Anda di halaman 1dari 1

Azman Bin Yahaya,

Kampong Tok Wee,


09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman.


Tuan Pengurus,
Ladang Bukit Hijau,
P.O.Box WD 304,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman. 13 Ogos 2012


Tuan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PENGKLON ANAK POKOK GETAH
Merujuk perkara di atas, saya Azman Bin Yahaya No Kad Pengenalan 830706025625 berminat untuk
memohon jawatan sebagai pengklon anak pokok getah di ladang Tuan.
2. Untuk makluman, saya pernah bekerja sebagai pengklon anak pokok getah di tapak semaian
anak getah di Kampung Baru Kejai selama 6 bulan.
3. Kini saya sedang bekerja sebagai penoreh getah dan membuat pengklonan anak getah secara
kecil kecilan untuk kegunaan saya sendiri.
4. Saya membuat permohonan kerja ini adalah disebabkan ingin mempraktikan kebolehan saya
dalam bidang pengklonan anak getah dan mendapat pendapatan serta pekerjaan yang lebih tetap bagi
menyara keluarga saya.
Saya amat berharap permohonan kerja ini akan tuan pertimbangkan kerana saya ingin berkerja dan
memberi sepenuh perhatian disamping meningkatkan margin keuntungan syarikat .
Sekian,terima kasih.
Yang Benar
.
( AZMAN BIN YAHAYA)

Anda mungkin juga menyukai