Anda di halaman 1dari 4

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan

dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT


SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2014
(PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH ATAS)
Huraikan Senario yang diberikan
SENARIO 1 KEPESATAN PERBANDARAN
SCENARIO 1 - RAPID URBANIZATION
Bahasa Malaysia

Perbandaran seringkali dianggap sebagai petunjuk modenisasi, peningkatan taraf hidup


serta kemajuan sama ada di negara membangun atau negara maju kerana
perbandaran merupakan prasyarat untuk pemodenan dan perkembangan. Oleh itu,
perbandaran merupakan satu elemen penting terhadap kemajuan sesebuah negara.

Dalam kepesatan

perbandaran, pelbagai perubahan akan berlaku meliputi aspek

ekonomi, demografi, politik, budaya, teknologi, sosial dan faktor persekitaran semula
jadi yang mana

perubahan-perubahan ini merupakan petunjuk kepada kepesatan

perbandaran. Namun demikian, seiring dengan kepesatan, perkembangan, kemajuan


serta pembangunan infrastruktur, manusia boleh mencetuskan pelbagai fenomena
sosial.

Sejauh manakah kepesatan perbandaran membawa kepada masalah sosial.


1/4

Apakah langkah-langkah yang boleh membanteras gejala sosial dan seterusnya


membawa kepada pembangunan yang seimbang?

Bahasa Inggeris

Municipality developments are often regarded as an indicator of modernization,


improvement of living standards and the measure of progress in the developing world or
the developed countries. It is an important element of the nation development.

Rapid developments are results of various changes that includes economic,


demographic, political, cultural, technological, and social factor. It will also trigger
various social glitches.

To what extent does these developments lead to social problems?

What steps should be taken to reduce or eradicate these social problems towards
achieving a balanced development?

2/4

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan


dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT


SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2014
(PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH ATAS)
Huraikan Senario yang diberikan

SENARIO 2 - MASALAH SOSIAL DI KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH


SCENARIO 2 - SOCIAL PROBLEMS AT LOW COST HOUSING
Bahasa Malaysia

Perumahan adalah satu keperluan dan ia menjadi masalah utama di kawasan


perbandaran yang melibatkan banyak aspek dari segi sosial, ekonomi dan politik.
Banyak usaha kerajaan telah dilakukan untuk mengatasi masalah perumahan
terutamanya perumahan kos rendah bagi penduduk bandar yang berpendapatan
rendah. Ketidakcukupan dan kekurangan tanah untuk pembinaan perumahan adalah
salah satu punca utama

masalah ini berlaku. Nilai tanah bandar yang tinggi dan

ketidaksudian pemaju untuk membina perumahan kos rendah yang berkualiti adalah
punca ketidakcukupan perumahan kos rendah untuk rakyat yang berpendapatan
rendah tidak dapat disediakan.

Kebanyakan kawasan perumahan kos rendah tidak menyediakan kemudahan awam


yang mencukupi dan berfungsi menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti

3/4

budaya lepak, bohsia, rempit, keruntuhan moral dan lain-lain. Selain itu, rekabentuk
rumah yang kecil mengakibatkan ketidakselesaan penghuni.

Berikan cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga komuniti setempat
bagi mengatasi masalah ini.

Bahasa Inggeris

Housing is a necessity and it becomes a main problem in urban area that involves many
aspects of social, economic and political. Much effort is done by government to
overcome housing problem especially low-cost housing for low income group.
Inadequacy and lack of land for housing construction is one of the main reason these
problems occur. High urban land values and un willingness of developers to build lowcost housing is one of cause of insufficient quality low-cost housing for low-income
people can not be provided.

Most of the low cost housing areas do not provide public amenities that are sufficient
and functional that can cause social problem such as loitering culture, bohsia, rempit,
moral decadence and so on. Apart from that, in term of design of houses are very
inconvenience to the low-income residents.

Discuss the proposal that needs to be done by government and also local community to
overcome this problem?

4/4

Anda mungkin juga menyukai