Anda di halaman 1dari 2

PANTUN DUA KERAT (2)

Siakap, senohong, gelama, sotong,


Cakap bohong kerja kosong.

Siakap, senohong, haruan, ikan duri,
Cakap bohong, kemudian mencuri.

Atap bumbung retak lama berkarat,
Cakap bohong tidak bawa berkat.

Atap tiang, tangga dipasang,
Cakap siang, mata memandang.

Malap kelam, telaga dipalang,
Cakap malam, teliga dipasang.

Kelapa lidi diraut sembilu,
Jumpa sekali terpaut rindu.

Pucuk lalang, sekerat baki,
Peluk bayang, sekilat pergi.

Kain sutera, benangnya rapat,
Rajin usaha, hasilnya dapat.

Lajur hari, alang perkasa,
Jujur diri, orang percaya.

Rumah tubir, berseni sasa,
Ramah bibir, berbudi bahasa.

Pasak jadi, pasak perkasa,
Rosak budi, rosak bahasa.

Cahaya mentari, pelangi dipandang,
Manusia mati, budi dikenang.

Redup belantara biar terasa,
Hidup sementara biar berjasa.

Pantun Maksud
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Jelas sekali bahawa
pemantun mahu dirinya
dikenang dengan sebutan
nama baik, iaitu budi.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggakan nama.
Sekali lagi penegasan
tentang nama baik
seseorang dibawa hingga
ke mati. Budi yang di tabur
oleh si mati akan tetap
menjadi sebutan.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Budi, tidak kira sedikit atau
banyak tidak akan hilang
atau luput daripada
kenang-kenangan orang
yang pernah menerima
budi.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Budi dikaitkan dengan kasih
sayang. Orang yang
menerima budi
menganggap dirinya
berhutang seribu tahun.
Maknanya, hutang budi
dikenang sepanjang hayat
dan dibawa ke mati.

Anda mungkin juga menyukai