Anda di halaman 1dari 4

Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan KVKV

Dengan Menggunakan Persembahan


Power Point Interaktif
Hemanathan A/L Harikrishnan
Sailajah Nair Sukumaran, Ph.D

ABSTRAK
Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan suatu
keperluan asas di negara ini. Kemahiran membaca dan menulis merupakan
tunjang utama dalam menguasai bahasa Melayu. Tanpa kemahiran-kemahiran
ini, penguasaan bahasa Melayu tidak akan dicapai dengan jayanya. Kajian ini
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membaca perkataan KVKV dalam
kalangan murid pemulihan dengan menggunakan Power Point Interaktif.
Kajian ini melibatkan tiga orang murid Tahun 3 dari sebuah sekolah di Rantau,
Negeri Sembilan. Kutipan data dalam kajian ini dilaksanakan melalui ujian pra
dan ujian pasca, analisis dokumen, temu bual bersama guru pemulihan, dan
pemerhatian terhadap pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
ujian pasca menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam menguasai
kemahiran membaca perkataan KVKV. Secara rumusannya, kaedah Power
Point Interaktif berjaya meningkatkan kemahiran KVKV dalam kalangan
murid.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Setelah lapan kali sesi pengajaran, pengkaji mendapati murid pemulihan di sebuah
sekolah sekitar Rantau, Negeri Sembilan masih gagal menguasai kemahiran
membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila pengkaji meminta murid
membaca perkataan KVKV secara individu ketika sesi pengajaran. Murid-murid
tersebut menghadapi kesukaran dalam membatang suku kata dan membunyikan suku
kata. Perkara ini menyebabkan murid tidak berminat dan kurang berkeyakinan
semasa membaca. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, pengkaji telah
menggunakan Power Point Interaktif untuk mengatasi masalah kegagalan membaca
perkataan KVKV.

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian ini berfokus kepada masalah membaca perkataan KVKV dalam kalangan
murid pemulihan. Matlamat utama pengkaji ialah meningkatkan kemahiran membaca
perkataan KVKV dalam kalangan murid pemulihan, seterusnya meningkatkan
keyakinan dan minat murid tersebut dalam kemahiran membaca. Jika pengkaji tidak
mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini, murid-murid mungkin
akan mengulangi kesilapan yang sama dalam kemahiran membaca yang seterusnya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian
I.

Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan


murid-murid pemulihan dengan menggunakan Power Point Interaktif.

II.

Meningkatkan minat dan keyakinan murid-murid pemulihan dalam


mengusai kemahiran membaca melalui penggunaan Power Point
Interaktif.

Persoalan Kajian
I.

Sejauh manakah penggunaan Power Point Interaktif dapat meningkatkan


kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid pemulihan?

II.

Bagaimanakah penggunaan Power Point Interaktif dapat meningkatkan


keyakinan dan minat membaca dalam kalangan murid pemulihan?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini telah dijalankan ke atas 3 orang murid tahun3. Ketigatiga murid tersebut
mengikuti kelas pemulihan selama setahun. Kesemua murid tersebut belum
menguasai kemahiran membaca KVKV dan memerlukan bimbingan sepenuhnya
daripada guru untuk menangani masalah tersebut.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


5.1

Prosedur Tindakan

Kajian dibuat berdasarkan Kitaran Model Kajian Tindakan oleh Kurt Lewin (1948).
Model ini terdiri daripada 4 prosedur utama, iaitu : perancangan (plan), tindakan
(act), pemerhatian (observe), refleksi (reflect).

5.2

Pelaksanaan Tindakan

Dalam kajian ini pengkaji telah mengenal pasti murid yang menghadapi masalah
membaca perkataan KVKV melalui pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Pengkaji telah menjalankan ujian pra pada minggu keempat praktikum untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam kemahiran
membaca. Berdasarkan keputusan ujian pra pengkaji telah memperkenalkan Power
Point Interaktif kepada ketiga-tiga murid pemulihan bagi menangani masalah
membaca kemahiran KVKV.
Sebanyak lapan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
menggunakan Power Point Interaktif. Sesi ini dilaksanakan melalui 3 langkah.
Pertamanya, murid diberi bimbingan untuk menyebut perkataan berpandukan Power
Point Interaktif. Kemudian, murid menyebut perkataan tanpa bimbingan Power Point
Interaktif. Seterusnya pengkaji memberikan lembaran kerja untuk menguji tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid.
Pengkaji melaksanakan ujian pasca setelah tamat lapan sesi pengajaran. Ujian
pasca dijalankan untuk mengenal pasti perubahan dalam kemahiran membaca dan
minat serta keyakinan murid dalam kemahiran membaca. Di samping itu, pengkaji
memerhati dan mencatatkan perubahan tingkah laku murid semasa menggunakan
Power Point Interaktif untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji
menemu bual guru pemulihan bagi mengetahui pandangan dan perasaan beliau
terhadap intervensi yang dijalankan.
6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca


Hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan ialah seperti berikut:
Jadual 1 : Analisis Markah murid bagi ujian pra dan ujian pasca
Responden

Responden
A
Responden
B
Responden
C

Ujian Pra

Ujian Pasca

Jumlah
soalan
yang betul
(n=18)
6

Purata
markah
(%)

Peningkatan
(%)

Purata
markah
(%)

33

Jumlah
soalan
yang betul
(n=18)
16

89

56

44

17

95

51

50

17

95

45

Jadual 1 menunjukkan perbezaan pencapaian markah murid dalam ujian pra dan
pasca. Markah ujian selepas intervensi menunjukkan peningkatan yang positif jika
dibandingkan dengan sebelum intervensi. Pengkaji juga telah dapat melihat
peningkatan minat murid terhadap pengajaran melalui dapatan yang diperoleh
daripada analisis dokumen dan pemerhatian. Selepas beberapa intervensi murid
dapat membaca perkataan KVKV dengan betul dan murid melibatkan diri secara
aktif dan seronok sepanjang sesi pengajaran berlangsung. Akhirnya dapatan temu
bual bersama guru pemulihan juga menjelaskan bahawa Power Point Interaktif ini
telah dapat meningkatkan keyakinan diri murid dalam kemahiran membaca
perkataan KVKV.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Pada masa akan datang, pengkaji mencadangkan supaya Power Point Interaktif
digunakan untuk mengajar kemahiran membaca yang lain seperti perkataan KVK,
KVKVK dan KVKVKV. Pengkaji turut mencadangkan agar unsur bermain dalam
Power Point Interaktif diintegrasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengintegrasian unsur ini dalam penggunaan Power Point Interaktif lebih menarik,
dan dapat menguji minda murid dalam menguasai kemahiran bahasa dalam situasi
pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

8.0 RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas. (2012). Buku panduan pendidikan pemulihan khas


Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dorothy Latham. (2000). How children learn to read. Cambridge: Cambridge
University Press.
JayaPraba. (2012).Kaedah pengajaran murid pendidikan khas. Jurnal Bahasa, 1(3)
200-240.
Ramesh. (2012). Panduan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai