Anda di halaman 1dari 3

INFORMATION of ELAKSAMANA

ISLAM PEMANGKIN ILMU SAINS

Islam adalah agama yang lengkap lagi sempurna. Setiap bidang dan aspek yang
berkaitan dengan kehidupan telah difokuskan oleh Islam. Ia adalah agama
kerohanian dan material, dunia dan akhirat, roh dan jasad, hidup dan mati, ibadah
dan politik serta manusia dan alam. Allah berfirman:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama mu untuk kamu dan telah Aku
sempurnakan nikmatKu ke atasmu dan telah Aku redai Islam menjadi agamamu..”
(Surah Al-Maidah ayat 3)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim
berkata, “Ini merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah kepada
umat ini. Apabila Allah menyempurnakan agama ini, umat Islam tidak memerlukan
agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan Nabi lain (selepas Nabi
Muhammad). Tidak ada perkara yang halal melainkan apa yang dihalalkan agama dan
tidak ada perkara yang haram melainkan yang diharamkan agama dan tidak ada cara
hidup melainkan yang berlandaskan syariat yang diturunkan Allah...”

Sebagai suatu agama yang lengkap sains tidak dilupakan malah agama Islam
merangsang umatnya untuk mengkaji alam kerana dengannya manusia akan mengenal
Dia Yang Maha Pencipta kerana Allah tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata
atau pancaindera, sebaliknya Allah dikenali dengan mengamati kejadian langit dan
bumi. Rahsia tentang keagungan Ilahi akan terserlah apabila manusia mengkaji dan
bertafakur tentang penciptaan Allah. Mengikut riwayat oleh Abu Naeem, nabi
bersabda, “Berfikirlah tentang penciptaan yang telah Allah lakukan tetapi janganlah
berfikir tentang Zat Allah.”

Kepentingan Akal Dan Tafakur

Al-Quran merangsang umat Islam untuk berfikir secara saintifik dengan merangsang
mereka untuk mengkaji alam. Untuk mencapai tujuan itu akal perlu dimanfaatkan.
Berhubung dengan ini Allah berfirman:

“Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati. Amat
sedikitlah yang bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan serta meramaikan kamu di
bumi ini dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan
dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah
kamu tidak berfikir tentangnya?” (Surah Al-Mukminun ayat 78-80)

Imam Ar-Razi meriwayatkan, Imam Malik pernah ditanya oleh khalifah Harun Ar-
Rasyid tentang bukti kewujudan Allah, dan beliau menjawab, “Buktinya ialah, setiap

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

manusia telah dikurniakan mulut dan lidah yang lebih kurang sama kejadiannya,
tetapi bahasa, suara dan intonasi setiap seorang daripada mereka adalah berbeza.”

Imam Abu Hanifah pernah ditanya oleh sekumpulan manusia tentang bukti
kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta, dan beliau menjawab, “Aku sedang berfikir
tentang sebuah kapal di laut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi
yang peliknya kapal ini tidak ada nakhoda dan anak-anak kapal. Ia belayar ke sana ke
mari dan menyelesaikan masalah dengan sendirinya”. Mereka yang mendengar
perkataan Imam Abu Hanifah ini terus berkata, “Ini adalah satu kisah gila yang
tidak masuk akal”. Imam Abu Hanifah terus menjawab, “Kamu menganggap orang
yang mengatakan kapal boleh belayar dengan sendirinya adalah seorang yang gila.
Bagaimana pula dengan golongan yang mengatakan, alam ini yang begitu halus dan
tersusun kejadiannya, terjadi dengan sendirinya tanpa Pencipta dan Pengurus?”
Golongan yang menemui Imam Abu Hanifah itu terus tergamam dan akhirnya
mengucap dua kalimah syahadah.

Imam Syafie pula ketika ditanya tentang dalil kewujudan Allah telah berkata:
“Lihatlah daun Tut ini (mulberry leaves). Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan
sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh
binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia
mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang
dimakan adalah sama jenisnya?”

Riwayat-riwayat ini menunjukkan sains dipandang penting dalam Islam kerana ia


dapat membantu seseorang untuk mengenali dan beriman kepada Allah. Dalam kitab
Tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata: “Sebahagian ulama
berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan
dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan
laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung
ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir.....
di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperolehi bukti
tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana”.

Pengkajian Alam Dan Iman

Apabila manusia mengkaji alam mereka akan menyedari betapa halus dan
terperincinya penciptaan Allah kerana segala apa yang Allah ciptakan mempunyai
ukuran dan keseimbangannya yang tertentu. Sebagai contoh, manusia menghirup
oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sedangkan pokok-pokok memanfaatkan
karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen. Di langit, Allah mencipta matahari dan
cahaya matahari adalah penting untuk hidupan di muka bumi. Walau bagaimanapun,
cahaya matahari jika tidak ditapis akan mendatangkan mudarat kepada hidupan ini.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Justeru, Allah mencipta ozon di lapisan stratosfera melalui tindak balas cahaya
matahari ke atas oksigen. Ozon berperanan memelihara hidupan bumi dari kesan
negatif cahaya ultra ungu, dengan cara menyerap gelombang sinaran matahari yang
dikenali sebagai ultraviolet-B (UV-B). Lapisan ozon pula terpelihara melalui gas
nitrogen. Gas ini mampu mengawal kadar konsentrasi ozon agar sentiasa berada pada
tahap yang stabil yang tidak memudaratkan. Nitrogen terhasil secara semula jadi di
langit. Kesemua ini menunjukkan alam ini tidak dijadikan secara semberono
sebaliknya ia dicipta mengikut suatu sistem yang mantap. Inilah yang Allah
maksudkan melalui firmanNya:

“Dialah yang menciptakan dan menyempurnakan penciptaanNya. Dan Dialah yang


menetapkan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk. Dan Dialah yang
menjadikan rumput rampai lalu menjadikan rumput rampai itu kering kehitam-
hitaman.” (Surah Al-A’la ayat 2-5)

Dalam penciptaanNya, tidak ada satu makhluk pun yang dizalimi. Setiap makhluk akan
mendapat haknya secara adil sebagai kurniaan daripada Allah. Allah berfirman:

“Tidak ada seekor binatang pun yang melata di atas muka bumi melainkan Allahlah
yang menentukan rezeki baginya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu
(di dunia) dan tempat penyimpanannya (di akhirat). Semuanya tertulis di dalam Kitab
yang nyata.” (Surah Hud ayat 6)

Justeru, binatang yang hidup di iklim yang panas diciptakan Allah dengan segala
keperluan agar binatang itu dapat menyesuaikan dirinya dengan iklim itu. Sebagai
contoh, unta yang hidup di padang pasir, mempunyai bonggol lemak di belakangnya
dan bonggol ini menjadikan seseekor unta mampu bertahan di padang pasir tanpa air
selama lebih kurang tiga minggu. Unta juga dikurniakan dengan dua lapis kelopak
mata yang berfungsi memelihara kedua belah mata unta dari sebarang kerosakan
terutamanya ketika berdepan dengan ribut pasir di gurun. Kefahaman yang mendalam
berhubung dengan penciptaan Allah berdasarkan kajian yang saintifik akan
menambahkan lagi iman dan keyakinan di hati umat Islam.

Adaptasi dari : http://www.formulacemerlang.com

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005

Anda mungkin juga menyukai