Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN SEMINAR PENDIDIKAN 2014

CABARAN DAN REALITI GURU PERMULAAN.


ANJURAN
AMBILAN JANUARI 2011 DENGAN KERJASAMA
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS IPOH DAN NUTP PERAK.

1.0 PENGENALAN

IPGM bertanggungjawab menyediakan latihan keguruan untuk memenuhi
keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara dengan
menjamin bahawa guru pemulaan yang dihasilkan berkualiti dari segi
profesionalisme, kompetensi dankeberkesanan mengajar [Datuk Hishammudin Tun
Hussein, 2008]. Ini merupakan satu cabaran yang perlu digalas oleh semua tenaga
pengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk memastikan guru
berkualiti kekal berkualiti di sepanjang perkhidmatannya.

Guru alaf baru merupakan guru yang bersifat dinamik, responsif dan boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran semasa. Pendidik yang
berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada
transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arahmelahirkan modal insan
yang cemerlang. Adalah menjadi tanggungjawab IPG untuk mendedahkan para guru
pelatih tentang cabaran yang bakal dihadapi dan seterusnya melatih agar berupaya
membuat perubahan untuk menjadikan diri mereka sebagai guru yang kompeten.

Bagi melahirkan guru yang kompeten, seminar ini dirangka dengan tujuan
untuk membina kesedaran kepada guru pelatih tentang persediaan yang perlu
dibuat sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah. Mereka perlu mengetahui suasana
dan cabaran yang bakal ditempuh terutamanya untuk berhadapan dengan pentadbir
sekolah, murid-murid, ibu-bapa, rakan sekerja dan seterusnya masyarakat. Mereka
perlu bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani.



2.0 MATLAMAT

Matlamat seminar ini adalah untuk melahirkan guru yang bersedia dan
berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak sekolah, pentadbir, murid-murid, ibu
bapa dan masyarakat setempat di mana mereka akan berkhidmat nanti.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif seminar pendidikan ini ialah :
Memberi pendedahan kepada guru pelatih susana dan cabaran yang akan
ditempuh sebagai guru permulaan.
Melahirkan guru pelatih yang mampu menghadapi cabaran sebagai guru
permulaan.
Melahirkan guru pelatih yang berkeupayaan membuat penyesuaian diri
apabila ditempatkan disekolah.
Mendedahkan guru pelatih tentang program, aktiviti atau badan-badan
berkaitan yang boleh disertai apabila ditempatkan di sekolah nanti.

4.0 TEMA PROGRAM

4.1 Cabaran dan Realiti Guru Permulaan.

5.0 ANJURAN

5.1 PISMP Ambilan Januari 2011 (Unit J).
5.2 Jabatan Ilmu Pendidikan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh.

6.0 SASARAN

6.1 Seramai 321 orang guru pelatih Semester 8 2014 dan semua pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan yang mengajar Semester 8


7.0 TARIKH

27 Ogos 2014.

8.0 MASA DAN TEMPAT

8.1 Masa : 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari
8.2 Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.





















9.0 LAPORAN PELAKSANAAN
9.1 STRATEGI PELAKSANAAN

SEBELUM SEMINAR PENDIDIKAN

Anda mungkin juga menyukai