Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1.

-Pengenalan yang menarik dan jelas tentang peranan guru pendidikan seni di sekolah
(pengetahuan seni dan psikologi kanak-kanak).
#Apakah peranan guru pendidikan seni di sekolah (pengetahuan seni dan psikologi kanak-
kanak)?

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSRMac 2008
1.0 PengenalanSeni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan
senipergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih
menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai
estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-
kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut
fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuatkeputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan
menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya
seni, produk serta objekyang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas
utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic
mission)
Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan
estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas
profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang
belum diketahui anakdidik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula
adalahtugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-
tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti.Tugas
kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta
melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar
dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.


PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSRMac 2008

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan professional (initial
training) Sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untukdisampaikannya di
sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru
seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan
baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni
dengan baik dapat menjadi guruseni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada
kebolehan seseorang guruitu menguasai seni mengajar (
art of teaching
). Selain mengajar, seorang guruseni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator,
pemudah cara(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan,

Anda mungkin juga menyukai