KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang
pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan
Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang
ketiganya ,syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun
desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu
pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan
iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi.
Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan
oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua
kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan
zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati
hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak
diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak
bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka
kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar
akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye
pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke
bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu...
banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
de’Hearty of ELAKSAMANA
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak
kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan
menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum
sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak
orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,
tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta
selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta
murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia
gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan
perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai
kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian
perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian
duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang
sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk
makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang
bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan
ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor
nyamuk sekalipun!
MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI
BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
de’Hearty of ELAKSAMANA
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut
manusia akan kecundang.
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia.
Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu
kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada
Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam!
Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika
kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim
(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara
tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah
berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan
godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan
lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan
watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta
merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia
seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai
berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan
dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit. Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam ada
membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama seperti
sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum
berkahwin. Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram
antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi
pasangan, adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah
pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Bukankah
itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali sesama sendiri
dengan lebih dekat lagi.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
de’Hearty of ELAKSAMANA
TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE?
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang
diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat,
kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia
yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap
syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu
dengan zina.
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta
manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta
tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta
sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak
menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh
Allah.
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang
yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang
pernah berzina. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan
yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin
berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
de’Hearty of ELAKSAMANA
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan
diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis
madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi
pepatah.
SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG DAN
BERTANGGUNGJAWAB.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang
wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih
wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan
memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah
rahsia lelaki.
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand
sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang
boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah
mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman
Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang
perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan
zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang
besar. (Surah Al-Ahzab: 35)
BAGAIMANA KAMI?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga
syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai
Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam
percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa
kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab
kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar &kurang
rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan
kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
de’Hearty of ELAKSAMANA
benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu
berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan
kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin.
Moga Allah terima taubatmu.
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006