Anda di halaman 1dari 24

MEMPERBAIKI AMALAN TEKNIK PENYOALAN GURU DENGAN

MENGGUNAKAN SLAID POWERPOINT DALAM SESI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
1.0 Pendahuluan

1.1 Refleksi Nilai Pendidikan
Setiap yang bergelar guru mestilah menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara
yang menuntut tanggungjawab besar daripada seorang guru itu sendiri. Jika kita meneliti ayat
yang tersurat Falsafah Pendidikan Negara :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Pada frasa Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan.... mempunyai maksud yang tersirat. Sistem pendidikan di Malaysia berhasrat
ingin melahirkan insan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Guru seharusnya
memastikan hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan baik setelah sesi
pengajaran dan pembelajaran selesai. Salah satu kaedah paling mudah untuk menguji tahap
pemahaman ilmu pengetahuan murid adalah dengan menggunakan teknik penyoalan. Soalan
yang dikemukakan mestilah terdiri daripada pelbagai aras kesukaran. Melalui teknik ini, guru
mudah untuk mengenal pasti tahap pemahaman murid tanpa menggunakan ujian kertas dan
pensel. Ilmu yang berkekalan dalam minda murid akan memudahkan mereka untuk
menjawab soalan pada bila-bila masa. Jika mereka mampu menjawab soalan, ini
menunjukkan mereka telah melalui satu proses pembelajaran yang bermakna.
Selain itu, Subjek Sains turut terkandung di dalam dasar Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR). Dasar KBSR ini memberi penekanan kepada beberapa aspek dan aspek
penekanan yang lebih menjurus kepada Subjek Sains ialah kemahiran berfikir. Kemahiran
berfikir ini dapat dijana dengan mudah hanya dengan menggunakan soalan yang mempunyai
pelbagai aras kesukaran. Guru boleh menggunakan Taksonomi Bloom atau Taksonomi Solo
dalam membina soalan. Secara tidak langsung, murid dapat menjana idea sendiri dan tidak
hanya bergantung kepada guru dalam proses pembelajaran mereka. Ini kerana KBSR juga
menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Tambahan lagi, kita perlu sentiasa sedar bahawa negara kita sedang berusaha untuk
mencapai Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau
menjadi Perdana Menteri satu ketika dahulu. Terdapat sembilan cabaran utama dan salah
satunya berkait dengan sains dan teknologi iaitu cabaran keenam Wawasan 2020. Cabaran
keenam ini berhasrat untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif dan mampu
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa hadapan. Masyarakat seperti
ini perlu dididik bermula dari sekarang agar mereka cintakan subjek Sains di sekolah. Murid-
murid kerap mengalami situasi misconception in Science. Namun, tanggungjawab sebagai
guru Sains perlu memperbaiki masalah ini agar tidak berlarutan hingga masa hadapan.
Kajian tindakan yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi kesan positif terhadap
sistem pendidikan negara. Kajian ini juga diharapkan mampu meningkatkan amalan
professional saya sebagai seorang bakal guru. Hal ini kerana saya ingin memperbaiki amalan
pengajaran saya dalam menggunakan teknik penyoalan dan secara tidak langsung
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga diharapkan dapat
memberi manfaat kepada mana-mana guru yang mempunyi masalah seperti saya.
Selain guru, murid juga akan turut mendapat manfaat darinya. Sesi soal jawab dalam
kelas akan bertambah menarik jika guru mengguasai teknik penyoalan dengan betul dan
murid dapat memahami dan menjawab soalan dengan baik. Satu proses interaksi dua hala
akan berlaku dengan baik dan murid dapat membina daya kreativiti dalam fikiran mereka.


















1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Setiap kali selepas sesi pengajaran, pasti terbit rasa tidak puas hati dalam diri saya
mengenai tumpuan murid ketika perbincangan atau sesi soal jawab. Melalui pemerhatian
saya, terdapat murid yang gemar melakukan hal sendiri seperti bercakap dengan rakan lain
ketika saya memberi soalan. Apabila murid tersebut tidak memberi tumpuan terhadap soalan
yang diberi, mereka akan meminta agar soalan yang diberikan untuk diulang semula. Pada
awalnya saya tidak sedar tentang masalah ini sehingga mereka kerap meminta saya
mengulang semula soalan.
Pengalaman menjalani latihan praktikum di sekolah yang berbeza pada setiap fasa
memberi pengalaman yang berbeza kepada saya. Sewaktu praktikum Fasa 1, saya menjalani
praktikum di Sekolah Kebangsaan Malim. Di sana saya diberi tanggungjawab untuk
mengajar subjek Sains untuk Tahun 4 dengan jumlah waktu mengajar sebanyak 10 waktu.
Bermula pada fasa 1 ini, saya mula menggunakan teknik penyoalan dalam sesi pengajaran
saya. Pada waktu itu, kebanyakan soalan yang saya kemukakan bersifat lisan dan spontan.
Murid dilihat kurang memberi perhatian kepada soalan yang saya berikan dan mereka
seakan-akan tidak berminat untuk menjawab soalan.
Kemudian, semasa praktikum Fasa 2, saya dihantar ke Sekolah Kebangsaan Cheng
dan ditugaskan untuk mengajar subjek Sains dan Pendidikan Jasmani dengan jumlah masa
keseluruhan sebanyak 12 waktu. Merujuk kepada komen yang diberikan oleh guru
pembimbing subjek major, beliau mengatakan soalan yang saya kemukakan kurang mencabar
pemikiran dan minda murid. Ini kerana kebanyakan soalan yang saya kemukakan hanya
berada pada aras pengetahuan dan kefahaman dalam Taksonomi Bloom. Tiada soalan yang
berada pada aras sukar seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Hal ini tidak sejajar
dengan kehendak KBSR yang mahukan murid mempunyai kemahiran berfikir yang baik.
Satu pemerhatian tidak berstruktur telah saya jalankan ketika praktikum fasa 3 ini,
saya menjalankan sesi soal jawab di dalam kelas. Saya kerap menggunakan slaid powerpoint
semasa sesi P&P untuk menunjukkan gambar dan isi kandungan pelajaran. Apabila saya
mengajukan soalan dengan menggunakan powerpoint, saya dapat mengesan perubahan
tingkahlaku dan minat pelajar dalam menjawab soalan. Murid yang pasif mula memberi
perhatian dan ingin menjawab soalan. Kemudian, tiada permintaan pengulangan soalan
daripada murid.
Jika ada murid yang mengajukan soalan, soalan mereka lebih menjurus kepada
perkara lain seperti bertanyakan maksud perkataan yang kurang mereka fahami di dalam
soalan tersebut. Contoh soalan :

Soalan :
Antara benda hidup dengan benda bukan hidup, yang manakah memerlukan tenaga
solar?
Jawapan :
Kedua-dua memerlukan tenaga solar.
Berdasarkan soalan di atas, murid hanya bertanya kepada saya apakah maksud tenaga
solar, dan mereka tidak meminta saya untuk mengulang semula soalan di atas kerana soalan
tersebut sudah sedia ada pada slaid powerpoint.
Seterusnya saya beranggapan perkara ini berpunca daripada diri saya sendiri
kerana guru pembimbing subjek minor juga pernah memberi teguran terhadap teknik
penyoalan saya yang pada pendapatnya sedikit longgar di mana masalah ini berkaitan dengan
bahasa. Beliau mengatakan laras bahasa yang saya gunakan kadang-kala agak panjang dan
berbelit-belit. Kesannya, murid saya tidak faham kehendak soalan dan mereka tidak dapat
menjawab soalan dengan tepat. Di sini dapat saya simpulkan bahawa masalah ini berpunca
daripada saya iaitu berkenaan dengan penggunaan laras bahasa yang kurang sesuai.
Apabila saya mengajukan soalan sambil menayangkan soalan di slaid powerpoint,
murid lebih tertarik untuk melihat dengan adanya gambar, grafik animasi dan bunyi-bunyian.
Pada setiap slaid itu, kebiasaannya saya akan memasukkan bunyi peralihan transisi slaid.
Apabila murid mendengar bunyi ini, mereka sedia maklum bahawa slaid persembahan telah
berubah dan secara automatik mereka akan melihat ke hadapan dan membaca soalan yang
ditayangkan pada slaid powerpoint itu.
Jika diimbaas kembali, terdapat komen dan teguran daripada pensyarah dan guru
pembimbing berkenaan dengan teknik penyoalan saya. Mereka berpendapat teknik penyoalan
yang saya gunakan tidak betul kerana saya tidak menggunakan hentian dan tidak memberikan
peluang dan masa kepada murid untuk menjawab soalan. Kesilapan yang sering saya lakukan
ialah saya kerap memanggil nama murid dahulu sebelum soalan dikemukakan. Hal ini
membuatkan murid akan terkejut dan kurang bersedia untuk menjawab. Kemudian, guru
pembimbing memberi komen bahawa soalan yang saya kemukakan kurang menarik perhatian
murid kerana soalan yang diberikan hanyalah secara lisan dan tanpa bantuan mana-mana
bahan bantu mengajar. Soalan lisan saya juga tidak memenuhi kriteria yang diperlukan
berdasarkan Taksonomi Bloom.
Berdasarkan komen dan teguran di atas menunjukkan bahawa saya tidak
mengamalkan langkah teknik penyoalan yang betul. Ini kerana teknik penyoalan yang betul
ialah guru mengekemukakan soalan secara rawak kepada murid. Kemudian, guru
menggunakan hentian dan memberikan masa untuk murid menjana minda untuk menjawab
soalan. Selepas kira-kira satu minit, guru boleh memanggil nama murid secara rawak untuk
menjawab soalan. Jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru boleh memberi petunjuk
jawapan atau meminta murid lain untuk cuba menjawab soalan. Seterusnya, guru mesti
memberikan pujian dan ucapan terima kasih selepas murid menjawab soalan dan
mempersilakan mereka untuk duduk semula.
Setelah membuat perbandingan berdasarkan komen guru pembimbing dan pensyarah,
saya dapati bahawa saya tidak menjalankan teknik penyoalan dengan langkah yang
sepatutnya. Hal ini membuatkan saya mempunyai masalah apabila mengekemukakan soalan
kepada murid.
Oleh itu saya bertekad untuk menjalankan kajian tindakan terhadap amalan saya
sendiri iaitu penggunaan slaid powerpint dalam teknik penyoalan semasa proses pengajaran
dapat meningkatkan teknik penyoalan guru dan mengubah tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.








1.2 Tinjauan Literatur
Menurut Ismail Jusoh (1993), soalan ditafsirkan sebagai satu kenyataan yang menguji
atau membina pengetahuan. Manakala, menurut Levin dan Long (1981) dalam kajian S.
Supramani (2006) mendefinisikan soalan sebagai sebarang ayat yang mempunyai fungsi atau
unsur pertanyaan. Soalan yang baik perlu mempunyai ransangan atau panduan untuk
menjelaskan isi pelajaran kepada pelajar. Untuk tujuan keberkesanan soalan, penilaian perlu
dilaksanakan.
Penggunaan soalan di dalam kelas merupakan salah satu cara guru menyampaikan
pengajaran yang popular dan merupakan salah sau yang paling mudah untuk dilaksanakan
(Omardin 1999). Namun begitu, soalan yang diajukan mestilah menarik minat murid dan
mengikut aras berdasarkan kepada Taksonomi Bloom. Hal ini amat bertepatan seperti yang
dinyatakan oleh (Zamri Mahamod & Nor Razah Lim, 2011) , guru-guru haruslah mahir
mengekemukakan soalan-soalan daripada pelbagai aras kognitif dan menggunakan teknik
penyoalan yang berkesan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping
mencabar pemikiran murid. Untuk membina soalan yang terdiri daripada pelbagai aras
kognitif, guru boleh menggunakan Taksonomi Bloom sebagai panduan. Seorang guru yang
efektif mampu menggunakan setiap tahap pemikiran untuk menggalakkan pelajar untuk
membuat kesimpulan, hubungkait dan mengaplikasikan maklumat isi pelajaran dalam
kehidupan (Alyssa Critoli, 2010).
Manusia akan lebih gemar untuk belajar dengan sesuatu perkara yang menarik
perhatian mereka. Teknik penyoalan juga boleh dijadikan lebih menarik dengan bantuan
media. Media adalah sebuah alat yang mempunyai fungsi menyampaikan pesan (Bovee,
1997). Media pembelajaran adalah sebuah alat yang berfungsi untuk menyampaikan
maklumat pembelajaran. Salah satu media pembelajaran yang sering digunakan pada masa
kini ialah persembahan slaid powerpoint.
Menurut Ngin Wei Haw (2009), powerpoint merupakan perisian yang berkualiti dan
penggunaan media ini semakin popular dalam bidang pendidikan. Slaid powerpoint juga
dapat membantu memotivasikan murid dan guru lebih mudah untuk mengatasi masalah
murid lemah di dalam kelas. Pembelajaran menggunakan powerpoint dapat membantu murid
untuk mempelajari konsep Sains mengikut keupayaan diri.
Jika penyoalan diajukan dengan cara yang menarik, murid akan lebih aktif untuk
menjawab dan secara tidak langsung guru dapat menilai sejauh mana pencapaian hasil
pembelajaran yang telah dirancang. Ini adalah kerana apabila murid memberi respon kepada
soalan yang ditujukan, guru dapat menilai kefahaman murid (Barbara Gross Davis, 2001).
Namun begitu, guru mestilah mengaplikasikan teknik penyoalan yang betul. Seperti yang
dinyatakan oleh (Cruickshank, 2009), menggunakan masa hentian membolehkan murid untuk
mencapai satu tahap keselesaan dan menggalakkan mereka untuk menyuarakan pendapat
mereka dengan lebih bebas dan selesa. Maka secara ringkasnya, penyoalan dapat menentukan
pencapaian objektif seterusnya keberkesanan penyampaian guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dengan syarat guru itu mestilah mengikuti langkah teknik penyoalan
dengan betul





2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan

2.1 Fokus Kajian
Walaupun saya telah mengesan pelbagai faktor kepada ketidak keberkesanan dalam
teknik penyoalan saya, saya akan memberikan tumpuan dan penekanan terhadap beberapa
faktor yang dinyatakan di bawah :
1. Menggunakan susunan bahasa yang mudah dan ringkas dalam memberi soalan.
2. Memerhati perubahan tingkah laku murid serta tumpuan murid ketika soalan diajukan
secara rawak dan semasa soalan diajukan dengan slaid powerpoint.
3. Teknik penyoalan guru lebih mudah disampaikan tanpa pengulangan soalan yang
sama.

2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah
Merujuk kepada faktor yang pertama iaitu berkaitan dengan penggunaan laras bahasa.
Masalah utama ini berpunca daripada diri saya sendiri. Hakikatnya saya mempunyai masalah
penggunaan bahasa kerana semasa proses pembelajaran berjalan, saya kerap menggunakan
teknik penyoalan lisan dan spontan untuk menilai tahap kefahaman murid. Terdapat murid
yang meminta saya mengulang semula soalan kerana mereka kurang faham dengan kehendak
soalan. Ini bermaksud, laras bahasa yang saya gunakan tidak sesuai dan sukar untuk difahami
oleh murid. Seharusnya, saya menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami.
Masalah ini mula dikenalpasti apabila saya menyedari murid kerap meminta saya untuk
mengulang soalan.

Kajian ini berfokus kepada pembinaan soalan secara berstruktur. Berdasarkan kajian
ini, saya dapat mengenalpasti tahap pemahaman murid berdasarkan respon murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung terutamanya ketika sesi soal jawab berjalan.
Selain itu, kaedah ini dapat membantu guru dalam mengekalkan tumpuan dan minat murid
dalam kelas semasa sesi pembelajaran berjalan.
Faktor seterusnya ialah saya ingin mengenalpasti perubahan tingkah laku murid
berdasarkan dua keadaan berbeza. Keadaan pertama ialah soalan diajukan secara lisan dan
spontan dan keadaan kedua soalan diajukan dengan bantuan slaid powerpoint. Pemerhatian
akan dilakukan untuk membuat perbandingan terhadap dua keadaan berbeza ini. Berdasarkan
pemerhatian yang telah saya jalankan sebelum ini, fokus dan tumpuan murid lebih dalam
keadaan yang baik dan terkawal apabila soalan diajukan bersama slaid powerpoint di hadapan
kelas yang mempunyai grafik animasi dan bunyi. Pemerhatian secara berulang akan terus
dijalankan untuk mengesahkan keberkesanan teknik ini.
Faktor ketiga ialah berkenaan dengan permintaan ulangan soalan oleh murid. Sebelum
ini, murid akan meminta soalan diulangkan apabila soalan lisan dikemukakan dan mereka
kurang faham tentang soalan itu. Namun, apabila soalan ditayangkan di slaid powerpoint,
tiada permintaan ulangan soalan kerana soaln itu telah tersedia untuk dibaca di hadapan
sepanjang proses perbincangan itu berjalan.
Kaedah ini sememangnya mempunyai elemen kebolehtadbiran kerana teknik
penyoalan amat popular dan pasti akan digunakan ketika guru itu mengajar. Jadi, teknik ini
mampu dilakukan kerana pada masa kini, guru-guru mahir untuk menggunakan teknologi.
Guru mampu untuk menyediakan slaid powerpoint yang mempunyai soalan dan proses ini
tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Teknik penyoalan juga sesuai digunakan dalam mana-mana subjek lain seperti subjek
Bahasa Inggeris dan lain-lain. Ini kerana teknik ini merupakan teknik paling mudah bagi
seorang guru untuk menilai pemahaman murid semasa proses pembelajaran berlangsung.
Teknik ini menunjukkan kepetingannya dalam menilai tahap hasil pembelajaran yang
dirancang oleh guru. Pada asasnya, jika soalan lisan mampu dijawab oleh murid, murid itu
juga boleh dibimbing untuk menjawab soalan secara berstruktur dengan baik.
Teknik ini juga dapat membantu untuk mengawal kelas. Ini kerana apabila murid
melihat sesuatu perkara yang menarik seperti slaid powerpoint yang mempunyai gambar-
gambar, maka tumpuan mereka akan lebih kepada slaid di hadapan dan secara tidak langsung
memudahkan guru untuk mengawal kelas dan memberi arahan.
Hal ini tidak hanya memberi impak positif kepada guru malah memberi kesan yang
baik kepada sekolah. Selain pencapaian murid meningkat, purata gred sekolah juga akan
meningkat kerana hal ini saling berkait antara satu sama lain.
Melalui kaedah penggunaan slaid powerpoint dalam teknik penyoalan ini, saya dapat
melihat peluang guru untuk merancang satu pengajaran yang lebih teratur kerana soalan dan
slaid perlu disediakan lebih awal dan tidak kucar kacir. Murid juga lebih jelas mengenai
kehendak soalan dan tiada pengulangan soalan yang boleh membazirkan masa untuk
mengulang perkara yang sama. Selain itu, jika soalan diajukan dengan baik, maka proses
penyampaian ilmu juga akan lebih teratur berjalan lancar. Menurut bicara Rasulullah s.w.t
seperi yang dinyatakan dalam (Abdullah, 1991) bahawa gunakan bahasa yang mudah
difahami serta diterima hati bagi menyebarkan agama Islam. Oleh itu, bahasa yang digunakan
mesti ringkas dan mudah untuk difahami.

3.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :
3.1 Objektif Kajian
- Penggunaan slaid powerpoint semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kemahiran penyoalan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

1. Meningkatkan amalan guru dalam teknik penyoalan menggunakan slaid powerpoint.
2. Meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran Sains.
3. Meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan dalam subjek Sains.

3.2 Soalan Kajian
1. Adakah teknik atau kaedah penyoalan dengan menggunakan slaid powerpoint dapat
memperbaiki amalan guru dalam teknik penyoalan?
2. Adakah teknik penyoalan menggunakan slaid powerpoint dapat meningkat dan
memupuk minat serta motivasi murid dalam pembelajaran Sains?
3. Adakah kaedah atau teknik penyoalan dengan menggunakan slaid powerpoint boleh
meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan bagi Subjek Sains?





4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor, Melaka. Sekolah ini
mempunyai 2 buah kelas tahun 5. Bilangan murid tahun 5 pada masa ini ialah seramai 44
orang. Saya akan menjalankan kajian kelas 5 Inovatif iaitu kelas yang menempatkan murid-
murid yang mempunyai rekod pencapaian akademik yang tinggi secara keseluruhannya.
Hampir 80% daripada murid di dalam kelas ini memegang jawatan dalam organisasi iaitu
sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas
serta penolong ketua kelas.
Saya telah meletakkan kumpulan sasaran untuk kajian ini yang akan melibatkan murid
seramai 15 orang daripada 22 orang murid kelas 5 Inovatif. 5 orang murid ialah lelaki dan 10
orang murid ialah perempuan. Menurut Majid Konting, 30% daripada sampel adalah
memadai bagi mewakili populasi sesuatu kajian. Sewaktu peperiksaan yang lalu, terdapat 3
wakil subjek kajian telah gagal dalam ujian bagi subjek Sains. Tiada subjek kajian yang
mendapat gred A.
Sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini, saya mendapati bahawa hampir
keseluruhan murid 5 Inovatif mempunyai masalah tidak membawa buku teks ke sekolah.
alasan yang diberikan ialah terlupa dan mereka mengatakan silap melihat jadual waktu.
Kemudian, apabila mereka memasuki bilik sains, mereka akan bertanya mengenai video apa
yang akan mereka tonton pada waktu itu.
Murid-murid ini dipilih secara bertujuan. Punca utama mereka dipilih ialah saya
mendapati murid-murid ini mempunyai masalah dalam memahami soalan lisan dan mereka
juga merupakan murid yang pasif semasa sesi pembelajaran. Mereka kurang aktif untuk
menjawab soalan dan hanya murid yang sama sahaja menjawab soalan.
5.0 Pelaksanaan Kajian
Untuk melaksanakan kajian ini, saya akan melakukan beberapa langkah dalam proses
kajian tindakan ini :

5.1 Perancangan Tindakan

1. Penulisan Rancangan Mengajar serta pembinaan soalan di slide powerpoint.
- Sebelum rancangan pengajaran dijalankan, saya akan membuat ulangkaji terhadap
topic pembelajar dan juga membuat perancangan secara teliti berdasarkan Rancangan
Pengajaran Tahunan Sains Tahun 5. Saya juga akan menyediakan bahan bantu
mengajar dalam bentuk slaid powerpoint untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam slaid powerpoint itu akan terdapat beberapa soalan yang
dibina untuk diajukan kepada pelajar. Kebiasaannya soalan itu akan diberikan semasa
fasa aplikasi idea. Saya memilih fasa aplikasi idea kerana fasa ini berada di hampir
penghujung pembelajaran. Jadi, saya akan mudah untuk membuat pemerhatian dan
membuat perbandingan. Fasa-fasa lain turut menggunakan teknik penyoalan, namun
perbezaannya adalah soalan yang diajukan bersifat spontan, secara lisan sahaja dan
tanpa bantuan apa-apa bahan bantu mengajar.

2. Pengaplikasian Slide Powerpoint bersama soalan semasa proses P&P.
- Soalan akan diajukan kepada murid sambil slaid powerpoint ditayangkan. Guru akan
membuat pemerhatian berdasarkan kepada aspek yang diperlukan berdasarkan kepada
borang pemerhatian yang disediakan.


BIL TINDAKAN TARIKH
PERANCANGAN
TINDAKAN
CATATAN
1 Mengenalpasti masalah dan membuat
tinjauan awal
18 Februari 2013
2 Menulis kertas cadangan kajian 25 Februari 2013
3 Merancang tindakan 27 Februari 2013
4 Melaksanakan tindakan :
Ulangkaji tajuk pembelajaran
Memahami objektif
pembelajaran tenaga
Merangka RPH yang sesuai
dengan topik dan murid.
Membuat bahan bantu mengajar
slaid powerpoint bersama soalan
yang akan diajukan.
10 Mac 2013
5 Melaksanakan intrevensi.
Membuat pemerhatian
berstruktur
Mengisi borang pemerhatian
13 Mac 2013
6 Mengadakan temubual 25 Mac 2013
7 Mengedarkan soalan ujian topikal 17 April 2013
8 Menganalisis markah ujian topikal
murid
18 April 2013
9 Menganalisis data 1 Mei 2013
10 Refleksi kajian 28 Jun 2013
11 Menulis laporan kajian Jun- Ogos 2013
12 Pembentangan dapatan kajian September 2013

Jadual 1 : Jadual Perancagan Pelaksanaan Tidakan














5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Langkah 1 : Pemerhatian
- Semasa intervensi ini bakal dan sedang dijalankan, saya akan terus mengadakan
pemerhatian terhadap murid-murid kumpulan sasaran ini. Perkara pertama yang
menjadi kepentingan saya ialah perubahan yang berlaku kepada pelajar terutamanya
perubahan emosi dan perubahan sikap. Selain itu saya juga akan membuat
pemerhatian yang meliputi perubahan iklim bilik darjah. Segala data pemerhatian
akan direkodkan dalam borang pemerhatian.
- Pemerhatian ini akan dijalankan sendiri oleh saya sebagai hasil dapatan yang utama.
Manakala, saya akan meminta bantuan rakan untuk turut melakukan beberapa
pemerhatian untuk mengukuhkan dan mengesahkan pemerhatian yang telah saya
jalankan.
- Hasil pemerhatian akan direkod menggunakan borang pemerhatian yang disediakan.

Langkah 2 : Jurnal Diari
- Diari merupakan catatan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Diari
ini akan merekodkan setiap pemerhatian yang dilakukan oleg pengkaji sendiri
mengenai setiap masalah dan situasi yang berlaku semasa proses pembelajaran murid.






Langkah 3 : Ujian Topikal
- Saya akan menjalankan satu ujian topikal berkenaan topik yang akan dipilih dan akan
dijalankan semasa saya mendapat waktu relief untuk kelas ini. Ujian ini akan
dijalankan hanya kepada kumpulan sasaran. Rasional bagi tindakan ini adalah untuk
menilai tahap pencapaian murid secara individu selepas intervensi dijalankan.
Ujian topikal ini lebih berstruktur berbanding soalan lisan kerana apabila soalan
secara lisan dikemukakan, kemungkinan besar saya akan terlepas pandang mengenai
pemahaman murid. Jadi, instrumen ini lebih sesuai dan memudahkan saya untuk
mengukur tahap pemahaman murid dalam topic ini.

Langkah 4 : Temu bual.
- Saya akan menjalankan satu temubual secara berstruktur dan tidak berstruktur kepada
responden saya dengan tujuan untuk mengumpulkan beberapa data penting mengenai
teknik penyoalan saya.

5.3 Perancangan Analisis Data
1. Merekodkan hasil pemerhatian dalam borang pemerhatian
2. Mengedarkan set soalan ujian topikal kepada murid.
3. Membuat analisis data berdasarkan hasil keputusan ujian topikal topik tenaga.
Analisis boleh dibuat dalam bentuk jadual dan carta graf.
4. Mencatat peristiwa setiap kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran.


6.2 Kos Kajian
Berikut adalah anggaran perbelanjaan untuk menjalankan kajian tindakan ini.
Bil Bahan Harga seunit Kos
1 Kertas A4 5 X RM8.00 RM40.00
2 Dakwat mesin pencetak 2X RM10.00 RM20.00
3 Fotostat/ Penjilidan RM50.00
JUMLAH RM110.00















7.0 Rujukan
Abdullah N. Ulwan (1991). Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Singapura : Pustaka
Nasional PTE LTD.
Barbara G. Davis (2001). Tools for Teaching. San Francisco : Jossey- Bass Publishers.
Ismail Jusoh (1993). Panduan Pengajaran Sains. Kuala Lumpur, Malaysia : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ngin W. Haw (2009). Keberkesanan Penggunaan Powerpoint Terhadap Penguasaan Konsep
Sains Bagi Murid Tahun 5. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb.
Januari 2009, www.ipbl.edu.my/.../7.%20%20NGIN%20WEI%2
S. Supramani (2006). Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal
Pendidikan 2006, Universiti Malaya, myais.fsktm.um.edu.my/5307/1/14.pdf
Zamri Mahamod, Nor Razah Lim (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam
Pengajaran Guru Bahsa Melayu : Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu,
Cruickshank, D. Jenkins (2009). The Act of Teaching. (5
th
ed). New York: McGraw-Hill
Omardin Asshaari. (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka. www.ukm.my/.../51-65_Zamri,NorRazah_UKM
Mohd. Majid Konting. (200). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi ke-5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Rosli Sahat, Kartini Abdul Mutalib, Badrul Hisham Alang Osman, Ahamad Shabudin
Yahaya. Kajian Tindakan Untuk PISMP.








PENDAHULUAN

Teknik penyoalan merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) dapat
melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Kejayaan teknik ini dalam pdp
amat bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. Dalam
kemahiran penyoalan, pdp yang menggunakan kemahiran ini sangat mementingkan
peranan guru. Peranan guru amat penting untuk menentukan proses teknik ini dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran guru untuk mempelbagaikan teknik
soalan akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan baik
dan berkesan. Justeru, guru seharusnya membina satu kreativiti untuk menjadikan soalan
yang disampaikan itu sesuatu yang bermakna buat murid. Pelbagai cara boleh digunakan
termasuklah mengaplikasi kemajuan teknologi walaupun hanya untuk menyampaikan
soalan.

Sepanjang sesi praktikum di sekolah ini, pengkaji kerap menggunakan kemahiran
penyoalan secara lisan untuk mengukur tahap pemahaman murid. Soalan yang diajukan
biasanya bersifat spontan. Namun begitu, soalan spontan itu sukar difahami murid. Boleh
dikatakan setiap kali pengkaji mengajukan soalan, murid akan meminta guru agar
mengulang semula soalan atau menerangkan semula soalan. Masalah ini amat
mengganggu proses pdp kerana kerap kali mengulang soalan yang sama dan membazir
masa pdp.

Masalah ini kemungkinan besar berkait dengan kurangnya kemahiran linguistik guru
dalam membina soalan secara spontan. Struktur bahasa dan istilah yang digunakan
kadangkala tidak bersesuaian dengan tahap umur murid. Terdapat murid memberi respon
bahawa soalan yang diberikan agak panjang. Kemudian, istilah yang digunakan oleh guru
tidak difahami, contohnya penggunaan istilah populasi dalam tajuk Siratan Makanan,
Tahun 5. Seharusnya, guru menggunakan istilah bilangan agar soalan lebih mudah
difahami. Situasi ini memberi gambaran bahawa guru mengalami masalah untuk
menyampaikan soalan lisan dengan baik. Ini kerana (Faridah, 2007) menyatakan salah satu
prinsip kemahiran penyoalan ialah aras soalan sesuai mengikut umur, kebolehan dan
pengalaman pelajar. Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh
kanak-kanak.

Apabila saya meneliti semula komen lisan guru pembimbing, saya mendapati beliau
ada mengatakan bahawa soalan spontan yang saya ajukan tidak berfokus serta stuktur
bahasa yang tidak teratur. Beliau juga berpendapat soalan yang diajukan tidak berjaya
menarik perhatian murid untuk terlibat dalam sesi soal jawab. Hal ini bertepatan dengan
(Nor Hasemah, 2006) dalam kajiannya. Beliau mengatakan guru perlu mempelbagaikan
pendekatan semasa mengajukan soalan supaya menghasilkan suasana pembelajaran
efektif.

Lantaran daripada masalah ini, saya bertekad untuk menjalankan kajian tindakan
terhadap amalan saya sendiri iaitu penggunaan slaid powerpoint dalam kemahiran
penyoalan semasa proses pengajaran dapat meningkatkan kemahiran penyoalan guru dan
mengubah tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.






FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus untuk mengatasi masalah guru semasa menyampaikan soalan lisan yang
spontan semasa pdp. Berdasarkan kepada respon awal, guru sebenarnya perlu
menggunakan susunan bahasa yang mudah dan isitilah yang sesuai semasa memberi
soalan. Penggunaan aplikasi persembahan perisian PowerPoint ini amat membantu dalam
menyampaikan lisan kepada murid. Soalan dapat dirangka lebih awal bagi mengelakkan
kesalahan dalam struktur bahasa. Secara tidak langsung, perisian PowerPoint ini dapat
menjadi medium bagi penyampaian soalan. Hal ini amat bertepatan seperti yang dinyatakan
oleh (Zamri & Nor Razah, 2011), guru-guru haruslah mahir mengekemukakan soalan-soalan
daripada pelbagai aras kognitif dan menggunakan kemahiran penyoalan yang berkesan
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping mencabar pemikiran
murid.
Perisian PowerPoint juga digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa pdp
berjalan. Fokus dan tumpuan murid dilihat dalam keadaan yang baik dan terkawal apabila
soalan diajukan bersama perisian PowerPoint di hadapan kelas yang mempunyai grafik
animasi dan bunyi. Hasilnya, perisian PowerPoint ini membuktikan mampu membantu saya
untuk menarik perhatian pelajar. Hasilnya, murid sentiasa fokus ketika sesi soal jawab
berlangsung. Perisian PowerPoint ini merupakan salah satu komponen media. Media adalah
sebuah alat yang mempunyai fungsi menyampaikan pesan (Bovee, 1997). Media
pembelajaran adalah sebuah alat yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat
pembelajaran. Salah satu media pembelajaran yang sering digunakan pada masa kini ialah
persembahan perisian PowerPoint.
Isu utama yang setersunya ialah berkaitan dengan situasi permintaan dan
penerangan semula soalan. Murid berbuat demikian kerana mereka tidak memahami
kehendak sebenar soalan. Namun, apabila soalan ditayangkan di perisian PowerPoint, tiada
permintaan ulangan soalan kerana soalan itu telah tersedia untuk dibaca di hadapan
sepanjang proses perbincangan itu berjalan.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki kemahiran penyoalan guru dengan menggunakan
perisian PowerPoint semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Tahun 5 dijalankan.
Soalan Kajian
1. Adakah perisian PowerPoint dapat memperbaiki kemahiran penyoalan guru semasa
sesi soal jawab dalam pdp?
2. Adakah kemahiran penyoalan menggunakan perisian PowerPoint dapat
meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran Sains?

Anda mungkin juga menyukai