Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Tugasan


PSV 3109 merupakan satu tugasan yang mencabar bagi saya. Sebelum ini saya
belum pernah membuat dan mengenali dengan jelas apa itu logo dan brosur. Saya
terkejut dan bimbang dengan tugasan yang diberikan kerana tidak mengetahui lebih
lanjut tentang tugasan ini. Tetapi setelah diberikan taklimat dan penerangan oleh
pensyarah dan rakan-rakan maka terhasillah folio ini.
Folio tentang penghasilan logo dan brosur ini mengandungi hal-hal yang
berkaitan tentang penghasilannya. Bermula dari pengenalan sehinggalah proses
terakhir dan produk. Melalui penghasilan folio ini, banyak perkara baru yang saya
perolehi. Banyak perkara tersebut membantu saya tentang bagaimana untuk
menambah ilmu pengetahuan dan mencari maklumat yang tepat. Tugasan ini juga
memberi saya cara untuk mengatasi tekanan kerja dan kekangan masa. Kita perlu
membuat perancangan yang teliti untuk menghasilkan sesuatu produk.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya untuk
menyiapkan folio ini. Tidak lupa kepada pensyarah yang sabar melayan karenah
saya dan banyak membantu dengan memberi dorongan dan nasihat untuk tugasan
ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dan
banyak membantu semasa saya menyiapkan tugasan ini. Pelbagai hal dapat saya
pelajari melalui tugasan ini. Bukan mudah untuk mengecapi kejayaan kerana banyak
perkara dan hal yang perlu kita korbankan. Saya berharap tugasan ini memberikan
saya semangat dan dorongan untuk berjaya.
Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu En.
Zakariah Bin Abd Ghani selaku pensyarah yang memberi nasihat dan tunjuk ajar
dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada
rakan-rakan, ibu dan bapa yang banyak membantu, isteri yang memahami, anak-
anak yang mendengar kata, seterusnya pihak yang membantu secara langsung dan
tidak langsung. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah saya hargai.
Akhir kata, saya berharap penghasilan folio ini dapat memberi manfaat dan
memperkukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai