Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai matlamat


dan hasrat utama negara. Pendidikan dapat menyatupadukan masyarakat dan
berupaya melahirkan rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan
teknologi masa kini. Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada setiap
individu.
Pendidikan merupakan antara agenda utama dalam mana-mana negara, baik
yang membangun mahupun yang sudah maju. Dunia pendidikan adalah masa depan
yang dijana pada masa ini. Justeru, ianya diolah dan dirangkaikan dalam satu
ungkapan yang serba anggun dan agung demi mencapai cita-cita bangsa dan negara.
Di Malaysia, pendidikan memainkan dua peranan utama. Yang pertama sekali
adalah ianya sebagai satu wahana bagi menyediakan bekalan tenaga kerja masa
depan yang terlatih baik dalam bidang sains dan teknologi mahupun dalam bidang
kesusasteraan. Bekalan sumber manusia yang berkemahiran tinggi adalah perlu bagi
menjamin

pergerakan

dan

pertumbuhan

ekonomi

negara.

Selain

daripada

menyediakan bekalan tenaga kerja futuristik, pendidikan juga berperanan mencanai


perwatakan generasi baru dengan perwatakan yang mulia. Melalui sistem pendidikan
formal, diharapkan pendidikan akan menghasilkan individu yang seimbang dari segi
pertumbuhan rohani, intelek, jasmani dan emosinya.

Konsep Pendidikan Dan Matlamat Pendidikan


Konsep Pendidikan
Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu,kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
Pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan
merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk
mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakatnya pada masa depan.
Usaha utama pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang indivvidu memainkan
peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Pendidikan menjadi suatu agen
untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan semasa. Pendidikan adalah penting juga menyediakan ahli-ahli
masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaruan serta membuat
pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembanguanan masyarakat.

Pengertian Pendidikan
Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu.
Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan
tugasnya.
Mengikut

Sharifah

Alwiah

Alsagoff,dalam

bukunya

Falsafah

Pendidikan,

menghuraikan pengertian pendidikan sebagai suatu proses atau aktiviti seperti berikut:

Pendidikan sebagai proses persekolahan formal


Pendidikan sebagai proses latihan
Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi

seseorang individu.
Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan

mempercayakan apa yang disampaikan.


Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur

hidup.
Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti

memperoleh kemahiran pengethuan dan sikap dengan secara intergrasi.


Pendidikan sebagai suatu disiplin, seni dan sains.

Berdasarkan pentafsiran-pentafsiran pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli


pendidikan di atas, kita boleh rumuskan konsep pendidikan seperti berikut:
Pendidikan

ialah

suatu

proses

atau

aktiviti

mengembangkan fiziakl, intelek, social dan emosi

yang

berusaha

untuk

seseorang individu serta

menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka


supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya,
membantu dan mendorongnya bertindak dengan rasional bagi faedah diri serta
masyarakat, bangsa dan negaranya.

Peranan Pendidikan

Arah tuju pendidikan di Malaysia dengan jelas telah didoktrinkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara yang mengatakan bahawa
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklhak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonia dan kemakmuran masyarakat negara."
Daripada pernyataan tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan mempunyai
tanggungjawab terhadap individu secara mikronya dan masyarakat secara makronya.
Senarai berikut meringkaskan peranan-peranan tersebut.
Peranan Pendidikan Terhadap Individu
1. Membentuk ciri-ciri sosial individu
2. Membentuk ciri-ciri positif sosial individu
3. Membentuk nilai-nilai asasi individu yang cemerlang
4. Membentuk individu yang berilmu dan berkemahiran tinggi
Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakat
1. Sumber kemahiran dan ketrampilan
2. Sumber kebudayaan dan ilmu
3. Sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai
4. Menyediakan tenaga manusia untuk alam pekerjaan
5. Pusat penjagaan belia, remaja, dan kanak-kanak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Definisi
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas.
Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan menberi arah tuju atau
pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Falsafah Pendidikan = pedoman,arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara
yang berkaitan dengan pendidikan.
Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan,
Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut adalah digubal dan
diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk

mewujudkan

insan

yang

harmonis

dan

seimbang

dari

segi

intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan


kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Matlamat Pendidikan Negara

Matlamat Pendidikan Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang


sempurna dan memilik serta menghayati ciri- ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan


Berilmu pengetahuan
Barakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri,masyarakat,agama dan negara
Memilik sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Objektif Pendidikan Negara


Malaysia dapat mencapai objektif pendidikannya seperti:
1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya
sebagai seorang warganegara.
2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi
sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara.
3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembangaan
4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.
5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukan
Negara dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang
kaum.
6. Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara
kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada
golongan yang kurang berada.

Faktor- faktor Mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas fallsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan

kepada pakar pendidikan untuk merancang ayau mereformasikan sistem pendidikan


berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan Negara.
Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:
1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat Negara.
Agama Islam ialah agama rasmi bagi Negara Malaysia. Di samping itu, Agama
Kristian,Agama Hindu, Agama Buddha dan sebagainya juga bebas dianuti
mengikut undang-undang Negara. Agama Islam merupakan faktor-faktor yang
penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan
kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama
dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Tujuan mencapai perpaduan
kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3. Faktor politik yang menentukan ideologi negara dan seterusnya menpengaruhi
dasar pendidikan.
Di dalam usaha membentuk ideologi negara,

pengaruh politik memainkan

peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.


4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha
membawa pembangunan dan kemajuan negara.
5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan keperluan asas seperti
keselamatan, perkembangan pontensi dan penyempurnaan kendiri.
6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia,
perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi
sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.
Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan
peranan yang penting seperti:
1. Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha
mengembang dan memajukan pendidikan

2. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan


Negara.
3. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidijan
negara.
4. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugastugas pendidikan
5. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
6. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan
7. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang
usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Sistem Pendidikan Negara


Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan
luhur dan memerlukan penghayatan, pemahaman keprihatinan para pendidik untuk
merealisasikan

tujuan

dan

cita

yang

tersisip

dalam

kandungannya.

Semua

perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan


prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi


kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut:
1. Implikasi terhadap kurikulum
Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program

bersepadu
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni

diserapkan dalam semua mata pelajaran


Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan

insane yang seimbang dan harmonis.


Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan

umum
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran peljar
dalam bidang vokasional dan teknologi

2. Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar
dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi
yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Perubahan professional dengan

mengubal

strategi

dan

teknik

penganjarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu


pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.
3. Implikasi terhadap institusi pendidikan
Perubahan organisi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuaiuntuk
melahirkan pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar mendapat peluang
mengembangkan pontensi mereka dari segi intelek,rohani,emosi,social

dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.


Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilainilai murni dalam jiwa pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar pelajar


yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca
dalam kalangan mereka.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)


Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber
inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Matlamat Pendidikan Guru

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) , Matlamat Pendidikan Guru ialah


menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan
tingkah laku. Guru juga perlu menguasai ilmu kemahiran dan amalan nilai-nilai
keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian
tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

Model Konseptual Pendidikan Guru


Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar
FPG dan Matlamat Pendidikan. Dimensi utama bagi model ini merangkumi akauntabiliti
guru iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Dalam ketuhanan, peningkatan
ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan
kepada ajaran agama. Dalam kemasyarakatan, penekanan peranan guru sebagai
pendidik pemimpin. Manakala dalam kendiri, penekanan pembinaan daya kefahaman
dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan
berpekerti mulia perlu diamalkan.

Tambahan pula, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek
asas, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pengetahuan yang berkaitan dengan
perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Kemahiran ikhtisas
yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai pula merujuk kepada amalan
nilai-nilai murni, berdaya tahan, patriotik, kreatif dan patuh kepada etika profesion
keguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program
perguruan yang dirancangkan. Di samping itu, model ini menekankan matlamat
mengembangkan pontesi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi,
intelek dan jasmani.

Implikasi Falsafah Pendidikan Guru:


Peranan Guru Sebagai Pendidik
Guru berperanan sebagai ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial
yang saling berkait dengan masyarakat yang berstatus dan juga menyumbang tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik di
sekolah. Sebagai seorang guru, dia hendaklah

melengkapkan diri dengan

pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran


KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain itu, guru perlu mengamalkan

pengajaran

dan

pembelajaran

selaras

dengan

hasrat

FPG,

khasnya

mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,


demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru perlu menyemai dan memupuk amalan
nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan
FPG. Di samping itu, guru hendaklah sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya
bagi

memenuhi

tuntutan

keperluan

pendidikan

dan

masa

depan

demi

mempertingkatkan lagi ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk
merangsang perkembangan pelajar.

Konsep Perguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh
Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang
lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan
mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan
bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,

pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan


dengan guru.
Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau
melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk
menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.
Pekerjaan Yang Dianggap Professional :
Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:
1.

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.


- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik
dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.

2.

Banyak menggunakan keupayaan intelek.


- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru
contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar
guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3.

Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan


tugas.
- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu
bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4.

Mendapat latihan khusus.


-

Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan
dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih
dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini
membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul
semasa melaksanakan tugas mereka.

5.

Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.


-

Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan


dedikasi

terhadap

kerjanya.

Sikap

ini

akan

menjamin

kualiti

kerana

mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting


dalam pekerjaan profesional.
6.

Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.


-

Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli


kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat
dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang
harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi.

Peraturan-peraturan tersebut

diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.


7.

Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.


-

Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan
profesion yang lain.

Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk

membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika
yang telah ditetapkan oleh organisasi.
8.

Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.


-

Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan
cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan
hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi
segala

keputusan-keputusan

yang

telah

dibuat.

Jika

seseorang

itu

bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa


sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.
Guru Sebagai Professional
Konsep professional ialah orang pekerja yang bergiat dalam bidang profesion. Ini
bermakna guru sebagai professional merupakan orang yang mengamalkan ilmu
pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.

Keguruan mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion seperti:
1. Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan
2. Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah.
3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam
segala aktiviti profesionalnya.
4. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan
negara.
5. Guru digolonglan sebagai pakar dalam pendidikan.

Kod Etika Keguruan


Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek
moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan
memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi garis panduan

dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang yang
melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman
sewajarnya.

Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah beruasaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang beilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan,yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju
ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya
kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudannya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zamanberzamanan dan menyediakan mereka terhadap cabaran pada masa hadapan.
Tanggungjawab Terhadap Pelajar.
Tugas guru sebagai fasilitator ialah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajarnya.
Guru juga menyediakan aktiviti pengayaan kepada pelajarnya. Selain itu, guru haruslah
lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Apabila pelajar menghadapi
masalah dalam kehidupan mereka, guru harus mengambil berat terhadap pelajar
tersebut. Dalam kelas, guru harus bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Guru boleh mencungkil bakat pelajar serta menggalakkan mereka tanpa mengambil
kira latar belakang mereka. Guru patutlah merahsiakan maklumat ikhtisas mengenai
pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru mengajar pelajar
dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh pelajar.
Mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Sifat jenaka
seseorang guru juga akan membawa suasana riang gembira kepada pelajar. Guru yang
suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh mereka. Perhubungan guru
dengan pelajar terjalin erat merupakan kondusif dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, semasa guru berada di sekolah atau di luar sekolah, guru perlu
menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar. Di samping itu, guru hendaklah memelihara dan
membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri
kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai
mutu yang tinggi.

Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan
oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa
maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau

tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan,


sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.
Akauntabiliti Guru Terhadap:

a . Pelajar dan ibu bapa


1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi
masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknikyang berkesan.
2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding
hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa
bayaran atau hadiah.
5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa
dan

bersopan

santun

semasa

bertugas.

b. Diri
1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan
sempurna.
2. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa.
3. Menguruskan

kewangan

sendiri

dengan

bijaksana

dan

mengimbangi

pendapatan dengan perbelanjaan.


4. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
5. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa
atau elektronik.
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.
c. Bangsa dan Negara
1. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara
berlandaskan Rukun Negara.
2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa
dalam diri pelajar.
3. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa


pelajar.
5. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi
mewujudkan suasana harmoni.
d. Terhadap Tugas dan Kerja
1. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar.
2. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.
3. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan
oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai
objektif pelajaran secara maksimum.
5. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Hubungan Akauntabiliti Dengan Peningkatan Profesionalisme Keguruan


Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang
guru. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana
semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh
dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang
pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan
ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya

sebagai seorang pendidik.

Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan

tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan khususnya di negara kita.

Ciri-ciri dan Kualiti Guru Yang Profesional

Berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogo dan kandungan mata

pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.


Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna.
Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pengajaran

dan pembelajaran.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.
Menguasai kemahiran konimukasi dan interpersonal.
Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran professional dari semasa ke semasa.

Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan

secara aktif.
Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan Negara yang sesuai
dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

Bagaimana guru dapat membimbing murid dalam bilik darjah agar


murid-muridnya akan menjadi warganegara yang dapat memberi
sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak
Guru merupakan satu-satunya profesion yang mulia dan dihormati sejak dahulu
lagi. Peranan guru amatlah besar dan membebankan. Ia bukan sahaja mencorakkan
masa depan murid-muridnya, bahkan ia juga akan menjadi model bagi mereka yang
dididiknya. Seorang guru juga hendaklah mempunyai kualiti seperti fikiran terbuka,

berdisiplin dan berperikemanusiaan apabila menghadapi sesuatu cabaran. Ia juga


hendaklah mempunyai kualiti-kualiti kepimpinan serta peka terhadap alam sekitar.
Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharap
akan

dapat

mambawa

isu-isu

semasa

untuk

perbincangan

dan

mencari

penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar


kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara
yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan
cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam
kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat
sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka
menjadi

pemandu

kelak.

Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu


semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah :
seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan
perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di
peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal
seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri
dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar
dalam bilik darjah. Dengan ini, murid-murid akan menjadi warganegara yang prihatin
kepada negara kita kerana mengetahui isu-isu yang sedang berlaku di negara kita.
Bagi membantu pelajar untuk memperkembangkan bakat yang sedia ada, guru
perlu membantu serta menggalakkan mereka tanpa mengambil kira latar belakang
pelajar, minat dan bakatnya. Guru juga memberi tunjuk ajar dan dapat membetulkan
kesalahan pelajarnya dengan serta merta.sekirannya kebakatan murid-murid dapat
diteroka, mereka dapat meneruskan kebakatan mereka dalam membangunkan negara
kita. Murid-murid ini akan menjadi warganegara yang dapat memberi sumbangan
kepada negara kita. Sebagai seorang pendorong, guru hendaklah mempunyai
keyakinan diri sendiri, cekap dan mempunyai keyakinan diri sendiri, cekap dan
mempunyai personality yang menarik. Guru sebagai pengembang dan pengukuh
penguasaan kemahiran. Guru memainkan peranan untuk melatih pelajarnya menguasai
sesuatu kemahiran dalam pembelajarannya. Guru hendaklah memberi dorongan

kepada mereka untuk menggunakan kemahiran yang telah diperolehi dan seterusnya
menguasai kemahiran baru. Guru sebagai pembentuk akhlak. Akhlak yang mulia
hendaklah diserapkan kepada pelajarnya. Penerapan nilai-nilai murni dapat dilakukan
dengan secara tidak lansung semasa mengajar di bilik darjah, semasa menjalankan
aktiviti kokurikulum, dan juga di luar bilik darjah. Pembentukan akhlak yang baik dapat
memperbaiki

sahsiah

dan

moral

seorang

pelajar.

Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini,


profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang
terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan
nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai
penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara
pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai
murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih
dahulu.

PENUTUP
Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang
melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina
negara yang bertamadun tinggi. Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak
bergantung kepada pengalaman yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun
beban tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan atau tidak banyak bergantung
kepada individu guru itu sendiri. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan
itu, beban tugas dan tanggungjawab kerja dalam kalangan guru-guru perlu diambil kira.
Guru yang menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Guru dapat memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan warganegara yang

dapat menyumbangkan tenaga dan kemahiran demi kesejahteraan keluarga,


masyarakat dan negara. Kesimpulannya, guru mesti berusaha untuk mendidik muridmurid kerana mereka merupakan tunggak Negara dan tulang belakang Negara pada
masa akan datang.

REFLEKSI
Semasa pensyarah Pengantar Pendidikan, Encik Said bin Sulaiman memberi
kerja kursus, saya berasa amat tertekan disebabkan oleh ketidakfahaman soalan.
Selepas pensyarah kami memberi penjelasan terhadap tugasan, kami diminta mencari
maklumat yang berkenaan dengan falsafah pendidikan dan bagaimana guru dapat
membimbing murid dalam kelas agar murid akan menjadi warganegara yang dapat
memberi sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara daripada
lima buah buku.

Saya dan rakan-rakan sekelas mencari maklumat di pusat sumber. Kami


mendapatkan maklumat tentang pendidikan di sekolah dan sebagainya. Saya juga
mencari maklumat daripada internet.
Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang
saya tidak pernah pelajari dalam kehidupan. Selepas menjalankan kerja kursus ini,
saya telah membelajari peranan seorang guru dan nilai yang perlu ada pada seorang
guru. Sebagai guru, saya perlu tahu cara membimbing murid dalam kelas supaya
murid-murid dapat menjadi warganegara. Peranan guru adalah penting di sekolah.
Guru adalah model kepada pelajar. Seorang guru perlu cergas dan tegas dan
mempunyai keyakinan diri dalam rutin hariannya.
Ketika saya melaksanakan tugasan ini, saya menghargai masa supaya dapat
menyelesaikan tugasan pada tarikh yang ditetapkan. Saya amat bersyukur kerana
dapat menjayakan tugasan ini. Banyak ilmu dapat dipelajari serta sikap dapat dipupuk.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pengantar
Pendidikan saya, Encik Said bin Sulaiman kerana beliau telah banyak memberikan
bantuan kepada saya. Bantuan beliau amat saya hargai.

BIBLIOGRAFI
Ee Ah Meng. Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Penerbit Fajar. Bakti
Sdn Bhd, Shah Alam.

Mok Soon Seng. Psikologi Pendidikan Semester 1. Kumpulan Budiman Sdn Bhd,
Subang Jaya.

Mok Soon Sang. Penghantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang
Jaya.

Hanna Holborn Gray, Magazine University Chicago, 1988

Internet
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan
2. http://hot66-hot66.blogspot.com/2009/05/10-peranan-untuk-jadi-guru-cemerlang.html
3. http://www.scribd.com/doc/3294507/ETIKA-

Anda mungkin juga menyukai