Anda di halaman 1dari 9

Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing dari Perspektif Guru Pelatih

Ahmad Zamri bin Khairani, Nordin bin Ab. Razak &


Mohammad Zohir bin Ahmad@Shaari
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk meneliti tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam latihan
mengajar dari perspektif guru pelatih dalam tiga aspek utama, iaitu tugas-tugas profesional perguruan,
penasihatan dan penyeliaan pengajaran. Seramai 332 orang guru pelatih yang sedang mengikuti latihan
mengajar memberi respons tentang guru pembimbing mereka. Soal selidik yang terdiri daripada 34 item
dibangunkan untuk mendapatkan respons daripada sampel kajian. Dapatan menunjukkan secara umumnya
guru pembimbing dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dalam aspek-aspek
yang diukur. Namun begitu terdapat perkara yang masih kurang diberi perhatian oleh guru pembimbing
seperti pengurusan kokurikulum dan juga hubungan bentuk peribadi. Guru pembimbing juga kurang serius
semasa membuat pencerapan. Implikasi kajian terhadap program latihan mengajar dan program pendidikan
guru turut dibincangkan.
Kata kunci: Guru pembimbing, guru pelatih, profesional perguruan, penasihatan, penyeliaan
pengajaran
Abstract: The present study explores views towards the roles of cooperating teachers by student teachers
with regards to three fundamental aspects, namely, roles in teaching professionals, guidance and
supervision. 332 student teachers attending their teaching practicum provided responses about their
cooperating teachers. A 34-item self-developed instrument was used in this study. The findings showed
that in general, the cooperating teachers adapted well towards their specified roles. Nevertheless, they were
several aspects that were lacking such as managing co-curricular activities and sharing personal problems.
In fact, the finding showed that the cooperating teachers were not serious enough in there observations.
Implications of the findings towards both teaching practice and teaching program were also discussed.
Keywords: Cooperating teachers, student teachers, teaching professionals, guidance, supervision

PENDAHULUAN
Program pendidikan guru merupakan satu elemen penting dalam perkembangan profesional seseorang guru.
Objektif utama program pendidikan guru ialah untuk menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan
kemahiran isi kandungan dan juga kemahiran mengajar (Wilke, 2004). Namun begitu program pendidikan
guru sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang guru yang baik. Stansbury & Zimmerman (2002)
menegaskan bahawa guru pelatih memerlukan satu bentuk pengalaman di lapangan yang boleh membantu
mereka mengaplikasikan pengetahuan-pengetahuan yang diperoleh semasa program pendidikan guru ke
dunia pendidikan sebenar. Justeru, latihan mengajar dilihat sebagai satu fasa penting dalam perkembangan
profesional seorang guru pelatih. Latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mengetahui dan memahami situasi sebenar bilik darjah dan sekolah serta mencuba dan mengubah suai
pendekatan-pendekatan yang dipelajari (Jawatankuasa Latihan Mengajar dan Praktikum, 2007).
Semasa latihan mengajar, seseorang guru pelatih itu didedahkan dengan dunia sebenar profesion perguruan.
Mereka berhadapan dengan situasi sebenar persekitaran sekolah, baik dari aspek kurikulum dan pengajaran
mahu pun aspek fizikal murid, kelas dan sekolah. Namun guru pelatih dilihat bakal mengalami masalah
kerana mereka perlu berhadapan dengan situasi yang sama sekali berbeza dengan pengetahuan yang lebih
berorientasikan teori di maktab ataupun universiti. Namun begitu, kajian-kajian lepas telah menunjukkan
hal sebaliknya. Kajian oleh Syed Mohammad, Ahmad Zamri, Nordin dan Jamalsafri (2010) menunjukkan

13

bahawa semasa latihan mengajar, guru pelatih dari Universiti Sains Malaysia mempunyai efikasi
pengajaran yang tinggi. Mereka percaya mereka mampu melaksanakan pengajaran dengan berkesan
walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek pengurusan kelas, penglibatan dengan
murid dan melaksanakan strategi pengajaran yang dirancang. Dapatan yang sama juga dilaporkan oleh
Abdul Rahim, Mohd Majid, Rashid and Lyndon (2008) bagi guru pelatih sains Universiti Putra Malaysia.
Kedua-dua kajian dapatan dari guru pelatih di Malaysia ini selari dengan kajian di luar negara oleh
Woolfolk dan Hoy (1990) dan Fortman dan Pontius (2000). Menurut Klobnoch(2006), antara faktor tahap
efikasi yang tinggi dalam kalangan guru pelatih ini ialah adanya sokongan berterusan daripada guru
pembimbing mereka semasa latihan mengajar.
Sorotan kajian-kajian lepas menunjukkan tiada definisi yang jelas tentang guru pembimbing (disebut juga
guru mentor) (Robert, 2000; Wojnowski, Bellamy & Cooke, 2003). Kebanyakan pengkaji memberi definisi
guru pembimbing dari segi hubungan yang berhieraki, sama ada (1) guru pembimbing lebih
berpengalaman daripada guru pelatih, atau (2) guru pembimbing mampu membimbing guru pelatih
menimba pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar (Billet, 2003; Fowler & Gorman,
2005; Price & Chen, 2003). Pengkaji-pengkaji juga bersependapat bahawa hubungan guru pembimbing
dengan guru pelatih adalah kompleks. Smith (2007) berpendapat hubungan guru pembimbing guru
pelatih merupakan satu proses. Guru pembimbing bukan sahaja perlu memberikan bimbingan, tetapi juga
mengemukakan cabaran-cabaran positif kepada guru pelatih agar pemerolehan ilmu mengajar itu menjadi
lebih bermakna. Namun begitu, pandangan Lai (2005) dilihat mampu memberikan definisi guru
pembimbing yang lebih komprehensif. Beliau mencadangkan tiga dimensi penting yang perlu ada bagi
mendefinisikan guru pembimbing, iaitu perhubungan, perkembangan, dan kontekstual. Perhubungan
merujuk kepada hubungan antara guru pembimbing dengan guru pelatih manakala dimensi perkembangan
merangkumi aspek cara kedua-dua pihak membina dan meningkat pengetahuan personal antara satu sama
lain dan pengetahuan profesional terhadap profesion perguruan. Kontekstual pula merujuk kepada aspek
budaya dan situasi semasa dalam hubungan antara guru pembimbing dengan guru pelatih.
Kajian-kajian lepas menunjukkan guru pembimbing memainkan peranan penting dalam perkembangan
guru-guru pelatih (Beck & Kosnik, 2002; Koerner, Rust, & Baumgartner, 2002; Lane, Lacefield-Parachini,
& Isken, 2003). Glenn (2006) membahagikan peranan guru pembimbing ini kepada dua, iaitu sebagai (1)
model dan (2) mentor. Kajian oleh Osunde (1996), misalnya, mendapati bahawa guru pelatih menjadikan
guru pembimbing mereka sebagai model terutamanya dari aspek pengurusan kelas, membina hubungan
yang mesra dengan murid, penguasaan isi kandungan yang mendalam, menentukan rutin harian dalam
kelas serta keperihatinan terhadap murid. Sebagai mentor, guru pembimbing juga membina hubungan baik
dengan guru-guru dalam perkhidmatan, membantu membuat penilaian atau refleksi diri berkenaan tugas
dan tanggungjawab seseorang guru pelatih disamping mengekalkan minat dan komitmen walaupun
berdepan realiti sebenar berkaitan dengan cabaran-cabaran dan kesukaran-kesukaran dalam profesion
perguruan. Dari aspek mentor, Boreen, Johnson, Niday, & Potts (2000) merumuskan tugas guru
pembimbing sebagai membimbing, membuat refleksi kendiri dan melatih (guiding, reflecting, and
coaching). Hubungan baik yang berlandaskan kepercayaan merupakan elemen penting bagi membolehkan
guru berfungsi sebagai mentor yang baik (Stanulus & Russell, 2000). Hal ini penting kerana kajian-kajian
lepas juga menunjukkan berlakunya konflik antara guru pembimbing dengan guru pelatih kerana tidak
wujudnya hubungan yang baik ini. Malah menurut Eby, McManus, Simon, & Russell (2000), hubungan
berbentuk model dan mentor seperti yang dinyatakan di atas lebih kepada aspek negatif. Faktor utama yang
menyumbang kepada perkara ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru pembimbing selain
daripada perbezaan personaliti. Graham (1997) pula berpendapat bahawa perbezaan dalam pegangan dan
falsafah serta sifat prejudis antara satu sama lain turut menyumbang kepada hubungan negatif ini.
Walaupun hubungan guru pembimbing dan guru pelatih semakin mendapat perhatian dalam kalangan
pengkaji-pengkaji pendidikan guru, masih ada ruang yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan
kefahaman dalam bidang ini. Ambrosetti dan Dekkers (2010) misalnya menyatakan bahawa kajian tentang

14

tugas dan tanggunjawab guru-guru pembimbing masih terhad. Cherian (2007) pula berpendapat belum ada
dokumentasi yang menyeluruh tentang ekspektasi terhadap guru pembimbing dari perspektif guru pelatih
dan prestasi sebenar guru pelatih tersebut. Hall, Draper, Smith, dan Bullough Jr. (2008) pula menunjukkan
bahawa guru pembimbing selalunya mempunyai kefahaman yang berbeza dengan institusi latihan guru
tentang tugas dan tanggungjawab guru pembimbing. Dalam konteks pendidikan guru di Malaysia,
walaupun latihan mengajar merupakan komponen wajib, kajian tentang hubungan guru pembimbing guru
pelatih masih lagi kurang. Oleh kerana kajian-kajian lepas telahpun menunjukkan peranan guru
pembimbing penting dalam perkembangan professional guru pelatih, maka penting bagi sesebuah institusi
latihan guru itu mempunyai standard tentang kualiti dan sifat guru yang dipilih sebagai guru pembimbing
tersebut. Namun begitu, individu yang rapat dengan guru-guru pembimbing yang dipilih ini jarang ditanya
tentang apakah kualiti dan sifat-sifat guru pembimbing yang berkesan. Selain daripada itu, tiada garis
panduan yang jelas berkenaan tugas dan tanggungjawab guru pembimbing. Setiap universiti dan setiap
institusi pendidikan guru mempunyai sistem dan kriteria sendiri yang menyebabkan guru pembimbing
keliru dengan peranan mereka semasa menyelia guru pelatih. Justeru, tugas dan peranan guru pembimbing
dalam setting sedia ada perlu dikaji bagi membuat penambahbaikan program latihan mengajar khususnya
dan program pendidikan guru amnya.

TUJUAN KAJIAN
Kajian eksploratori ini bertujuan untuk mengkaji tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam latihan
mengajar dari perspektif guru-guru pelatih. Secara lebih spesifik, kajian ini bertujuan untuk memperoleh
maklumat tentang pandangan guru pelatih terhadap guru pembimbing mereka. Selain daripada itu, kajian
ini juga bertujuan untuk mendapat jawapan tentang sejauh manakah guru pembimbing memainkan peranan
membantu guru pelatih dalam perkara-perkara berikut:
1. Tugas-tugas profesional perguruan
2. Tugas-tugas penasihatan
3. Tugas-tugas penyeliaan pengajaran

METODOLOGI
Sampel
Kajian ini melibatkan 332 orang guru pelatih dari Universiti Sains Malaysia yang sedang mengikuti latihan
mengajar di sekolah-sekolah menengah di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Majoriti guru pelatih
diselia oleh seorang guru pembimbing, manakala sebahagian kecil diselia oleh dua orang guru pembimbing.
Pelantikan guru pembimbing bergantung kepada budi bicara sekolah sepenuhnya walaupun pihak
Jawatankuasa Latihan Mengajar dan Praktikum mencadangkan seorang guru pembimbing bagi setiap
seorang guru pelatih.

Instrumen
Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan satu soal selidik yang terdiri daripada 34 item. Soal
selidik ini ditadbir kepada guru pelatih pada minggu ke 10 hingga minggu ke 12 semasa tempoh latihan
mengajar. Item-item soal selidik ini dikonsepsikan sendiri oleh pengkaji berdasarkan 4 komponen seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Respons guru pelatih dikategorikan sebagai 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 =
Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

15

Jadual 1:
Komponen Soal selidik Peranan Guru Pembimbing
Bil
1
2

Komponen
Pandangan umum terhadap
guru pembimbing
Tugas-tugas profesional
perguruan

Bil. Item
5

Contoh item
Saya berpuashati dengan guru pembimbing saya

Tugas-tugas penasihatan

10

Tugas-tugas penyeliaan
pengajaran

10

Jumlah

34

Guru pembimbing saya membantu memupuk dan


meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap
mata pelajaran
Guru pembimbing merupakan sumber rujukan
utama saya
Dalam menjalankan pencerapan pengajaran saya,
guru pembimbing mambantu saya merangka satu
pengajaran yang berkesan

Analisis Data
Respons kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif asas. Ini termasuklah peratusan setiap kategori
respons, min dan juga sisihan piawai bagi setiap item. Pekali alpha dilaporkan bagi setiap komponen.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan menunjukkan guru-guru pelatih mempunyai pandangan positif terhadap guru-guru pembimbing
mereka. Jadual 2 di bawah menunjukkan guru pelatih memberikan skor yang tinggi terhadap tugas dan
tanggungjawab guru-guru pembimbing mereka (min = 4.47, sisihan piawai = 0.089). Guru-guru pelatih
yang dikaji memberikan skor yang hampir sama bagi tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam
komponen-komponen profesional (min = 4.20, sisihan piawai = 0.13), penasihatan (min = 4.15, sisihan
piawai = 0.26) dan penyeliaan pengajaran (min = 4.14, sisihan piawai = 0.14). Setiap komponen
mempunyai pekali alpha yang tinggi iaitu antara 0.90 0.93.
Jadual 2:
Min dan Sisihan Piawai bagi Komponen Peranan Guru pembimbing
Bil
1
2
3
4

Komponen

Min

Pandangan umum terhadap guru pembimbing


Tugas-tugas profesional perguruan
Tugas-tugas penasihatan
Tugas-tugas penyeliaan pengajaran

4.47
4.20
4.15
4.14

Sisihan
Piawai
0.089
0.13
0.26
0.14

Pekali
Alpha
.90
.93
.92
.92

Pandangan Umum Terhadap Guru Pembimbing


Secara umum, guru-guru pelatih mempunyai pandangan yang positif terhadap guru pembimbing mereka
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Mereka mendapati guru pembimbing yang dipilih sesuai dengan
mereka. Majoriti berpendapat guru pembimbing mereka seorang yang bertanggungjawab dan banyak
membantu memahami kerjaya sebagai seorang guru. Hasilnya, lebih 93% daripada guru-guru pelatih

16

berpuas hati dengan guru pembimbingnya dan hampir 90% daripada mereka juga mahukan skim guru
pembimbing ini diteruskan.
Jadual 3:
Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Pandangan Umum
Terhadap Guru Pembimbing

Pemilihan guru pembimbing adalah sesuai


Skim guru pembimbing perlu diteruskan
Saya berpuashati dengan guru pembimbing saya
Guru pembimbing saya seorang yang
bertanggungjawab
Guru pembimbing saya banyak membantu
memahami kerjaya sebagai seorang guru

1
0.3
0.3
0.9
0.9

2
0.6
1.2
0.6

3
0.9
2.4
4.5
4.5

4
39.5
40.4
38.0
43.4

5
59.3
56.3
55.4
50.6

min
4.58
4.52
4.46
4.42

sp
0.55
0.61
0.72
0.69

1.2

0.9

6.6

44.6

46.7

4.35

0.75

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju
Tugas-tugas Profesional Perguruan
Bagi komponen tugas-tugas profesional perguruan, guru-guru pembimbing dilihat berfungsi dengan paling
berkesan dalam memberikan kesedaran dan kepekaan terhadap satu-satu mata pelajaran kepada guru-guru
pelatih. Guru-guru pembimbing juga mampu menerapkan nilai-nilai positif seperti keperihatinan,
komitmen, keyakinan diri, sifat penyayang dan keterbukaan dalam kalangan guru-guru pelatih terhadap
tugas profesional mereka. Kajian oleh Kwan & Lopez-Real (2005) juga menunjukkan trend yang sama
iaitu guru pembimbing berfungsi sebagai kaunselor dalam memberi bimbingan dan nasihat berkenaan
dengan tugas-tugas profesional. Guru-guru pembimbing juga menjadi model kepada guru pelatih dengan
menunjukkan sikap profesional.
Walau bagaimanapun, guru-guru pembimbing didapati kurang memberikan penekanan terhadap aspek
pengurusan kelas dan tugas-tugas berkaitan kokurikulum. Hal ini boleh dikaitkan dengan kurangnya
penglibatan secara langsung oleh guru pelatih dalam kedua-dua aspek ini. Guru pelatih biasanya tidak
dilantik menjadi guru kelas ataupun mengetuai mana-mana aktiviti kokurikulum semasa latihan mengajar.
Oleh itu aspek ini mungkin dilihat kurang penting untuk diberi perhatian berbanding penguasaan isi
kandungan ataupun kemahiran pedagogi. Namun, norma bagi profesion perguruan di Malaysia ialah
apabila guru-guru pelatih ini dilantik menjadi guru nanti, kedua-dua aspek ini merupakan pilihan tugasan
yang perlu dipikul oleh mereka. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar pihak sekolah mengambil
inisiatif tambahan dengan meletakkan guru-guru pelatih di bawah seorang guru pembimbing yang khusus
untuk membimbing mereka dalam aspek pengurusan kelas dan tugas-tugas kokurikulum.

Jadual 4:
Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Tugas-tugas Profesional Perguruan

Kesedaran dan kepekaan terhadap mata


pelajaran
Keperihatinan terhadap tugasan guru
Komitmen terhadap tugas harian
Keyakinan diri terhadap tugas mengajar

17

1
0.3

2
1.2

3
3.6

4
57.2

5
37.3

min
4.36

sp
1.16

0.6
0.3
0.3

0.6
1.8
1.8

3.6
4.8
3.3

58.7
58.7
62.3

36.4
34.3
32.2

4.30
4.25
4.24

0.63
0.66
0.63

Sifat penyayang terhadap pelajar


Keyakinan diri terhadap tugas mengajar
Keterbukaan dalam profesion perguruan
Tugas-tugas pengurusan kelas
Tugas-tugas kokurikulum

0.6
0.3
0.6
1.2
1.5

0.6
1.8
1.8
3.3
3.9

8.1
3.3
6.3
10.8
19.0

55.1
62.3
57.2
55.1
52.7

35.5
32.2
34.0
29.5
22.9

4.24
4.24
4.22
4.08
3.92

0.68
0.63
0.69
0.80
0.84

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Tugas-tugas Penasihatan
Bagi tugas-tugas penasihatan, guru-guru pembimbing dilihat memainkan peranan yang berkesan dalam
kebanyakan aspek yang disoal. Guru pembimbing berperanan utama memberi nasihat dalam hal
berkenaaan pengajaran seperti menjadi sumber rujukan, berkongsi masalah pengajaran, memberi teguran
dan nasihat serta menggalakkan guru pelatih membuat refleksi dan penilaian kendiri. Dapatan ini selari
dengan kajian oleh Jones (2000) di England dan Jerman yang mendapati guru-guru pembimbing berfungsi
memberikan sokongan dan juga bertindak sebagai critical friend yang turut memberi maklum balas yang
membina. Walau bagaimanapun, satu perkara yang memerlukan perhatian ialah dapatan menunjukkan guru
pembimbing kurang membantu dalam merangka pengajaran yang berkesan. Hal ini amat merugikan
memandangkan guru pembimbing merupakan individu yang memahami selok-belok isi kandungan dan
persekitaran sekolah. Justeru itu, mereka perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam merancang
pengajaran agar guru pelatih lebih cepat belajar merancang pengajaran terutamanya dalam menghadapi
murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan. Hal ini penting kerana kajian menunjukkan walaupun guru
mampu menyampaikan pengetahuan, mereka kurang mampu memastikan murid dapat mengikuti
pengajaran mereka. Guru lemah dalam merancang pengajaran kerana pengajaran dirancang secara
keseluruhan. Hal ini menyebabkan murid yang lemah akan ketinggalan manakala murid yang berkebolehan
tinggi tidak dirangsang dengan aktiviti yang lebih mencabar (Mohd. Daud, Mustapha, Lee, Khadijah,
Ismail, Zulkifli & Chew, 2000).
Dapatan kajian juga menunjukkan guru pembimbing kurang memainkan peranan dalam hal selain
pengajaran. Mereka paling kurang berbincang tentang hal peribadi dan sahsiah guru pelatih. Perkara ini
seharusnya diberi perhatian kerana seperti guru awalan (guru yang baru berkhidmat), guru pelatih juga
seringkali menghadapi pelbagai masalah dalam menyesuaikan diri di sekolah. Hal ini kerana dunia sebenar
perguruan adalah kompleks dan sangat berbeza dengan ekspektasi guru pelatih (Inman & Marlow, 2004;
Melnick & Meister, 2008). Guru pelatih (sama seperti guru-guru yang baru berkhidmat) perlu berhadapan
dengan isu-isu yang baru pada mereka seperti pengurusan kelas, strategi pengajaran, dan penglibatan
dengan pelajar (Barrett, Kutcy & Schulz, 2006; Cookson, 2005; Ewing & Manuel, 2005). Sikap mengambil
berat guru pembimbing tentunya akan dapat membantu meringankan masalah guru-guru pelatih.

Jadual 5:
Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Tugas-tugas Penasihatan

Menjadi sumber rujukan


Membina keyakinan
Memberi teguran dan nasihat
Berbincang tentang masalah pengajaran
Mewujudkan hubungan berteraskan
kepercayaan
Menilai keupayaan mengajar secara berterusan

18

1
0.3
1.2
0.6
1.2
0.9

2
1.2
0.9
0.6
0.0
0.9

3
3.3
1.2
4.8
6.0
4.5

4
50.0
52.4
50.9
48.8
51.8

5
45.2
44.3
43.1
44.0
41.9

min
4.39
4.38
4.35
4.34
4.33

sp
0.64
0.68
0.66
0.70
0.69

0.9

0.9

6.6

60.5

31.0

4.20

0.68

Memberi peneguhan berterusan


Menggalakkan membuat refleksi dan penilaian
kendiri
Menilai keupayaan sahsiah secara berterusan
Membantu merangka pengajaran berkesan
Berbincang tentang masalah peribadi

1.5
1.2

1.2
1.5

9.6
10.2

56.3
60.8

31.3
26.2

4.15
4.09

0.76
0.73

1.5
2.1
3.9

1.8
4.2
8.7

19.0
19.6
28.0

58.7
50.0
44.6

19.0
24.1
14.8

3.92
3.90
3.58

0.76
0.89
0.98

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Tugas-tugas Penyeliaan Pengajaran


Bagi aspek penyeliaan pengajaran, guru-guru pembimbing didapati berperanan baik terutamanya dalam
membuat perbincangan sebelum dan selepas penyeliaan. Guru-guru pembimbing juga membantu merangka
strategi susulan disamping menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan seperti memberi bimbingan
tentang sumber dan alat bantuan mengajar serta menyemak buku persediaan guru pelatih. Namun begitu,
guru pembimbing perlu lebih berperanan membantu guru pelatih memahami latar belakang kelas dan juga
merancang pengajaran. Satu perkara menarik ialah dapatan menunjukkan guru pembimbing kurang serius
dalam membuat pencerapan pengajaran walaupun kajian-kajian lepas seperti Kilcullen (2007)
menunjukkan guru pembimbing mampu menjalankan tugas ini dengan baik. Hal ini mungkin disebabkan
ekspektasi tinggi guru pelatih terhadap sesi penyeliaan yang dianggap sangat serius seperti satu bentuk
pentaksiran formal. Selain daripada itu, ada kemungkinan guru pembimbing tidak menganggap aspek
penyeliaan sebagai satu komponen yang penting kerana gred sebenar hanya akan ditetapkan oleh pensyarah
sahaja. Pada mereka, tugas guru pembimbing lebih kepada membantu guru pelatih dalam komponen isi
kandungan dan pedagogi sahaja. Namun begitu, adalah wajar perkara ini diteliti dan dikaji dengan lebih
lanjut bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan guru-guru pelatih menganggap guru
pembimbing kurang serius semasa membuat penyeliaan mereka.
Jadual 6:
Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Tugas-tugas Penyeliaan Pengajaran

Berbincang selepas penyeliaan


Membuat analisis dan penilaian tentang
pengajaran
Membantu merangka strategi susulan
Memberi bimbingan tentang sumber dan alat
bantuan mengajar
Berbincang sebelum penyeliaan
Membuat semakan buku persediaan
Membantu memahami latarbelakang pelajar
kelas
Membantu merancang pengajaran
Serius dalam membuat pencerapan

1
0.6
0.6

2
1.5
1.8

3
3.3
6.3

4
55.1
53.0

5
39.5
38.3

min
4.31
4.27

sp
0.67
0.71

0.3
1.2

2.1
2.4

7.5
9.9

50.6
48.5

39.5
38.0

4.27
4.20

0.72
0.81

1.2
0.9
0.9

2.1
3.6
3.9

11.4
10.2
16.3

50.6
52.7
47.9

34.6
32.5
31.0

4.15
4.12
4.04

0.80
0.80
0.84

0.9
1.5

3.0
4.5

18.1
19.3

48.8
51.5

29.2
23.2

4.02
3.90

0.82
0.86

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

19

Penutup dan Cadangan


Dapatan kajian menunjukkkan secara umumnya guru pembimbing memainkan peranan yang berkesan
dalam membantu guru-guru pelatih semasa latihan mengajar dalam aspek-aspek yang dibincangkan. Hal
ini mungkin dapat menjelaskan sebab guru pelatih memperlihatkan efikasi pengajaran atau keyakinan
untuk mengajar yang tinggi semasa mereka menjalani program latihan mengajar. Namun begitu, guru
pembimbing juga dikatakan kurang serius semasa membuat pencerapan, kurang membincangkan masalah
peribadi anak didiknya dan kurang memberi perhatian terhadap pengurusan kokurikulum.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah sorotan kajian menunjukkan tugas dan tanggungjawab guru
pembimbing bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut masa (Bouquillon, Sosik & Lee, 2005;
Kostovich & Thurn, 2006). Sebagai contoh, pada peringkat awal latihan mengajar, guru-guru pelatih
memerlukan sokongan yang lebih kuat dari guru pembimbing. Sokongan yang dimaksudkan termasuklah
hal berkaitan isi kandungan, kurikulum dan juga pedagogi asas yang biasanya banyak ditentukan oleh guru
pembimbing. Namun, selepas memahami isi kandungan, murid dan persekitaran pembelajaran sedia ada
yang lain, guru pelatih perlu diberi kebebasan untuk mencuba sesuatu yang baru, contohnya menerapkan
elemen Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dalam pengajaran. Untuk tujuan ini, adalah lebih baik
guru pelatih tersebut dibimbing oleh guru pembimbing yang lain. Menurut DAbate dan Eddy (2008),
bimbingan seperti ini membolehkan guru pembimbing menguasai kemahiran dan pengetahuan yang
spesifik yang dapat membantu guru pelatih mempelbagaikan teknik dan strategi pengajarannya. Malah,
McCormack dan West (2006) menegaskan bahawa mempelbagaikan mentor merupakan salah satu
daripada resepi kejayaan program berbentuk pementoran seperti guru pembimbing ini.

RUJUKAN
Abdul Rahim, B., Mohd Majid, K. Rashidi, J. & Lyndon, N. (2008). Teaching efficacy of Universiti Putra
Malaysia science student teachers. College Student Journal, 42 (2), 493 508.
Ambrosetti, A. & Dekkers, J. (2010). The interconnectedness of the roles of mentors and mentees in preservice teachereducation mentoring relationships. Australian Journal of Teacher Education, Vol
35, 6, 42-55.
Bouquillon, E. A., Sosik, J. J. & Lee, D. (2005). 'It's only a phase': Examining trust, identification and
mentoring functions received across the mentoring phases. Mentoring and Tutoring, 13(2), 239258.
D'Abate, C. P. &. Eddy, E. R. (2008). Mentoring as a learning tool: Enhancing the effectiveness of an
undergraduate business mentoring program. Mentoring and Tutoring, 16(4), 363-378.
Fortman, C. K., & Pontius, R. (2000, October). Self-efficacy during student teaching. Paper presented at
the annual meeting of the Mid-Western Educational Research Association, Chicago, IL.
Klobloch, N. A. (2006). Exploring relationship of teachers sense of efficacy in two student teaching
programs. Journal of Agricultural Education, 47 (2), pp. 36 47.
Kostovich, C. T. & Thurn, K. E. (2006). Connecting: Perceptions of becoming a faculty mentor.
International Journal of Nursing Education Scholarship, 3(3), 1-15.

20

Lai, E. (2005). Mentoring for in-service teachers in a distance teacher education programme: Views of
mentors, mentees and university teachers. Paper presented at the Australian Association for
Research in Education International Education Research Conference, Parramatta.
McCormack, C. & West, D. (2006). Facilitated group mentoring develops key career competencies for
university women: A case study. Mentoring and Tutoring, 14(4), 409-431.
Mohd. Daud, Hamzah., Mustapha, Kassim., Lee, M. N. N., Khadijah, Zon., Ismail, Jusoh., Zulkifli
Mohamed, R., & Chew, D. (2000). Education in Simunjan project. Kuching: Sarawak
Development Institute.
Jawatankuasa Latihan Mengajar dan Praktikum (2006). Panduan latihan mengajar 2007/2008. Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Syed Mohamad Syed Abdullah, Ahmad Zamri Khairani, Nordin Abd. Razak & Jamalsafri Saibon (2010).
Teaching efficacy among Universiti Sains Malaysia student teachers of diverse background.
International Journal of Learner Diversity (accepted for publication)
Wilke, R. (2004). How content area influences choice of instructional methods: an examination of one
component of preservice teacher belief. Unpublished masters thesis, the Florida State University,
College of Education, USA.
Woolfolk, A. E., Rosoff, B., & Hoy, W. K. (1990). Teachers sense of efficacy and their beliefs about
managing students. Teaching and Teacher Education, 6, 137-148.

21

Anda mungkin juga menyukai