Anda di halaman 1dari 4

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas


: Pendidikan Moral Tahun 3
2. Nilai / tajuk
:Bertanggungjawab / bertanggungjawab terhadap sekolah
3. Masa
: 10.30 -11.30 pagi (60 minit)
4. Standard Pembelajaran : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4
5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Penaakulan Moral

: i. menyatakan 3 cara bersikap bertanggungjawab di sekolah.


ii. menyenarai 3 cara melaksanakan tanggungjawab di sekolah.

Perasaan Moral

: Menceritakan perasaan setelah melaksanakan tanggungjawab di


sekolah.

Perlakuan Moral

Mengamalkan sikap bertanggungjawab di sekolah.

6. Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar tentang nilai bertanggungjawab dalam tahun
2.
7. Teknik : Bercerita
8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Set induksi:
i.

Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita.

ii.

Guru mengajukan beberapa soalan.

Langkah 1:
i.

Menjana idea murid dengan meminta mereka menceritakan apa yang mereka fahami
dari gambar tersebut

ii. Menjana idea murid dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam
cerita berdasarkan gambar yang diedarkan.
iii. Guru menjelaskan nilai bertanggungjawab.
Langkah 2:
i.

Guru mengedarkan teks cerita dan membaca teks tersebut.

ii. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan teks yang telah diberi bagi memastikan
murid memahami teks yang telah dibaca.

iii. Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan


kepentingan bersikap bertanggungjawab.
Langkah 3:
i.

Secara berkumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari mana-mana gambar


yang sesuai berkaitan sikap bertanggungjawab di sekolah.

ii.

Murid berbincang tentang perasaan bertanggungjawab berdasarkan gambar-gambar


tersebut dan menyatakan kepentingan bersikap bertanggungjawab.

Penutup:
i.

Guru membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid.

9. EMK:
i.

Kreativiti menjana idea, sumbangsaran

ii.

TMK - Menggunakan internet

10. Bahan Bantu Mengajar:


Gambar-gambar cerita, gambar-gambar bertanggungjawab, lembaran kerja.
11. Penilaian P dan P:
i.

lembaran kerja (memadankan gambar berdasarkan perlakuan bertanggungjawab


dengan tepat)

ii. gambar-gambar yang diakses oleh murid dari internet


iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap bertanggungjawab
12. Refleksi
i. 6 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. Seorang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

NAMA MURID

BAND 1

BAND 2

BAND 3

1.DARON
YOHANES
2.GILBERT
FRANK
3.KERRY
PERRY
4.MELISSA YAP
5.MARIE JOHN
6.VANESSA
REKOD PENILAIAN EVIDENS

BAND 4

BAND 5

BAND 6

Anda mungkin juga menyukai