Anda di halaman 1dari 3

Ingatan capaian rawak

Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah sejenis bentuk storan data
komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul
ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk.
Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit
ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan
100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan
induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan. Ini membolehkan beberapa modul
ingatan dimasukkan di atas papan induk (bank ingatan). Teknologi saluran duaan berteraskan
kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian
data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar
capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu memori
modul sebanyak 512 MB.
Kegunaan RAM[sunting | sunting sumber]
Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang
digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara
dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang
mempunyai ingatan secara kekal. RAM digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut
boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas. Oleh itu, lebih besar ruang (diukur
dengan Bait) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu RAM sangat mempengaruhi potensi
sesebuah komputer.
Jumlah kapasiti yang lebih besar diperlukan dalam perisian-perisian CGI, permainan berkomputer
dan simulator. Ini adalah kerana perisian tersebut lebih banyak menyimpan ingatan sementara.
Kebaikan RAM[sunting | sunting sumber]


Beberapa jenis RAM
Antara kebaikan RAM ialah pengendalian aplikasi yang lebih lancar dan juga mempunyai kadar
perpindahan data yang lebih tinggi berbanding dengan cakera keras. Kos pembuatan RAM juga
rendah dan bersifat PnP plug and play dimana modul memori boleh terus digunakan selepas
dipasang.
Ingatan fizikal dan ingatan maya[sunting | sunting sumber]
Ingatan fizikal ialah jumlah kapasiti memori yang dimasukkan ke dalam komputer yakni modul-
modul RAM. Manakala ingatan maya ialah jumlah kapasiti memori secara maya. Ingatan maya
ditempatkan di dalam cakera keras sebagai pengganti ingatan fizikal/RAM apabila kapasitinya
sudah penuh. Namun, ingatan maya mempunyai kadar perpindahan data yang lebih rendah
berbanding ingatan fizikal.
Secara umumnya, jumlah optimum ruang cakera keras yang perlu diperuntukkan untuk dijadikan
ruang ingatan maya ialah bersamaan 1.5 kali jumlah ingatan fizikal yang dipasang pada komputer,
contohnya jika komputer anda dilengkapi dengan 1 GB RAM, anda perlu memperuntukkan sebanyak
1.5 GB ruang cakera keras untuk dijadikan ruang ingatan maya.
Perkembangan RAM[sunting | sunting sumber]
1. Pada tahun 1987, RAM jenis FPM (Fast Page Mode) diperkenalkan. FPM merupakan bentuk
RAM yang paling kerap digunakan dalam system komputer pada masa itu. FPM juga turut
dikenali sebagai DRAM (Dynamic Random Access Memory) sahaja. FPM menggunakan
modul memori SIMM (Single Inline Memory Module) 30 pin dan SIMM 72 pin.
2. Pada tahun 1995, perkembangan teknologi maklumat telah menghasilkan modul memori
yang seterusnya iaitu EDO (Extended Data Out). EDO mirip dengan FPM, cuma ia
diubahsuai sedikit untuk membolehkan akses memori berturutan berlaku dengan labih
pantas. Ini bermakna pengawal memori boleh menjimatkan masa dengan mengurangkan
beberapa langkah dalam proses pengalamatan (addressing). EDO juga membolehkan CPU
mengakses memori 10% hingga 15% lebih pantas berbanding dengan FPM.
3. Pada tahun 1997, SDRAM diperkenalkan. Pada mulanya, kelajuannya hanyalah 66 MHz.
4. Pada tahun 1999, RDRAM diperkenalkan pada kelajuan 800 MHz.
5. Pada tahun 2000, DDR-SDRAM diperkenalkan. RAM ini merupakan inovasi daripada
SDRAM di mana ia menjanjikan kelajuan yang lebih tinggi kepada penggunanya.
6. Pada tahun 2004, DDR2 SDRAM diperkenalkan. Jenis RAM ini adalah generasi kedua DDR-
SDRAM yang dikeluarkan walaupun bilangan pin pada modulnya berbeza dengan DDR-
SDRAM.
jenis RAM
EDO RAM
EDO RAM dapat memberikan performa system 50% lebih cepat dibandingkan dengan DRAM. EDO
RAM sama seperti FPM DRAM, dengan beberapa chace yang dibangun ke chip. Seperti FPM DRAM,
EDO RAM memiliki kecepatan maksimal 50MHz EDO RAM uga harus membutuhkan L2 Cache untuk
membuat semuanya berjalan dengan cepat, namun jika user tidak memilikinya, maka EDO RAM
akan berjalan jauh lebih lambat.

FPM RAM (Fast Page Mode DRAM)
Fast Page Mode DRAM adalah model DRAM paling lama. Masalah yang sering muncul dari FPM
DRAM adalah kecepatan transfernya yang lambat yakni maksimum 50MHz.

SDRAM (Synchronous DRAM)
Hampir semua system menggunakan tegangan 3.3 volt, 168-pin SDRAM DIMM ini. SDRAM bukanlah
sebuah ekstensi dari seri EDO RAM yang lama, namun merupakan tipe baru dari DRAM. SDRAM
mulai berjalan dengan kecepatan transfer 66MHz, sementara mode halaman DRAM dan EDO yang
lebih lama akan berjalan di maksimal 50MHz. SDRAM sekarang ini dapat berjalan dengan kecepatan
133MHz (PC133), dan bakan hingga 180MHz atau lebih tinggi. Untuk mempercepat kinerja
processor, maka RAM generasi baru seperti DDR dan RDRAM biasanya dapat mendukung performa
yang lebih baik.

DDR (Double Data Rate SDRAM)
DDR pada dasarnya memiliki kecepatan transfer dua kali lipat daripada SDRAM. DDR akan
beroperasi di 333MHz, dengan pengoperasian sebenarnya 166MHz * 2 (aka PC333 / PC2700) atau
133MHz*2 (PC266 / PC2100). DDR RAM juga kompatibel dengan SDRAM secara fisik, namun
menggunakan bus parallel yang sama, sehingga membuat implemnetasi lebih mudah dibandingkan
RDRAM, yang merupakan teknologi berbeda.

Rambus RAM (RDRAM)
Selain harganya yang cukup mahal, Intel memberikan RDRAM untuk konsumen, dan merupakan
pilihan yang tepat untuk memori Intel Pentium 4. RDRAM merupakan teknologi memory serial yang
datang dengan tiga pilihan, yakni PC600, PC700, dan PC800. PC800 RDRAM didesain dengan
double maximum kecepatan transfer daripada PC100 SDRAM, namun memiliki latensi tinggi.
RDRAM memiliki multi channel, seperti pada motherboard Pentium 4, yang dapat menawarkan fungsi
memori paling bagus, terutama ketika dipasangkan dengan memory PC1066 RDRAM.

Anda mungkin juga menyukai