Anda di halaman 1dari 11

KULIAH SEMBILAN

Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan lapangan atau field research (participant
observation) sesuai dijalankan apabila kita mengkaji sikap
atau tingkahlaku yang boleh difahami dalam keadaan
atau persekitaran semulajadi.
Dalam penyelidikan lapangan pemerhati atau pengkaji
boleh memainkan beberapa peranan termasuk menjadi
subjek kajian.
Isu etika pengkaji menjadi subjek kajian perlu diatasi.
Misalnya jika subjek kajian mengetahui pengkaji sedang
memerhatikan tingkahlakunya kemungkinan subjek akan
mempunyai reaksi yang berlainan.
Practices (Amalan)
Episode
Encounters
Roles (Peranan)
Relationship (Hubungan)
Groups (Kumpulan)
Organisasi
Settlements (Penempatan)
Social World (Dunia Sosial)
Lifestyle or sub-culture (Kehidupan atau sub-
kebudayaan)
Paradigma Penyelidikan Kualitatif
Naturalisme Satu pendekatan penyelidikan
lapangan atau participation observation yang
berdasarkan andaian bahawa realiti sosial wujud
dan ianya boleh diperhatikan dan diterangkan.
Pendekatan naturalisme akan menceritakan
sesuatu perkara atau isu dalam keadaan yang
sedia ada bukan daripada aspek atau berdasarkan
pemahaman penyelidik.
Etnografi Satu kajian yang memberi fokus kepada
butir-butir dan deskripsi yang tepat dan bukan kepada
penerangan. Etnografi merupakan satu paradigma
naturalisme.
Etnometodologi Satu pendekatan untuk mengkaji
kehidupan sosial yang memberi fokus kepada
penemuan yang tidak dapat di lihat dengan jelas.
Sesuatu andaian atau persetujuan yang tidak di cakap.
Kaedah ini akan melibatkan pecahan sesuatu andaian
atau persetujuan itu dengan sengaja supaya kehidupan
sosial yang tidak dapat dilihat dengan jelas itu dapat
diperhatikan. Kaedah pecahan sesuatu andaian ini
dengan sengaja di popularkan oleh Harold Garfinkel.
Pendekatan etnometodologi adalah berasaskan
fenomenologi dimana realiti dibina berdasarkan
andaian pengkaji atau pemerhati sosial.
Contoh : How are you ?
Teori Grounded Satu pendekatan induktif
untuk mengkaji kehidupan sosial dan bertujuan
untuk membina teori berdasarkan pemerhatian
yang dibuat.
Tiga garis panduan yang dicadangkan semasa
menggunakan pendekatan teori grounded ialah
1. Memberhentikan pemerhatian kita secara berkala dan
bertanya soalan apa yang sedang berlaku!
2. Tidak menerima semua data yang di perolehi secara
terus tanpa menelitinya dengan data sebenar secara
terperinci.
3. Mengikut prosedur penyelidikan kerana dalam
prosedur penyelidikan selalunya dibina unsur-unsur
untuk mengelakan bias. Teori grounded
mementingkan prosedur penyelidikan supaya validiti
dan reliabiliti data dapat dicapai semasa data dianalisa.
Kajian Kes Mengkaji sesuatu fenomena sosial dengan
mendalam. Misalnya seorang individu, sesuatu
komuniti, satu keluarga dan sekumpulan orang dalam
sesuatu masyarakat.
Etnografi Institusi Satu teknik penyelidikan dimana
pengalaman peribadi individu digunakan untuk
menerangkan hubungan dengan institusi dimana
individu berfungsi.
Penyelidikan Participatory Action Satu pendekatan
penyelidikan sosial dimana subjek atau kumpulan yang
dikaji akan diberikan kuasa untuk mengawal dan
menentukan prosedur dan cara kajian dibuat.
Pelaksanaan Penyelidikan Kualitatif
Persediaan membuat kerja lapangan
membuat ulasan karya (literature review) atau
meneliti maklumat sedia ada. Menentukan dan
menemubual key informant.
Temubual Kualitatif Berbeza dengan
temubual survei, temubual kualitatif adalah
berdasarkan satu set topik yang akan
dibincangkan secara mendalam berbanding
dengan soalan-soalan khusus yang sudah
ditentukan dalam kajian survei.
Kumpulan Fokus Satu kumpulan subjek akan
ditemubual serentak untuk mengadakan satu
perbincangan.
Merekodkan pemerhatian apa yang perlu
direkodkan ?
Kekuatan dan kelemahan
penyelidikan kualitatif
dapat melihat perubahan dalam sikap dan
tingkahlaku.
fleksibel
tidak dapat membuat perbandingan secara
statistical.

Anda mungkin juga menyukai