Anda di halaman 1dari 4

1.

TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Dalam kajian tindakan ini, Model Kajian Tindakan yang saya gunakan adalah

model yang diasaskan oleh Kurt Lewin (1948). Saya memilih model ini kerana ia
bersesuaian dengan cara pengumpulan data yang saya gunakan iaitu kaedah
pemerhatian yang menggunakan senarai semak dan video, soal selidik serta temu
bual. Selain itu, model ini juga melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan
pembelajaran yang hendak ditangani dan ia juga digunakan untuk melihat
perkembangan dan perubahan prestasi murid berdasarkan kepada gelung langkah.
Oleh itu, model ini bersesuaian dengan cara kajian yang saya laksanakan.
Model Kurt Lewin ini melibatkan empat fasa kajian tindakan yang
berlandaskan kepada gelung yang bermula dengan merancang, bertindak, memerhati
dan refleksi. Model ini sangat sesuai dengan cara pelaksanaan yang saya rancang
dalam melaksanakan kajian tindakan ini.
Langkah-langkah yang terdapat dalam model Kurt Lewin (1948) :
Perancangan

Refleksi

Tindakan

Pemerhatian

Rajah 1. Gelung Kajian Tindakan Kurt Lewin (1948)

Peringkat dalam Gelung Kajian Kurt Lewin (1948) :


Perancangan
1. Saya melakukan pemerhatian terhadap murid-murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran sebelum ini dan mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh murid.
2. Apabila masalah telah dikenalpasti, saya membuat perancangan intervensi
yang akan dijalankan.

Refleksi
Tindakan
1. Menganalisis data yang
1. Menjalankan intervensi yang telah

diperolehi.

dirancang ke atas murid.

2. Mengkaji kelemahan yang


terdapat dalam intervensi yang
dijalankan.
3. Membuat cadangan
penambahbaikan.

Pemerhatian

1. Mendapatkan data data yang diperlukan berkaitan dengan intervensi yang


dijalankan melalui kaedah pengumpulan data yang dipilih.

Dalam peringkat yang telah ditunjukkan diatas, peringkat pertama merupakan


peringkat di mana mereflek dilaksanakan berdasarkan kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Oleh itu pada peringkat ini, saya
melaksanakan pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti
ketangkasan serta mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Semasa membuat pemerhatian tersebut, saya mendapati bahawa murid-murid
tidak dapat mengaplikasikan teknik perlakuan yang diajar dalam aktiviti
ketangkasan. Masalah ini timbul kerana mereka mempunyai masalah untuk
mengimbangkan badan semasa menukar arah serta tidak dapat mengawal kelajuan
semasa hendak mengambil pundi kacang. Oleh itu mereka cenderung untuk berlari
perlahan serta ada yang berhenti dahulu baru mengambil pundi kacang tersebut.
Aktiviti ketangkasan yang dijalankan oleh murid-murid lebih kepada aktiviti yang
bersifatkan pertandingan dan teknik perlakuan langsung tidak diaplikasikan. Mereka
lebih fokus bertanding untuk menang dan tidak melakukan aktiviti dengan teknik
yang betul kerana ingin menghabiskan aktiviti.
Setelah itu, saya telah merancang tindakan yang akan dilakukan untuk
meningkatkan penguasaan teknik ketangkasan. Pada peringkat ini, saya telah
mengambil keputusan untuk menggunakan pendekatan yang berbeza daripada
pendekatan sebelum ini memandangkan pendekatan tradisional tidak memberikan
kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengkaji telah memilih
pendekatan TGfU dalam permainan kecil berunsurkan serangan untuk membantu
mencapai objektif kajian ini.

Saya juga melakukan pemerhatian terhadap perubahan atau kemajuan yang


ditunjukkan oleh murid selepas pendekatan ini dilaksanakan ke atas mereka. Kaedah
yang saya gunakan dalam pemerhatian ini adalah menggunakan borang senarai
semak yang digunakan untuk melihat pengusaan teknik perlakuan murid dalam
ketangkasan yang dilihat berdasarkan video yang diambil.
Selepas itu, dalam peringkat refleksi saya telah menganalisis data-data yang
telah diambil kemudian membuat refleksi sama ada intervensi yang dijalankan
berkesan ataupun tidak. Saya juga akan mengenalpasti kelemahan yang terdapat
dalam intervensi yang telah dijalankan dan seterusnya membuat cadangan
penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai