Anda di halaman 1dari 10

Tutorial 1

menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan
implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-
beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun
berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara
satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada
dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai
pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan
kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .
Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud
di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu
sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum
yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India
pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru
yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris
pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar
sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta
dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew
sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai
pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan
telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .
Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan
taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum
ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan
Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia "
(Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-
kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab
itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di
Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina .

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13
Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa
Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya
bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada
31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan
penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa
Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

IMPLIKASI 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah
berlaku sebelumnya. Peristiwa 13 Mei banyak memberi kesan kepada Negara, salah
satunya ialah pembentukan perpaduan kaum yang mana ia merupakan perkara yang amat
penting untuk membentuk satu Negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan
telah berusaha membentuk perpaduan kaum di Negara agar Malaysia mampu maju seiring
dengan Negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi
merupakan satu proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik.
Manakala asimilasi pula merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang
lebih besar. Namun jika diteliti kedua-dua aspek tersebut, kerajaan lebih banyak
mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui
proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini
berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin
difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei
1969.
Dalam usaha untuk membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei, kerajaan telah
mengambil inisiatif dengan mengisytiharkan darurat. Ketika peristiwa 13 Mei 1969
berlaku, keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana
tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat
pada 16 Mei 1969 di seluruh Negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk
menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak
yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional atas segala tindakan mereka. Ketiga
untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
Selain itu tertubuhnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Setelah mengisytiharkan darurat
di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat
(MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun
Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik,
pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya
ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan
Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail
dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Fungsi utama MAGERAN adalah untuk
mengembalikan keamanan dan undang-undang Negara, menentukan pentadbiran yang licin
dan sempurna dan mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di
Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN, maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung
dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
Tertubuhnya Majlis Perundingan Negara juga merupakan salah satu usaha untuk
membentuk perpaduan dalam masyarakat Negara Malaysia. Majlis perundingan Negara
telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di
Malaysia dan telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada
wakil-wakil menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN, kerajaan-kerajaan Negeri, parti-
parti politik, Sabah dan Sarawak, kumpulan-kumpulan Agama, badan-badan Profesional,
Perkhidmatan Awam, Kesatuan Sekerja dan Persatuan Majikan, wartawan, Persatuan Guru-
guru dan kumpulan minoriti. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini adalah untuk
meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada
MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan
integrasi kaum di Malaysia.
Selain itu, usaha untuk membentuk perpaduan adalah dengan memperkenalkan Rukun
Negara. Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang
jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan
yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah
manifestasi ideologi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan
rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang
dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat
Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telah pun wujud dan boleh dijadikan pegangan
masyarakat Malaysia. Antaranya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang
adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak dan membina
sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep rukun
negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan
kepada Raja Dan Negara, Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan
Kesopanan Dan Kesusilaan.
Pembentukan Majlis Muhibah. Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada
MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di
setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Hal ini bertujuan untuk
memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat
Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah dalam
kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan
keyakinan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa
hitam 13 Mei 1969.
Wujudnya penyusunan semula politik iaitu penubuhan Barisan Nasional. Apabila berlakunya
masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu
dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru itu, wujudlah Barisan
Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat
peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia
(MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional adalah untuk
mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.
Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan
kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
Terdapat juga beberapa dasar kerajaan yang dibuat untuk membentuk perpaduan yang
lebih baik selepas peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak
negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato
Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan
mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah
diambil untuk mengatasi masalah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina
perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.
Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970
dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum. Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan
antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan
kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni
akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi
Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-
pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut penyediaan
infrastruktur parit dan tali air termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan
pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun, menyediakan skim penanaman
semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi serta pemberian
kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan
yang ditujukan kepada pekebun kecil, menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian
subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan
yang perlu dan lebih berguna, melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang
membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara (FELCRA) dan melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik,
hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai
peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan
semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan
pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk
pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat
Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras
dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB iaitu meningkatkan pendapatan dan
taraf hidup golongan kurang berupaya, menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor
ekonomi tertentu, menyusun semula pemilikan ekuiti, melatih dan membentuk para
usahawan dan pedagang baru dalam kalangan masyarakat bumiputera, menambahkan
kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar
bumiputera dan menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal
dalam sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng
tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara
perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf
ekonomi kaum Bumiputera ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Nasional
Berhad (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Bank
Negara, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Skim Amanah Saham Bumiputera, Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN). Setelah tahun 1990
tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya
mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus
dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti
purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat
dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
Seterusnya adalah Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah
hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960. Ia telah termaktub dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar
ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan
keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan
kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah bahasa Inggeris
diwajibkan di semua sekolah rendah dan bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua
sekolah menengah.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan
secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pada
tahun 1970, tetapi pada tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti
diajar dalam Bahasa Melayu. Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini adalah untuk menghasilkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih, menggalakkan perkembangan
ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan
teknologi, menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik Negara, membentuk
satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain,
mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam
persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja Negara dan
mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib
baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di
semua sekolah, memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982
berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988, mempertingkatkan pendidikan
rohani, disiplin dan keagamaan, menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk
disiplin dan perpaduan dan memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan
mempelbagaikan kemudahan pelajaran.
Langkah-langkah tersebut amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Hal ini akan
memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa
curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan satu
bahasa tunggal iaitu bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat
melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak
berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah
pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Jika diteliti
falsafah pendidikan negara tersebut nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu
dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya
menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei
1969 tidak akan berulang.
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak
lari daripada aspek kepelbagaian budaya antara satu sama lain. Melalui Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara
yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah
ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan
Kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya
masing-masing agar perasaan prasangka antara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain
dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan
mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan
ialah membantu mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, memupuk dan
menjamin keutuhan identiti kebangsaan dan memperkayakan dan mempertingkatkan mutu
kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
kebendaan di Malaysia.
Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dalam membentuk apa jua dasar perkara
yang paling penting ialah soal pelaksanaan kerana jika ia hanya sempurna di atas kertas
tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu juga
dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan agar matlamatnya
tercapai. Antaranya ialah memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan
di peringkat negeri dan nasional, memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan
kebudayaan, meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita,
memupuk kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
Selain itu, dengan mewujudkan Dasar Pembangunan Nasional (DPB). Dasar Pembangunan
Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di
parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia
terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun
1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan
bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu dan adil. Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan
kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut mewujudkan
keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
yang saksama, memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan, mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian
secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi
untuk semua rakyat Malaysia, menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan
mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi dalam
kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar, membangunkan
sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup
yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta
menghayati perasaan bangga dan cintakan Negara, memajukan pembangunan sumber
manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta
meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan
industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan
semula masyarakat, menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan
budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang
moden dan memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian
yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam
jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi
ekonomi DEB iaitu mengalih tumpuan membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan
termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif, menumpukan perhatian kepada
pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera,
meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses
penyusunan semula masyarakat dan memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan
sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama. DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah
dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang
lebih makmur dan sentosa.

Anda mungkin juga menyukai