Anda di halaman 1dari 2

F R I D A Y , J U N E 4 , 2 0 1 0

Akhlak: Adab ketika Makan & Minum Muslim


Assalamualaikum,
Saudara tidak lama dulu kita telah rumuskan beberapa panduan mengenai adab dan akhlak Muslim,
termasuklah adab ketika makan dan minum. Hari ini, kita teliti beberapa poongan hadith yg menjadi
sandaran kpd peradaban tersebut. Seperti biasa dgn ilmu itu kita amalkan, maka kita mendapat pahala
sunnah dengan mudah. Selain itu, mengamalkan sesuatu ketetapan as-Sunnah mendapat pahala yg
banyak pula. Sebaliknya, mengamalkan sesuatu yg tida dalam as-Sunnah, mendapat dosa pula, dan
kemungkinan besar pula segala amalan dan ibadah kita itu tidak diterima Allah (a.w). Lebih teruk lagi,
kita rugi kerana mengamalkan sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah bererti kita memperolok-
olokan perintah dan ketetapan Allah (a.w). Kita berdusta atau berbohong, mengatakan bahawa yg kita
kerjakan atau amalkan itu datangnya dari Allah (a.w) atau dari Rasulallah (s.a.w), maka segala amalan
dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w) . Ada banyak ayat-ayat al-Quran yg menghukum sedemikian
jikalah kita benar-benar berilmu dalam Islam.\ Yg lebih selamat apa-apa yg terdapat dalam al-Quran kita
akur dan apa yg dibawakan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) kita terima dan apa yg didemokan
oleh Rasulallah (s.a.w) kita contohi pula. Kita mendapat pahala yg besar sebagai seorang yg taatkan Allah
(a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w). Jika begitu, mengikut Ayat 13, Surah an-Nisa', kita sudah pasti
menjadi calun syurga, malah dgn amalan sedemikian, i.e. mengerjakan amalan dan ibadah berlandaskan
al-Quran dan as-Sunnah, kita dijamin oleh Allah (a.w) syurga.
Dikatakan bahawa penghuni syurga yg paling miskin, mempunayi dua isteri dan 72 khurun-ain (bidadari
untuknya) dan harta atau kekayaan adalah seumpama apa yg terdapat dalam dunia dan isinya sepuluh
kali ganda (i.e. harta kekayaannya sebanyak 10 kali ganda dunia dan isinya). Fikirkanlah betapa kaynya
kita kalaulah kita berjaya menjadi penghuni syurga, syurga yg terkebawah sekali! kalau kita mendapat
syurga Firdaus pula, syurga untuk para nabi dn rasul, kita memiliki 'khurun-ain' sejumlah 12,700
orang...!
Jadi, amat pentinglah kita ikuti as-Sunnah. Kerana sesiapa yg tidak ikuti as-Sunnah tidak diakui oleh
Allah (a.w) sebagai umat Muhammad (s.a.w) dan kerana itu di akhirat kelak, masuk neraka sbagaimana
orang yg tidak Islam, i.e. orang yg tergolong sebagai musyrikin! Oleh itu wajiblah kita berwaspada, semak
ilmu dan panduan amalan dan ibadah kita, supaya kita pasti bahawa kita beramal dan beribadah
menepati ketetapan atau SOP as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: Adapun aku (ketika makan) tidak makan dengan
(keadaan) bersandar.' [Hadith at-Termidzi, KitabIt'amah (Makan)]
Jelas, Rasulallah (s.a.w) menegah kita ketika makan sesuatu bersandar. Apa lagi makan sambil berbaring
sebagaimana yg ditunjukkan dalam filem-filem tentang raja atau pemebsar Rome dlm TV. Adab terbaik
seorang iman adalah ketika makan dia duduk sopan - kalau bersila bersila, kalau duduk secara iftirasy
duduklah, atau duduk dibangku dan sebagainya. Tapi, jangan makan bersandar menunjukkan satu sifat
bangga diri dan sombong. Disebutkan dalam hadith, tidak akan masuk syurga seseornag yg ada perasaan
sombong dan bangga diri dalam dirinya! Wal iyazubillah min zalik.
Diriwayatkan hadith dari Salim hadith dari bapanya (berkata bahawasanya Rasulallah
(s.a.w) bersabda: 'Ketika makan salah seorang kamu sekelian, maka makanlah dengan
tangan kanan dan minumlah dengan tangan kanan, maka sesungguhnya syaitan itu
makan dia dengan tangan kiri dan minum dia dengan tangan kirinya.' [Hadith Muslim,
Kitab al-Syarbat (Minum)]
Hadith ini menyebutkan bahawa pakala kita makan atau minum hendaklah kita makan dan minum dgn
tangan takan, maksudnya menyuaop nasi atau makanan dgn tangan kanan, pegang garfu atau camca dgn
tangan kanan. Kalau makan steak kita boleh potong dengan pisau pakai tangan kanan dan
pegang steak ketika dipotong dgn tangan kiri, tapi bila menyuap ke mulut hendaklah dgn tangan kanan.
Begitu juga ketika minum, Pegang cawan atau gelas atau koleh dgn tangan kanan. Itulah adab asas ketika
makan dan minum bagi seorang yg beriman.

Jazakalallhu khairah.

Anda mungkin juga menyukai