Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN

STRATEGI,

KAEDAH,

TEKNIK

DAN

PENDEKATAN

P&P

PENDIDIKAN JASMANI.
Strategi dapat membantu guru merancang kaedah atau teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) untuk mencapai objektif yang ditentukan. Strategi juga
membantu guru merancang aktiviti atau menentukan teknik-teknik semasa sesi P&P.
strategi juga boleh membantu proses P&P lebih terancang dan terkawal kerana
persediaan awal sudah dibuat. Contohnya apabila guru menggunakan strategi
berpusatkan murid, murid akan lebih aktif dan mewujudkan persaingan yang sihat
antara mereka.
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semasa pengajaran dan
pembelajaran, kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan
psikomotor pelajar. Kaedah digunakan oleh guru untuk menimbulkan suasana
pembelajaran dan menentukan aktiviti-aktiviti sepanjang proses P&P. Kaedah juga
membolehkan sesuatu P&P akan lebih menarik dan harmonis. Murid juga tidak akan
mudah bosan akibat melibatkan penglibatan yang aktif dalam kalangan murid dan guru.
Teknik atau kemahiran adalah perlakuan pengajaran yang lebih spesifik. Teknik
amat penting kerana ia membolehkan guru dan murid berinteraksi antara satu sama
lain. Selain itu, teknik juga dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu isi
pelajaran. Teknik yang digunakan juga dapat menambahkan kekreatifan dalam diri guru
yang secara tidak langsung membolehkan sesi P&P lebih berkesan. Teknik yang
menarik dapat menimbulkan kepelbagaian dan kelainan dalam P&P. Selain itu, ia juga
dapat mewujudkan perasaan inkuiri dalam diri murid.
Pendekatan ialah cara kita mendekati sesuatu atau cara bagaimana sesuatu
matapelajaran diajar berdasarkan objektif matapelajaran tersebut. Pendekatan amat
penting untuk memastikan cara matapelajaran diajar sesuai serta seiring dengan
kebolehan murid-murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan pendekatan
daripada mudah ke kompleks. Contoh aktiviti dalam pendidikan jasmani ialah guru
boleh meminta murid untuk membaling bola kepada rakan secara statik. Setelah mahir,

barulah murid boleh membaling bola kepada rakan sambil berjalan atau berlari.
Pendekatan yang baik membolehkan penglibatan yang aktif dalam kalangan murid.

http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-pendekatan-strategi-kaedah.html
http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83

Anda mungkin juga menyukai