Anda di halaman 1dari 2

Analisis Graf Data menunjukkan bilangan kenderaan berdaftar mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2001.

Ia menunjukkan bahawa Wilayah Persekutuan mempunyai bilangan kenderaan yang paling tinggi iaitu sebanyak 9857 buah. Ini kerana wilayah itu merupakan tumpuan penduduk kerana mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi. Statusnya sebagai ibu negeri juga menjadikan ia kaya dengan kemudahan awam seperti hospital, pusat membeli-belah, banyak jalan raya dan sebagainya. Oleh itu, ramai orang memilih Kuala Lumpur berbanding negeri-negeri lain. Selain itu, kewujudan kawasan perumahan yang baru juga menggalakkan ramai orang bermigrasi ke sana dengan membawa kenderaan sendiri. Ini memudahkan mereka untuk bergerak ke mana sahaja terutamanya ke tempat kerja. Di wilayah ini juga terdapat banyak keluarga yang berpendapatan tinggi. Oleh itu, ramai anak muda yang sudah memiliki kenderaan sendiri. Negeri Kedah pula mencatatkan bilangan kenderaan yang sederhana iaitu sebanyak 3100. Ini kerana Kedah mempunyai permukaan muka bumi yang bersawah padi dan berbukit-bukau. Ini menjadikan penduduknya yang memiliki kenderaan sendiri lebih sedikit berbanding mereka yang memilih perkhidmatan awam untuk bergerak ke kawasan lain. Selain itu, kawasan negerinya yang luas pula menyebabkan jalan raya di negeri itu sedikit berbanding Kuala Lumpur. Selain itu, kebanyakan institut pendidikan di Kedah menyediakan tempat tinggal untuk para pelajarnya. Oleh yang demikian, tidak ramai pelajar yang membawa kenderaan ke sana atau mereka berkongsi kenderaan sesama mereka. Mereka juga lebih gemar menggunakan perkhidmatan awam. Selain itu, ramai pengusaha sawah padi tinggal berhampiran dengan bendang. Jadi, mereka tidak memilih untuk memiliki banyak kenderaan berbanding dengan penduduk Kuala Lumpur. Bilangan kenderaan yang paling rendah pula dimiliki oleh negeri Sabah. Sabah mencatat bilangan yang paling sedikit kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang menjadikan penduduknya sukar untuk memiliki kenderaan sendiri. Selain itu, di Sabah, peluang pekerjaannya sangat rendah berbanding Kuala Lumpur. Mereka lebih suka bercucuk tanam dan menjalankan ekonomi sara diri. Jadi mereka tidak memilih untuk memiliki kenderaan sendiri atau lebih suka menggunakan perkhidmatan awam. Kemudahan pengangkutannya juga sangat

kurang contohnya seperti jaringan jalan raya amat sedikit kerana bentuk muka bumi negerinya yang berhutan tebal dan bergunung-ganang tidak sesuai untuk membuat jalan raya. Kos pengangkutan awam di Sabah pula sangat murah berbanding di negeri-negeri lain. Oleh itu, penduduknya memilih perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama. Adat di Sabah pula menghalang mereka untuk memiliki kenderaan sendiri kerana majoriti penduduknya orang asli dan mereka tinggal di dalam hutan. Jadi, mustahil bagi mereka untuk menggunakan kenderaan sendiri di dalam hutan.

Anda mungkin juga menyukai