Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROJEK ENGLISH CORNER SK KAMPONG ENDAH

Pada 12 hingga 16 Oktober, Unit Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama staf SK
Kampong Endah telah melaksanakan projek English Corner yang bertempat di hadapan
kelas pemulihan. Seramai tiga orang guru termasuk saya telah terlibat untuk menyiapkan
projek ini dalam tempoh yang telah kami rancang.
Pada hari pertama, saya telah mengenal pasti sudut yang sesuai untuk dijadikan
sudut Bahasa Inggeris dan selesa bagi murid-murid SK Kampong Endah. Di samping itu,
saya telah memberi idea kepada guru yang terlibat tentang bagaimana sudut tersebut harus
dihias dan dicantikkan lagi. Jadi, perkara yang saya lakukan pertama sekali adalah dengan
pemasangan scallop di atas pentas English Corner tersebut. Tujuan English Corner ini
bukan sahaja untuk dijadikan sudut bacaan, malah, sudut ini juga mempunyai pentas untuk
murid-murid SK Kampong Endah berkongsi cerita dalam Bahasa Inggeris. Jadi, dengan
pertolongan staf sekolah, scallop pun dipasang dengan kemas dan cantik di bahagian
pentas tersebut.
Pada hari kedua, saya telah mereka tulisan backdrop melalui computer dan memilih
tulisan yang sesuai dan cantik untuk dijadikan backdrop yang akan ditampal di atas pentas.
Selepas itu, saya telah mencetak tulisan tersebut, dan seterusnya membuat potongan
mengikut huruf untuk dilaminate nanti. Setelah huruf-huruf tersebut dilaminate, saya telah
menampal double sided tape di bahagian belakang huruf-huruf yang akan ditampal.
Pada hari ketiga, saya telah mula menampal backdrop di atas pentas English Corner
tersebut. Tajuk yang saya telah pilih adalah Whats Your Story. Tajuk ini sesuai dengan
penggunaan pentas ini di mana murid-murid SK Kampong Endah boleh berkongsi apa
sahaja cerita asalkan cerita tersebut disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Setelah selesai
menampal

backdrop,

saya

telah

mengukuhkan

lekatan

tulisan

tersebut

dengan

menggunakan paku tekan.


Pada hari seterusnya, saya dan Puan Zaramah telah menghias pentas tersebut
dengan pelbagai bunga dan serangga tiruan yang telah dibeli oleh Puan Zaramah di pekan
Banting. Bunga-bunga plastik yang dibeli telah dihias di bahagian tepi pentas dan di
sekeliling backdrop di bahagian atas pentas. Serangga tiruan yang telah dibeli oleh Puan
Zaramah adalah serangga rama-rama. Rama-rama tersebut telah ditampal di backdrop dan
juga di bahagian atas pentas. Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk menyiapkan
hiasan pentas tersebut.
Pada hari yang terakhir, saya telah membuat laporan tentang English Corner yang
telah saya siapkan dengan kerjasama guru-guru Bahasa Inggeris SK Kampong Endah. Saya

sangat berharap projek yang telah saya buat ini dapat memberi manfaat kepada warga SK
Kampong Endah khususnya murid-murid yang saya kasihi.

Disediakan oleh,

(AMIRRUL ZARITH BIN AMINUL RAZIN)


Setiausaha Projek English Corner
Sekolah Kebangsaan Kampong Endah.

Anda mungkin juga menyukai