




Matlamat Bertujuan membantu murid
menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan
amalan kecergasan.
Bertujuan membina individu yang
cergas dan sihat serta
berkemahiran, berpengetahuan
dan mengamalkan
Nilai murni melalui aktiviti fizikal
ke arah mencapai kesejahteraan
hidup.

Reka bentuk
kurikulum
Berasaskan tiga bidang ;
Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembangan diri individu



Berasaskan enam tunjang ;
Komunikasi
Kerohanian,sikap dan nilai.
Kemanusiaan
Keterampilan diri
Perkembangan fizikal dan
Estetika.
Sains dan teknologi
Masa Pengajaran dan pembelajaran
dijalankan selama 60 minit dalam
satu hari

Pengajaran dan pembelajaran
dijalankan selama 60 minit dalam
dua hari . Contoh ;
Isnin 30 minit
Selasa 30 minit

Fokus Tidak menyatakan fokus dalam
Pendidikan Jasmani.
Terdapat tiga fokus;
i) Membina kemahiran asas
pergerakan dan kemahiran
motor.
ii) Memperkenalkan konsep
kecergasan berdasarkan
kesihatan.
iii)Memupuk elemen
keselamatan,
tanggungjawab kendiri dan
sosial semasa melakukan
aktiviti fizikal.

Pedagogi Kemahiran berfikir dalam p&p
Aplikasi kecerdasan pelbagai
dalam p&p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan kajian
masa depan.
Pembelajaran secara
konstruktivisme.
Pembelajaran Masteri
Belajar cara belajar

Kemahiran berfikir dalam p&p.
Aplikasi kecerdasan pelbagai
dalam p &p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan Kajian
Masa Depan.
Pembelajaran secara
konstruktivisme.
Pembelajaran secara
kontesktual.
Pembelajaran akses kendiri.

Kaedah
Pentaksiran
Berorientasikan peperiksaan
Lebih kepada penilaian
Sumatif ;
- Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah
(PKBS)
- Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)

Dijalankan berterusan untuk
mengesan perkembangan
dan pencapaian murid .
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Bahan Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Kandungan
Huraian Sukatan Pelajaran
Buku Teks
Dokumen Kurikulum
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Buku Teks


Organisasi Kurikulum:
Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada
tahap satu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR.
Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul
teras tema dan modul elektif diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras
dan elektif sahaja diajar. Pendidikan Jasmani termasuk dalam modul teras.

Rekabentuk Kurikulum:
Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR
dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga
bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan
perkembangan diri individu. Berbeza dengan KSSR yang secara modularnya
mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan,
perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Tunjang
Fizikal dan Estetika merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang
lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan
peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat
tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga diberi penekanan. Potensi estetika
merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam
melahirkan ekspresi diri.

Peruntukan Masa:

Berlaku perubahan masa dalam KBSR, masa bagi pengajaran Pendidikan
Jasmani berjalan selama 60 minit berterusan, manakala dalam KSSR, masa
pengajarannya juga 60 minit tetapi dijalankan dua kali seminggu ( 30 minit setiap
pembelajran ). Semasa KBSR, Pendidikan Kesihatan digabungkan dengan Pendidikan
Jasmani, tetapi dalam KSSR, Pendidikan Kesihatan telah dipisahkan.

Kaedah pentaksiran:

Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran.
Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan
sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah
(PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan
minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan
pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan
susulan samaada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan
susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan
murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian
sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga
peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada
domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Mata
pelajaran yang diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains tidak
termasuk Pendidikan Jasmani .
Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa
kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR beorientasikan peperiksaan dan tidak
menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR
belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan
kehidupan seharian..
Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk
mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai serta bersifat autentikdan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran
dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran
sekolah, pentaksiranpsikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Penilaian diuji
kepada semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan
pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atauverbal
mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid
serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.
Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan
penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif
atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Bahan:

Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang
sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru
iaitu Dokumen Standard Kurikulum, modul pengajaran dan modul pembelajaran.
Penggunaan buku teks masih diteruskan dengan kandungan yang baru.

Perbezaan Pelaporan Pencapaian:
Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran termasuk
Pendidikan Jasmani tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang
diperolehi dalam peperiksaan) seperti dalam KBSR sebaliknya mereka akan dilabelkan
dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki
(band 1 hingga band 6) yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah
menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band
murid-murid ini dalam perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam
dokumen standard prestasi.


Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang
digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi.
Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi kecerdasan pelbagai, penggunaan TMK
,pengajaran berasaskan kajian masa depan,dan pembelajaran secara
konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran
masteri dan belajar cara belajar.

Kesimpulan
Perubahan dalam globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan
kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan menjadi pelapis generasi akan datang
dan tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Sehubungan dengan itu,
penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dan mewujudkan KSSR dengan
harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan
dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif. Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu
apabila murid dapat memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai
budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani
bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum
Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke
tahap optimum
Pelaksanaan KSSR sangat bertepatan dan sesuai pada masa -perubahan yang
berlaku atas rasional dan alasan yang kukuh berkait dengan kehendak perubahan
waktu dan keselarasan dengan cabara semasa. KBSR dan KSSR mempunyai ciri-ciri
kekuatan masing-masing. Kedua-dua kurikulum ini berlandaskan prinsip-prinsip yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamatnya adalah untuk
melahirkan generasi yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi
intelek , rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai