Anda di halaman 1dari 1

1.

CADANGAN DAN KESIMPULAN Berdasarkan keputusan ujian topikal yang diperolehi menunjukkan perlunya ada penambahbaikan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap sesuatu topik tersebut seterusnya menigkatkan prestasi murid dalam ujian. Hasil daripada ujian tersebut maka terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap penekanan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tahun 4. Cadangan untuk penambahbaikan yang pertama adalah dari segi kesahan isi ujian soalan tersebut iaitu keupayaan ujian tersebut dapat menguji apa yang sepatutnya diuji. Mengikut daripada soalan ujian yang dilaksanakan terdapat kelemahan dari segi pengimbangan soalan seperti soalan berbentuk sistesis dan kefahaman adalah kurang. Sepatutnya guru perlu membuat pengimbangan dari segi peringkat soalan. Cadangan kepada kelemahan kedua adalah dari segi tempoh masa kepada murid untuk mengulangkaji topik tersebut kerana murid menghadapi kekangan masa yang diperuntukan untuk aktiviti lain seperti kelas tambahan petang dan malam serta kerja sekolah untuk mata pelajaran lain. Jadi, guru perlu memberi masa yang lebih daripada dua hari. Tuntasnya, guru perlu mengatur strategi dalam merangka soalan yang baik serta membuat perancangan dalam memberi ujian kepada murid supaya murid dapat memahami sesuatu topik tersebut seterusnya guru sewajarnya memberi pengajaran yang menarik agar murid berminat untuk mengikuti setiap topik yang ingin di ajar.

Anda mungkin juga menyukai