Anda di halaman 1dari 2

Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan lontaran.

Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan
pertandingan acara adalah seperti berikut.
Hari pertama
Hari kedua
100 m
Lompat jauh
Lontar peluru
Lompat tinggi
400 m
110 m lari berpagar
Lempar cakera
Lompat bergalah
Rejam lembing
1500 m
Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling lengkap. Perserta yang
mengambil bahagian harus menggabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta
semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi
sepanjang dua hari acara itu dijalankan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhan,
peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu acara
akan diberkan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangs(IAAF). Peserta menunjukkan prestasi yang tlnggi sudah tentu memperoleh mata
yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para pesertata dalam ke semua sepuluh acara itu
diumlahkan dan eserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
Acara dekathon mi dipercavai ala pada akhir abad ke-19. Ketika itu terdapat 10 acara yang
digabungkan, tempoh pertandingan hanva dalam sehari sahaja. Dekathon pertama kali
disenaraikan sebagai acara Sukari Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di
Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari. Bagaimanapun, kini
acara tersebut diadkan dalam tempoh dua han sahaja bagi mengelakkan peserta daripada
kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekatlon merupakan acara tetap dalam
setiap perjumpaan olahraga utama dunia.
Heptathlon
Heptathlon mierupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk
menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara
heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua han. Acara-acara yang terdapat dalam acara
heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti berikut:
Hari pertama Hari kedua
100 m berpagar
Lompat tinggi
Lontar peluru
200 m
Lompat jauh
Rejam lembing
800 m
Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah
keseluruhan mata vang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang
berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberikan
hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara ini
dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.
BALAPAN UNTUK OLAHRAGA
Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan
dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna. Persediaan awal yang merangkumi perala tan dan kemudahan untuk setiap acara
hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal
diadakan dalam perjumpaaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium
bola.
Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang
bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau
perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi Iapan lorong disediakan. Balapan
diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Setiap lorong balapan sejauh 400
meter . Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga
diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasan
tertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan
berusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat
perjumpaan itu.

Anda mungkin juga menyukai