Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN RINGKAS BONEKA

Pengenalan
Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej
serta hiburan.Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.Namun ia
memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam
menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalam
dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita.
Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-
apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang
seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.Boneka
merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.Pelbagai objek
boleh dijadikan boneka sekiranya objek tersebut digerakkan oleh pemain.Semasa
menggerakkan boneka itu, pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama
ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain aksi boneka tanpa suara.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk
menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik
perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang
daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan..
Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan
dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif.
Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran
afektif, kognitif dan fizikal.
Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai
alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana
yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar
untuk terus belajar.

Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.Pendengar iaitu kanak-
kanak akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan
khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana
mereka dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan
menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.Mereka juga tidak akan rasa segan
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Penggunaan
boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk
berkomunikasi,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan sebenar serta merangsang
daya imaginasi.Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-
kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
Eve-Marie Arce dalam bukunya Curriculum for Young Chidren-An Introduction
menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru
untuk menyalurkan emosi kanak-kanak,kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau
kebimbangan mereka.
Kanak-kanak mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuan
daripada guru.Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama ada
bahan-bahan terpakai, bahan semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitan
dengan sesuatu pembelajaran.Bahan-bahan terpakai adalah seperti penutup botol
minuman, batang aiskrim,bekas dadih, pnggan kertas, stoking lama dan pelbagai
lagi.Bahan semulajadi pula seperti daun, batu kecil, ranting, akar pokok, kulit pokok
dan bunga manakala bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran pula seperti
bulu burung yang dikaitkan dengan sains dan lain-lain yang sesuai.
Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang
tetapi juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,situasi dan cerita-
cerita tertentu.Ketika boneka digerakkan,muzik latar, suara ataupun bunyi bunyian
dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru
sendiri atau sekumpulan kanak-kanak.
Sejarah ringkas boneka
Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Ahli sejarah berpendapat
bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-
orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat atau tulang
binatang. Boneka yang lebih cantik dibuat daripada lilin dan gading gajah.Pada masa
itu, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk kanak-kanak tetapi banyak
digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi.
Pada masa dahulu, bentuk boneka tidak menarik dan dikatakan sangat
menyeramkan serta menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan untuk
memilikinya.Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerakkan.Boneka dengan
kaki dan lengan yang dapat digerakkan dibuat pertama kalinya pada 600 tahun
sebelum masihi.Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk
keperluan keagamaan dan ritual.
Boneka Di Barat
Di Barat, boneka telah dijadikan permainan kanak-kanak semenjak abad ke 15
iaitu di Kota Nurembergm, Augsburg, dan Sonnneberg Jerman. Boeka tersebut
diperbuat daripada kayu, lilin, dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian bagi
menggambarkan wanita di zaman itu. Sementara di British, Perancis, Itali, dan Belanda,
membuat pakaian khas mengikut daerah bagi boneka daripada jenis yang sama.
Boneka-boneka ini biasanya dijual sebagai cenderahati.
Belanda kemudiannya, telah maju setapak dengan mencipta mata boneka yang
diperbuat daaripada kaca dan dapat digerak-gerakkan menjadikannya lebih hidup.
Pada tahun 1675, penciptaan boneka maju setapak lagi dengan mengenakan rambut
sebagaimana boneka hari ini. Pembuatan boneka mengorak maju apabila sebuah
kilang telah Berjaya mencipta boneka yang dapat menangis pada 1710, manakala
boneka yabg dapat berjalan pada 1735.
Amerika telah Berjaya muncul sebagai Negara pengeluar boneka terbesar di
dunia pada akhir perang dunia pertama. Antara tahun 1925 dan 1941 industri
pembuatan boneka akhirnya telah Berjaya mencipta boneka yang hampir sama dengan
objek yang ditirunya iaitu dengan mengenakan mata yang dapat mengerdip lengkap
dengan bulu matanya, mulut yang dapat dibuka hingga memperlihatkan barisan giginya
dan terdapat juga boneka yang dapat makan dan minum sendiri.
Boneka Di Malaysia
Suatu ketika dahulu, penggunaan boneka di Malaysia lebih kepada bentuk
pemujaan, namun tidak dapat dinafikan boneka juga adalah merupakan alat mainan
yang sangat popular di kalangan kanak-kanak, namun kedapatan juga yang dijadikan
hiasan atau sebagai koleksi orang dewasa. Boneka seringkali dijadikan hadiah atau
cenderahati kepada kanak-kanak terutamanya pada majlis hari jadi. Ia merupakan satu
alat mainan yanag digemari oleh kanak-kanak semua bangsa di Malaysia. Terdapat
banyak boneka yang hampir menyerupai menusia sehingga kedapatan kanak-kanak
yang menjadikan boneka teman mereka.
Boneka sebenarnya bukan saja menjadi barang mainan kanak-kanak, malah
juga turut menjadi kegemaran sebahagian orang dewasa. Boneka dijual secara meluas
di kedai-kedai alatan permainan dalam berbagai bentuk dan rupa, samada dalam
bentuk manusia atau haiwan. Boneka yang terdapat di Negara ini diperbuat daripada
pelbagai bahan misalnya, kayu, plastic, kapas, kertas, kain dan seumpamanya.
Definisi boneka
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan
mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain
Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi
boneka tanpa sebarang dialog.Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk
menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping
melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup
baik ke arah pendedahan komunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita
,merangsang daya imaginasi dan memberi murid pengalaman belajar bekerjasama
secara berkumpulan
Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-
macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka
tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde "Boneka ada
banyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan
lantang, dan tiada kehidupan peribadi."
Jenis-jenis boneka
Terdapat berbagai jenis boneka yang sering digunakan antaranya:-
Boneka Jari
Boneka Tongkat
Boneka sarung tangan
Boneka Wayang Kulit
Boneka pinggan kertas
Boneka Beg Kertas
Boneka Lidi dan
Boneka Sudu

Bahan untuk membuat boneka
Bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka tersebut.
Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah
sarung tangan atau sarung kaki (boneka sarung tangan)
kertas tebal/plastic keras (boneka wayang kulit dan lidi)
beg kertas/beg mabuk udara (boneka beg kertas)
sudu kayu atau senduk (boneka sudu)
perca kain (boneka sarung kepala dan sarung tangan)
pinggan kertas (boneka pinggan kertas)
kayu (boneka tongkat)
lidi (boneka lidi)
Boneka dicipta mengikut kreativiti individu yang menghasilkannya. Ini bererti
seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk menghasilkan boneka
kerana mereka juga boleh menghasilkan boneka daripada bahan-bahan terbuang.

Boneka tangan
Boneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan dan
lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak.Kanak-kanak akan memasukkan
keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau
dibentuk.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh
digunakan.Antaranya ialah stoking, sarung tangan, beg kertas dan sampul surat.Bekas
telur, bekas dadih dan lain-lain turut boleh digunakan seperti watak kucing, tikus dan
sebagainya.Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas membuat
pergerakan.

Boneka jari
Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan boneka
yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri.Boneka jari dilakukan dengan
memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari.Jari digerakkan semasa watak
dimainkan.Boneka ini boleh dibuat dari kertas yang dilukis wataknya.Saiz boneka
adalah mengikut saiz jari kanak-kanak.Boneka ini diwarnakan dan digam pada keliling
bentuk watak tersebut kecuali pada bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka jari amat
seronok digunakan kerana pelbagai watak boleh dimainkan serentak.

Boneka wayang kulit
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna dan
bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar
dan kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi.Lidi-lidi halus
diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkan
boneka ini, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin putih.Lampu dinyalakan
dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-
goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.Satu lagi cara persembahan wayang
kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan
terpapar di atas skrin.

Boneka lidi
Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit.Boneka ini diperbuat
daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan
boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya.Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyang
untuk menggerakkan anggota badan tersebut.

Boneka bertali
Boneka Bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti
papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Boneka menggunakan tali atau string puppets
berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk.Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan
dibentuk dan akan diikat dengan tali bagi tujuan pergerakan.Tali-tali halus
disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleg bergerak.Bahagian kaki
dan tangan watak akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan
tali.Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak
tersebut untuk lari, terbang, lompat dan menggelongsor.Tali yang digunakan boleh
berupa tali biasa ataupun tali tangsi .Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk
membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.


Kepentingan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran
Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan
berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata.
Mengguna dan memperkukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur melalui
pengalaman sebenar yang mengembirakan.
Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman kenak-kanak terhadap
sesuatu peristiwa ataupun cerita.
Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni
Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara berkesan.
Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
Melahir rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar.
Meredakan tekanan dalam diri kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai