Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Apabila membicarakan tentang seni, masyarakat umumnya lebih tertarik dengan


seni yang lebih popular seperti seni muzik mahupun seni lakonan. Ini bertitik tolak
daripada pendedahan yang meluas diterima bagi kedua-dua cabang seni tersebut.
Lantaran itu, seni muzik dan seni lakonan ini banyak memberi impak ke atas
khalayak di negara ini. Disebabkan itu lahirlah nama-nama kecil mahupun besar
yang bermain di bibir masyarakat, baik anak kecil, mahupun golongan yang lebih
tua.
Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, perkara ini
seakan jauh terpinggir. Walaupun sebenarnya telah wujud lebih awal di kalangan
masyarakat namun kita masih merasakannya sebagai suatu cabang seni yang
duduknya pada kelas kedua.
Walaupun kewujudan seni visual sudah lama wujud namun manusia masih
tidak memandangnya sebagai perkara yang utama dalam membentuk nilai-nilai
kemanusiaan dan budaya bangsa. Seni visual terhasil bermula di kenali sebagai
seni lukis dan pertukangan yakni pada zaman sebelum merdeka namun setelah itu
beralih kepada seni visual yang sekarang ini di gunakan.
Lantaran itu, seiring dengan hasrat dan harapan untuk membentuk warga
negara yang mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpandukan
kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas
kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di
sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat
tertinggi.
Perubahan yang berlaku juga merangkumi mata pelajaran pendidikan seni
yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual yang sebelum ini tidak
mendapat perhatian dan di pandang remeh oleh sesetengah pihak. Di samping itu,
perubahan ini menjadi serampang dua mata sebagai usaha membentuk minda baru
masyarakat Malaysia dan bukan sekadar memandang seni dari sudut estetikanya
sahaja malahan mampu mengangkat darjat dan peranan seni visual di dalam
pembentukan ketamadunan negara.
Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah
disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini dan juga dapat
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan
keilmuan dan kemahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek
kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam kehidupan selepas
persekolahan. Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan
penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa
kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang
murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual.
Oleh yang demikian terdapat tiga aspek utama telah dikenalpasti iaitu:
1. Perkembangan nilai diri telah dikenalpasti iaitu: pendidikan dengan aktif.
2. Penguasan kemahiran dan teknologi buatan serta Penghasilan Seni Visual.
3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan
apresiasi seni visual.

Definisi Pendidikan Seni
Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program
pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi
keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan
melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan
daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.
Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping
mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan
di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka
bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik
yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.
Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam
penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan
makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni
lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping
memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya
secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.









Sejarah Perkembangan Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan
Selepas Merdeka
Pendidikan Sebelum Merdeka
Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan
melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan
estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Sebelum zaman
merdeka, Pendidikan Seni Visual di kenali sebagai subjek lukisan dan pertukangan.
Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa,
maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata
pelajaran Pendidikan Seni. Di sebabkan kesedaran keatas pentingnya pendidikan
seni di malaysia maka banyak perubahan sudah di lakukan demi memartabatkan
pendidikan seni di mata dunia. Oleh yang demikian , pendidikan seni ditukar kepada
pendidikan seni visual.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah di tanah melayu, pendidikan di tanah
melayu hanya berbentuk bukan formal dan kurang menitikberatkan tentang
perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu
berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang
baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah
pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian,
perikanan dan perburuan.
Pendidikan melayu hanya di peringkat rendah sahaja. Pendidikan melayu
yang awal menekankan pengajaran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan
mengira (3m). Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19
dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di
desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular
dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan
kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup
orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan
masyarakat Melayu.
Pada ketika itu, Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan
oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan
dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa
itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal II
(1929) yang disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah
buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran
Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-
guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya pada
ketika itu.
Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni
yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih
susah. Misalnya kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel,
pemadam, dan pembaris diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas
membuat garisan. Diikuti pula dengan latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti
bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalah kepada yang lebih sukar seperti
melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik
yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan di sekolah-
sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun 1900-
an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu
dan orang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya
keinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus
memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.
Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah
terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut
model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah
khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada
tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi
permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan,
Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris
Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di
samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-
sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni
pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan
mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki
mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun
pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah
lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-
rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara
jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai
tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang
masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan
di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan
pelajaran. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan
Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan
sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan
bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina
dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan
dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat
oleh orang Cina.
Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan
Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di
Tanah Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-
cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu
bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.
Pendidikan Malaysia
Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem
pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat
kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan
di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah
diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-
murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan
Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak
KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa
diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian
yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan
lagi dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini
ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun
1982. Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal
pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya
sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah
sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa
depan termasuklah Pendidikan Seni Visual
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif
dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni
Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-
perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah
dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini
dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula
diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada
penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan
melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan
Seni Visual).
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid
daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran
yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. Kini, sekali
lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan
perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan
kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai
hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa.
Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,
kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih
ramai pelajar.
Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang
mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal
selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh
PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara,
selaras dengan hasrat FPK.
Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual seperti berikut.
(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional
Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi
yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni
Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang
ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah
perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi,
seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan
identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996).

Anda mungkin juga menyukai