Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Kami

:UPM/HEPA/PKK/QKK2101/29

Tarikh

:03 November 2014

Yang Berbahagia
Prof. Dato Dr Mohammad Shatar Sabran
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Melalui;
Yang Berusaha
Prof Madya Dr Abdul Rashid Jamian
Pengarah Pusat Kokurikulum
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Yang Berbahagia Prof,

MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN PROGRAM SISWA @ KAMPUNG 2014


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kursus Bakti Siswa Kumpulan 29 dan 32
akan mengadakan Program Siswa @ Kampung Bakti Siswa UPM 2014 seperti butiran
berikut:
Tarikh :28-30 November 2014
Tempat : Mukim Kuala Pahang ,Kampung Tanjung Selangor,Kampung Bentan @ Nyiur
Manis 26600 Pekan, Pahang.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Prof, program ini adalah merupakan program yang
julung kalinya diadakan bagi kumpulan gabungan ini. Antara objektif program ini adalah
untuk:
a) Mewujudkan dan menerapkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa bagi
membentuk personaliti yang unggul.
b) Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada golongan intelek terhadap peranan
dan tanggungjawab dalam mencapai pembangunan modal insan.
c) Menggerakkan jentera/tenaga muda (mahasiswa) sebagai pemangkin kepada
perubahan sosial.
d) Membina keharmonian sesama mahasiswa berasaskan ilmu pengetahuan yang
disalurkan melalui Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
e) Memupuk semangat keperihatinan dalam diri mahasiswa untuk berbakti kepada
masyarakat yang memerlukan dan kurang berkemampuan.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik dan pertimbangan Yang Berbahagia
Prof untuk meluluskan permohonan mengadakan program ini serta bantuan kewangan,
pengangkutan bas dan peralatan.
Segala kerjasama dan pertimbangan Yang Berbahagia Prof berikan amat saya hargai dan
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(Amirra Shazreena Binti Aminul Razin)


Setiausaha Program Siswa @ Kampung Bakti Siswa UPM 2014
Kumpulan 29 & 32 Bakti Siswa

Semester Pertama
Universiti Putra Malaysia

Anda mungkin juga menyukai