Anda di halaman 1dari 3

ZARAMAH BINTI SAARI

REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya, akhirnya tugasan WAJ 3112, iaitu berkenaan
Kertas Kerja Olahraga dan sekolah, dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan. Melalui
tugasan ini, saya memahami dengan lebih mendalam serta terperinci tentang cara
mengendalikan sesuatu program di peringkat sekolah.
Semua pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan
ini, dapat memberikan saya panduan yang amat berguna dalam profesion keguruan ini. Berkat
tunjuk ajar pensyarah, bahan-bahan rujukan sama ada buku mahupun internet, serta sokongan
keluarga dan rakan-rakan, tugasan ini dapat diselesaikan sedikit demi sedikit .
Setelah mendapat tugasan ini, saya membuat rujukan di laman web, buku-buku rujukan
serta bahan jurnal yang berkaitan pengelolaan sukan olahraga di sekolah. Pada awalnya,
terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi. Antaranya, kekangan waktu, dengan
hambatan tugas-tugas rutin sememangnya penting. Walaupun begitu, dengan adanya
dorongan daripada rakan-rakan sejawat, saya berusaha menghadapi tugasan ini dengan sebaik
mungkin.

Dalam tugasan ini, saya merangka kertas kerja. Perbincangan dilakukan bersama unit
Kokurikulum sekolah yang diketuai oleh GPK Kokurikulum, iaitu Puan Arbainah binti Ngadis.
Beberapa kali draf kertas kerja dibaiki untuk disesuaikan dengan keperluan sekolah,
belanjawan, tenaga kerja, serta keperluan murid. Banyak aspek diambilkira dalam usaha
menjadikan Mini olahraga ini suatu kenyataan, yang sememangnya dijangkakan memberi
impak positif kepada semua pihak, terutamanya, para murid. Ini memandangkan, murid ialah
klien bagi guru, yang sewajarnya diberi peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi diri
mereka.
Setelah kertas kerja tersebut diluluskan, saya berasa sangat gembira. Saya juga
berdebar-debar apabila memikirkan cara bagaimana untuk menjayakan sukan olahraga ini . Di
dalam hati, saya benar-benar mengharapkan sokongan dan dokongan daripada semua pihak,
terutamanya rakan-rakan sejawat.

Berdasarkan kertas kerja, tugasan bagi setiap AJK diterangkan dengan terperinci.
Antaranya, tugas AJK Hadiah, juruacara, Keselamatan, Jurugambar, AJK Makanan, AJK buku
program, dan sebagainya. Dengan cara ini, segala tugas dapat dilaksanakan dengan lebih
mudah dan sistematik.
Cabaran sebenar ialah pada hari sukan berlangsung. Keadaan amat sibuk dengan
pelbagai pertandingan dan pelbagai kemungkinan.
Bagi saya, program ini telah dilaksanakan dengan jayanya, hasil usaha gigih serta
kerjasama antara para guru serta pentadbir, rakan-rakan sejawatan.
Berdasarkan pengalaman menyertai program ini, saya berpendapat bahawa, kejohanan
ini amat bermanfaat serta telah menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta
memperkaya pengalaman saya sebagai guru yang telah sedia berkhidmat di sekolah.
Antaranya adalah;
1) Memupuk semangat kerjasama antara rakan, serta kelompok masyarakat
2) Pentingnya semangat setiakawan, kerjasama serta kesatuan hati
3) Peka terhadap keperluan semasa perjalanan program yang mungkin berubah-ubah
mengikut situasi
4) Perlu kreatif dan kritis
5) Sentiasa bersedia

6) Peka terhadap keselamatan, kesihatan murid


7) Peka terhadap alam sekitar
8) Berfikiran terbuka, mendengar dan menerima pendapat orang lain
Sebagai kesimpulan, saya berasa bertuah dapat menyertai aktiviti Bina Insan Guru ini,
selaras dengan matlamatnya iaitu satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan
mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilainilai keguruan yang jitu.

Akhir kata, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan
kerja kursus pendek ini. Semoga anda semua diberkati oleh Allah Yang Maha Esa. Amin.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai