Anda di halaman 1dari 4

6.

KAEDAH KAJIAN
Kajian yang dijalankan menggunakan tiga kaedah yang biasa digunakan oleh para
penyilidik dan pengkaji. Kaedah yang sering digunakan tersebut adalah mendapatkan,
mengumpul dan menganalisi data. Kajian yang dilakukan berdasarkan laras sastera yang
digunakan dalam penulisan Teks Salatus Salatin Dan Novel saudagar Besar dari Kuala
Lumpur. Dapat diperhatikan bayak penggunaan laras ini dalam penghasilan dua karya
tersebut. Kaedah kajian yang digunakan dapat membantu menyediakan bahan-bahan serta
data-data yang diperolehi agar dapat memudahkan penghasilan dapatan kajian.
6.1 Mendapatkan Data
Kajian ini dijalankan melalui kaedah kepustakaan. Pengkaji telah mendapatkan maklumat
yang berkenaan laras sastera daripada Pusat Sumber Sekolah Sekolah Menengah
Kebangsaan Telok Datok dan Perpustakaan Awam Banting. Beberapa buah buku telah
dirujuk untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, pengkaji juga telah mendapatkan
maklumat tambahan daripada laman web.

6.2

MENGUMPUL DATA
Kajian ini dimula dengan kerja pengumpulan data melalui kajian perpustakaan,iaitu
bermula dengan membaca bahan bertulis seperti novel dan teks dan bahan bertulis lain
yang berkaitan yang terdapat dalam perpustakaan.
Seterusnya, kajian pustakaan secara maya dengan penggunaan laman sesawang yang
berkaitan. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat ialah Youtube,
Wikipedia, Googles, dan laman yang berkaitan yang lain. Tinjauan terhadap laman

sesawang juga dapat membantu pengkaji mendapatkan maklumat awal yang berkaitan
buku rujukan yang yang terhad. Tinjaun terhadap laman ssesawang juga tidak terhad dan
dapat berkongsi maklumat dengan pelajar di negeri yang berlainan. Perkembangan dan
kajian terkini berkaitan dengan kajian yang dikaji juga terdapat di laman sesawang.
Selain itu, kajian berdasarkan dua karya yang dikaji iaitu, Teks Salatus Salatin dan Novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dapat memberikan data-data yang amat berguna
dalam pesembahan hasil kajian mengenai laras sastera yang dikaji.
6.4

MENGANALISI DATA
Maklumat dan bahan-dahan serta data yang diperolehi melalui kajian yang diterangkan
diatas akan digunakan dalam menerangkan objektif kajian iaitu, mengenalpasti laras
sastera yang digunakan, membandingkan penulisan laras sastera dalam dua karya tersebut
dan fungsi penggunaan laras sastera dalam penghasilan karya-karya yang digunakan
dalam sukatan pembelajaran para pelajar sastera.

7.0

DAPATAN KAJIAN
7.1 Mengenal pasti dan menganalisis kepenggunaan laras sastera dalam penulisan Teks
Salatus Salatin dan Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
Laras sastera merupakan laras yang sering digunakan dalam penghasilan karya-karya
agung bertujuan dapat menarik minat para pembaca. Laras sastera ini mempunyai
keistimewaan serta kelebihan kerana mempunyai nilai estetika dan gaya bahasa yang
tersendiri. Laras ini dikenali dengan nama lain iaitu, bahasa kreatif. Penggunaan laras
sastera berasaskan gabungan antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang.

Selain dapat menarik perhatian pembaca laras sastera dapat berfungsi sebagai salah satu
media menyampaikan mesej, pengalaman serta bentuk perasan kepada para pembaca.
Unsur-unsur yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa unsur iaitu, unsur
perbandingan, unsur sindiran, unsur pertentangan,

Penggunaan laras sastera dapat

dikesan melalui penggunaan unsur personifikasi dan hiperbola.


Teks Sulalatus Salatin banyak menggunakan laras sastera dalam penulisannya.
Hal ini menunjukkan bahasa Melayu kaya dengan bahasa yang puitis dan menarik.
Penggunaan kosa kata yang luas dalam Teks Sulalatus Salatin adalah bertujuan menarik
minat pembaca seterusnya memberikan kefahaman secara langsung kepada pembaca.
Teks ini menggunakan pelbagai gaya bahasa yang sinonim dengan laras sastera seperti
personifikasi, hiperbola, simile, pembalikan kata dan lain-lain lagi. Justeru itu, pengkaji
memilih teks ini untuk dijadikan kajian kerana banyak laras sastera yang boleh didapati
dalam teks ini.
Penggunaan laras sastera yang digunakan dalam teks Sulalatus Salatin bertujuan
menceritakan jurai-jurai keturunan raja yang wujud semenjak abad ke-16. Penceritaan
teks Sulalatus Salatin ini menggambarkan zaman kegemilangan Tanah Melayu dan
kejatuhannya. Selain daripada laras sastera, teks Sulalatus Salatin banyak menggunakan
unsur bahasa klasik. Namun demikian, kajian hanya tertumpu pada laras bahasa sastera
sahaja.
Penggunaan laras sastera yang diterapkan dalam teks Sulalatus Salatin juga
bertujuan menceritakan perihal pembukaan negeri-negeri Melayu dan sejarah di Tanah
Melayu. Ekoran penulis teks ini ialah Tun Sri Lanang, kosa kata yang digunakan adalah

amat luas dan puitis. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian pada teks Sulalatus Salatin
pada bab pertama teks ini.

Anda mungkin juga menyukai