Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL MATA PELAJARAN KELAS TARIKH MASA BILANGAN MURID BIDANG TEMA

/ TAJUK TEKNIK PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid pernah melihat dan menerima kad ucapan Harijadi. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :1. Menghasilkan corak dengan menggunakan pelbagai teknik, bahan dan alat. 2. Menggunakan motif geometri sebagai corak pada kad ucapan. KBKK : Mengenalpasti, membanding beza , menjana idea dan menghubungkait. PENERAPAN NILAI ALAT DAN BAHAN-BAHAN : Gunting, kertas warna, kad manila ,gam ,LCD , Laptop , pembesar suara. : sabar, tekun dan berhati-hati, kerjasama : : : : : : : : Membuat Corak Dan Rekaan Kad Ucapan Hari Jadi Guntingan Dan Tampalan Pendidikan Seni Visual 4M 14 Februari 2012 10.40 hingga 11.40 (60 minit)

LANGKAH / MASA Set induksi (5 minit)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

ALATAN / CATATAN

Murid menyedari berbagai cara boleh dilakukan untuk meraikan hari jadi seseorang .

1. Guru meletakkan sebiji kek di atas meja di hadapan kelas. 2. Guru mengingatkan murid tentang harijadi seorang murid dalam kelas. 3. Guru menjemput murid tersebut ke hadapan kelas. 4. Guru meminta murid lain menyanyikan Lagu Selamat Hari Jadi dengan iringan muzik. 5. Guru menghadiahkan sekeping kad kepada murid berkenaan. 6. Guru mengaitkan sambutan hari jadi itu dengan isi pembelajaran

ALAT : Kek roti , LCD , Laptop, Pembesar suara

Langkah 1 (10 minit)

Penerangan tajuk, alat dan bahan

1. Guru menerangkan tajuk pelajaran. 2. Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak pada kad ucapan 3. Alatannya ialah : i. Kertas warna ii. Kad Manila iii. Gam iv. Gunting

Alat dan bahan : Kad Manila, kertas warna, gam dan gunting

Langkah 2 (10 minit)

Penerangan dan Demonstrasi

1. Guru menunjukkan beberapa contoh kad ucapan hari jadi yang telah siap , yang ditampal dengan corak geometri. 2. Guru menerangkan cara menghasilkan corak geometri pada kad ucapan berdasarkan teknik guntingan dan lipatan 3. Guru menjelaskan mengenai corak geometri dan menunjukkan beberapa contoh kepada murid. 4. Guru mengedarkan kepada murid sekeping kad dan kertas berwarna. 5. Guru tunjukkan cara melipat , menggunting dan menampal corak di atas kad

KBKK : Menilai, mengenalpasti, membanding beza Nilai : bersabar, tekun dan berhatihati

Langkah 3 (25 minit)

Aktiviti murid

1. Guru mengarahkan murid memulakan aktiviti 2. Murid digalakkan menggunakan pelbagai jenis warna mengikut kreativiti dalam penghasilan lipatan dan guntingan. 3. Guru memantau setiap pergerakan murid 4. Guru membimbing murid mengemas kini penanda buku yang telah siap dianyam

KBKK : Menilai Nilai : bersabar, tekun dan berhati-hati

5. Murid melakukan aktiviti mengemas, menghias, menebuk lubang dan mengikat reben mengikut kreativiti masing-masing.

Langkah 4 Penilaian (10 minit)

Apresiasi, kritikan seni dan nilai estetika

1. Guru memilih seorang daripada setiap kumpulan untuk menerangkan karya masing-masing 2. Murid diminta menyatakan perasaan masing-masing semasa melakukan aktiviti seni

KBKK : Menilai Nilai : Menghargai nilai estetika, Sensitif dan peka

Penutup (5 minit)

Pengukuhan

1. Guru memaklumkan kepada murid bahawa karya mereka juga boleh digunakan sebagai penanda buku dan juga sebagai hadiah kepada kepada kawan sempena hari jadi dan sebagainya.

KBKK : Menilai, mengenalpasti, berfikir secara kreatif

Anda mungkin juga menyukai