Anda di halaman 1dari 2

Unit pemprosesan pusat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Cip CPU
CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan
melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada
Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana
(Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register)
disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.
Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam
komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan
cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di
dalam litar bersepadu.
Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer meja sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada
kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat
dan mengelirukan.
Reka bentuk CPU sering disebut sebagai seni bina CPU.
Contoh-contoh seni bina CPU:
Intel x86
Zilog z80
IBM System/360
DEC PDP-11, yang kemudiannya diganti oleh VAX
Motorola 6800
SPARC keluaran Sun Microsystem
MIPS keluaran MIPS Computer System
PA-RISC keluaran HP
Alpha keluaran DEC
PowerPC keluaran AIM Alliance
ARM (Advanced RISC Machine), dan StrongARM/XScale
SuperH
Siri UNIVAC 1100/2200 (pada masa ini disokong oleh Unisys ClearPath IX Computer)
1750A, komputer piawai badan tetenteraan Amerika Syarikat
AP-101, komputer dalam kapal angkasa lepas
Beberapa seni bina CPU yang baru muncul termasuk:
Intel Itanium
AMD x86-64
CPU yang penting dalam sejarah:
EDSAC, seni bina pertama yang boleh menyimpan aturcara komputer
Apollo Guidance Computer, yang digunakan dalam penerbangan kapal angkasa ke bulan.
Seni bina CPU boleh juga dikelaskan mengikut rekabentuk CPU, seperti saiz daftar. Pada hari ini,
kebanyakan komputer meja mempunyai pemproses 32-bit, dan pemproses 64-bit juga semakin digunakan.
Peralatan yang kecil seperti telefon bimbit, PDA, dan permainan video mudah alih menggunakan
pemproses 16-bit, atau 8-bit.

Anda mungkin juga menyukai