Anda di halaman 1dari 2

[CINTA KERANA AGAMANYA] October 12, 2006

Cinta Dia Kerna Agama Yang Ada Padanya

Bila di katakan bahawa para bidadari di syurga nanti


kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba serbinya paling
menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum
perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul yang akan mengisi
mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan
'Ahli Dunia' akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari
para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita,
kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan
perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga
dari perhiasan para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama
kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman
syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami
masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk
mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat yang
istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah
mereka kerjakan di dunia.

Kaum perempuan di beri kemuliaan dan tempat yang lebih


tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah
melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada
Allah ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus
kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal
menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi seorang yang telah berkahwin
dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan
di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.

Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya
daripada bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para penghuni
taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga
nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib
menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga. Di dalam syurga itu kelak tidak akan
berlaku sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai
lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang
menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.

Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya
di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan akan sentiasa
bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki yang beruntung mula di hantar ke
mahligai masing-masing di perkampungan syurga maka akan menunggulah para bidadari yang bakal
menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat. Akan
berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di
syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah
bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong, kami juga hidup dan tidak pemah
mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami
masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, "Engkau adalah
kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu."

Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami
masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki
lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah di tentukan awal-
awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal
suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri
lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan

h tt p : / / p r o s a c k s b l o g . b l o g s p o t . c o m Page 1
[CINTA KERANA AGAMANYA] October 12, 2006

yang paling bererti di Syurga nanti.

Apabila seorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersebut tersinggung
atau marah maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami
dengan berkata: "Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan menyebabkan kepada kemarahan
Allah ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara sahaja sebab di akhirat nanti yang menjadi suami
kami pula". Di syurga nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing
akan menghadapi tempoh perkahwinan dan perkelaminan yang paling nikmat dan lazat.

Perkelaminan mereka tidak akan pernah di gugat oleh perasaan resah dan tenaga yang melemahkan,
tanpa di hambat oleh perasaan bimbang kerana mungkin akan memperolehi anak yang ramai lantaran
mereka tidak akan beranak lagi di syurga nanti. Kemewahan, kebahagiaan dan kesejahterasan para
penghuni syurga menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah
susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi. lnilah taman syurga untuk
manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan
di redhai oleh Allah. Dan syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampaui batas
dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

h tt p : / / p r o s a c k s b l o g . b l o g s p o t . c o m Page 1

Anda mungkin juga menyukai