Anda di halaman 1dari 2

Sebagai aktiviti manusia, bahasa dapat dikaji oleh ahli psikologi.

Oleh yang
demikian, nahu dapat menjadi sebahagian daripada psikologi linguistik atau linguistic
psikologi.Bahasa juga hendaklah dipandang sebagai selalu dalam keadaan yang
sentiasa berubah. Dalam pada itu, perasaan penutur natif iaitu perasaan yang
bersifat naluri, bagi bahasanya hendaklah menjadi sebahagian daripada data
linguistik. Jespersen mencadangkan nahu deskriptif, huraian, sejarah dan nahu
apresiasi (appreciative grammar). Nahu ini hendaklah menerangkan apa yang
diperkatakan dan ditulis oleh penutur suapaya dapat ia diajukan untuk pemahaman
rumus secara saintifik yang dibantu oleh instuisi penutur dan penulis. Nahu harus
menerangkan peraturan atau rumus bahasa. Sebagai contoh, untuk bahasa inflektif,
pernyataan tentang kata kerja haruslah disertakan dengan huraian tentang sistem
kala dan penggunaan bentuk-bentuk tertentu dalam bahasa. Nahu sebaik-baiknya
bersifat historis dari beberapa segi sebab sejarah dapat membantu ahli nahu bukan
sahaja dari segi pemerian tetapi juga pandangan tentang bahasa dalam keadaan
perubahan yang kekal. Nahu sepatutnya memeriksa sama ada rumus-rumus yang
dihuraikan itu diperoleh daripada bahasa secara jelas atau sama ada beberapa
rumus lain diberi keutamaan. Haruslah ada beberapa mekanisme untuk menilai
peraturan atau rumus nahu. Di samping itu, Jespersen begitu berminat dengan
masalah nahu universal iaitu berkaitan dengan kategori yang ditentukan dalam
bahagian sintaksis system nahu, kita harus menimbulkan pertanyaan, khususnya
kategori-kategori yang berupa kategori logikal, atau sama ada kategori itu sematamata kategori linguistik? Kategori daripada jenis logikal, jika ada, pasti bertaraf
kategori universal, iaitu kategori yang dimiliki oleh semua bahasa biasa.
Idea Jespersen tentang sifat-sifat bahasa dan tujuan deskripsi linguistik
didapati wajar jika dibandingkan dengan idea ahli-ahli nahu yang sezaman
dengannya. Dalam usahanya menghuraikan bahasa, Jespersen menghadapi
masalah. Dia sedar akan kepentingan makna dalam kajian bahasa tetapi gagal untuk
memuatkan aspek semantik dalam nahunya. [ Dia menyedari kepentingan fonologi
dalam penghuraian bahasa tetapi gagal memasukkannya dalam nahu].
Jespersen membahagikan nahu kepada tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi
dan sintaksis. Fonologi dihuraikan secara terpisah (jilid pertama Modern English
Grammar dan dua bab awal daripada Essentials of English Grammar), dan saling
hubungan antara semua aras dihuraikan dengan jelas. Beliau menjelaskan adalah

menjadi tugas ahli bahasa supaya sentiasa berada di dalam dikiran bahawa bunyi
dan signifikasi , bentuk dan fungsi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan
bahasa itu sendiri. Walaupun begitu, Jespersen berasa bersalah apabila peranan
bunyi dan maksud (makna) tidak disertakan dalam nahu bahasa Inggeris yang
dihuraikannya.
Jespersen tidak bersetuju dengan ahli-ahli nahu yang lain pada aspek pendefinisian
golongan kata. Dia tidak mendefinisikan sebarang kelas kata pun tetapi dalam
nahunya dia memasukkan ketetapan yang agak wajar juga. Beliau menyenaraikan
kata nama iaitu substantif, adjektif. Kata ganti nama, kata kerja termasuk verbids dan
partikel.

Anda mungkin juga menyukai