Anda di halaman 1dari 1

Sesetengah guru terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan sama ada

mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas
hakiki yang disandang malahan ada yang mengambil kesempatan menjadikan sekolah sebagai medan
untuk berniaga dan mempromosikan khidmat tuisyen untuk kepentingan peribadi. Oleh itu, guru tersebut
secara tidak langsung melanggar kod etika perguruan iaitu dari segi tanggungjawb terhadap rakan sejawat
dan profesion keguruan di mana guru tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapannya sbegai guru. Disebabkan hal-hal sebegini profesion keguruan terus dipandang rendah oleh
masyarakat. Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan luar atau kerja
sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan sama ada dalam bentuk upah
atau keuntungan. Pegawai perkhidmatan awam hanya dibenarkan utnuk melakukan pekerjaan luar atau
kerja sampingan yang tidak berdasarkan faedah atau keuntungan. Contohnya dengan menyertai badan
sukarela untuk melakukan kebajikan di rumah anak yatim.

Apabila guru mengadakan pekerjaan kedua, ia dapat menjejaskan tugas utama guru tersebut iaitu
sebagai tenaga pengajar di sekolah. Akibat terlalu leka dengan pekerjaan kedua, perancangan pengajaran
dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini terjadi kerana kebanyakan guru-
guru hari ni menjadikan kerja sampingan sebagai kerja utama dan murid menjadi mangsa apabila guru
mengajar dengan sambil lewa. Perkara ini amat bercanggah dengan kod etika perguruan dari segi
tanggungjawab terhadap pelajar iaitu guru seharusnya lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar dari segala hal. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah khusunya hendaklah sentiasa memantau guru-
guru yang mengambil kesempatan mengadakan pekerjaan yang kedua di sekolah. Pihak pentadbir
seharusnya memandang serius perkara ini kerana perkara ini amat bercanggah dengan kod profesion
keguruan sama sekali. Kementerian Pelajaran Malaysia juga memandang serius isu ini dan telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pekerjaan luar. Menerusi surat tersebut, dinyatakan
bahawa, ketua jabatan telah diberi kuasa untuk meluluskan pemohonan dan membuat pemantauan ke atas
mereka yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai