Anda di halaman 1dari 3

NURUL ASYIKEEN BINTI SHAUKAT ALI

LIMT2 2014271050036

REFLEKSI BOLA JARING
Kekuatan
Kursus Bola Jaring yang dianjurkan pada tempoh hari mempunyai banyak
kekuatan yang menjadikan perjalanan kursus berjalan lancar. Jurulatih Kursus Bola
Jaring iaitu Puan Bong merupakan seorang yang sangat berkemahiran dan
berpengalaman dalam permainan ini. Terdapat pelbagai ilmu, kemahiran dan
pengalaman yang dikongsikannya bersama peserta. Selain daripada itu, teknik
pengajaran Puan Bong akan kemahiran bola jaring amatlah tersusun, sistematik,
pelbagai dan terdapat unsur ansur maju. Saya dapat mempelajari kemahiran hantaran,
menjaring, menghalang dan sebagainya serta bergembira dengan perkembangan diri.
Puan Bong menekankan penglibatan peserta dengan memanggil peserta ke hadapan
semasa membuat demonstrasi dan menggalakkan pertanyaan soalan daripada peserta.
Selain itu, komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua peserta adalah amat positif.
Semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan, kesemua peserta menunjukkan
semangat kesukanan yang tinggi disamping menanam minat terhadap permainan ini.
Hal ini menjadikan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain daripada itu, bilangan
peserta yang kecil, iaitu seramai 18 orang sahaja memudahkan jurulatih memberi
perhatian dan mengasah kemahiran peserta-peserta. Sekiranya terdapat kesalahan
yang dilakukan, teguran diberikan serta merta dan diperbaikinya.
Tambahan lagi, penyediaan peralatan seperti bola, wisel, bip dan skitter untuk
bermain adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Ini membantu
meningkatkan penglibatan kesemua peserta dan melancarkan perjalanan semasa sesi
praktikal dijalankan. Di samping itu, penyediaan tempat iaitu, di dewan angsana bagi
sesi teori dan di dewan agong dan M-Square bagi sesi praktikal adalah sangat kondusif,
selesa dan luas.
Kelemahan
Sepanjang berlangsungnya kursus bola jaring ini, saya tidak melihat sebarang
kelemahan utama yang timbul. Akan tetapi, saya berpendapat, kedudukan dewan
angsana dengan surau dan padang adalah tidak strategik. Oleh itu, peserta-peserta
NURUL ASYIKEEN BINTI SHAUKAT ALI
LIMT2 2014271050036

kursus terpaksa bergerak jauh dan melambatkan perjalanan kursus. Selain daripada itu,
gelanggang bola jaring perlukan perselenggaraan dari segi kedudukan tiang bola jaring.
Ini kerana Puan Bong telah menegur tentang diameter gol bola jaring yang tidak
mencapai standard yang ditetapkan. Selain itu, batu besar telah digunakan bagi
menahan tiang gol tersebut. Perkara ini tidak menjamin keselamatan sekiranya ada
pelajar yang terjatuh dan mengenai tiang tersebut. Oleh itu, batu besar tersebut boleh
digantikan dengan guni pasir yang lebih sesuai dan tidak membahayakan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.
Peluang
Dalam menganjurkan Kursus Bola Jaring ini, secara tidak langsung pelajar-
pelajar mendapat peluang mempelajari cara untuk mengendalikan sesuatu kursus.
Pelajar-pelajar perlu berurusan dengan pelbagai pihak seperti jurulatih dari luar,
menyediakan kertas kerja, berurusan mengendalikan makanan, hadiah, penyediaan
tempat dan peralatan bagi melancarkan perjalanan kursus ini. Peluang in dapat
meningkatkan kemahiran interpersonal pelajar ketika berurusan dengan pihak-pihak
tersebut.
Di samping itu, Kursus Bola Jaring ini membuka ruang dan peluang kepada
semua peserta untuk lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab lagi.
Tambahan lagi, hubungan di antara pelajar dengan pensyarah dan pelajar dengan
jurulatih juga dapat diperkukuhkan. Perhubungan silaturahim yang sihat antara rakan-
rakan seperjuangan DPLI dapat memberi kekuatan dan semangat kepada satu sama
lain sebagai sokongan dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi Bukit
Combee.
Ancaman
Keadaan cuaca yang sukar diramal di waktu pagi dan petang sepanjang
berlangsungnya kursus ini menyebabkan kesukaran untuk bermain di gelanggang bola
jaring di padang. Ada ketikanya keadaan cuaca yang agak panas menurunkan
semangat untuk bermain manakala ada ketikanya hujan turun menyebabkan padang
berada dalam keadaan lecah dan mengotorkan kasut. Oleh itu, peluang bermain di
NURUL ASYIKEEN BINTI SHAUKAT ALI
LIMT2 2014271050036

gelanggang sebenar adalah rendah dan lebih banyak kemahiran dipraktiskan di dalam
dewan.
Ketika berlangsungnya Kursus Bola Jaring, peserta-peserta mengalami
kesukaran di kolej kediaman, iaitu ketiadaan air. Perkara ini sedikit sebanyak
menganggu keadaan mental dan emosi peserta-peserta kerana setelah kepenatan
seharian berkursus, tetapi tiada air di kolej kediaman apabila pulang untuk
mendapatkan rehat dan bersedia untuk hari kursus kedua. Akan tetapi perkara ini
diatasi dengan baik oleh kesemua peserta kursus dengan menanam sifat positif di
dalam diri dan terus bersemangat.

Anda mungkin juga menyukai