Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim, penjaga masa
seterusnya hadirin sekalian.
1) Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan. Akarnya dalam, menunjangi
batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau
sebagai mahkotanya. Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun dengan
warna cantik berkilat, ranum dan sedia menaburkan biji benihnya. Unggas dan
haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.
Hadirin yang dihormati
2) Integriti Bangsa Bagai Akar Mencengkam Bumi. Itulah tajuk bicara saya pada hari
ini.
3) Integriti secara amnya membawa

maksud

kejujuran, ketelusan

dalam

melaksanakan amanah dan tanggungjawab.


4) Bangsa pula merujuk kepada jenis manusia daripada satu asal keturunan juga
sebagai kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.
5) Akar Mencengkam Bumi pula adalah bunga bahasa yang menggambarkan
keteguhan pendirian individu yang sama sekali tidak akan berganjak sekalipun
dijengah suapan mahupun cabaran.
6) Ayuh disimpul bait-bait kata. Jelas, intinya adalah perihal keteguhan bangsa yang
sedia berdiri demi membela ibu pertiwi. Sesungguhnya kekuatan negara terletak
pada watan yang bersatu dalam satu simpulan.
Hadirin sekalian,
7) Integriti bangsa tidak akan terhumban sekalipun dilanda taufan.
313 bukanlah lawannya 1000. sekilas pandang hasilnya sudah kita tahu yang sedikit
itu tidak akan mampu. namun tidak bagi mereka yang berdiri di medan itu. Segala ini
benar kerana Tanah Badar pernah menjadi saksi bahawa angka bukanlah sesuatu
untuk ditakuti. 17 Ramadhan 2 Hijrah, ragam perut minta diisi dan bahang mentari
bukanlah penghalang bagi mereka untuk pertahan yang hakiki. Atas dasar taqwa

dan setia pada ketua maka diizin kemenangan bagi pihak mereka. Lantas tentera
Islam bersujud kepada yang esa atas kemenangan dalam perang yang pertama.
Jelas kualiti bukti integriti.
8) Integriti bangsa kerjanya bersungguh, tiada yang tertangguh.
Ogos 1945, seluruh Jepun lumpuh. Impian meluaskan kuasa dan naungan tamat
apabila dua bandarnya, Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika
Syarikat. Lalu kembali seluruh rakyat jepun menangisi jiwa yang kehilangan hayat.
Sungguh ia peristiwa lama namun tamparannya hebat. Berbekalkan tekad, Maharaja
Meiji dan bangsanya bangkit persis matahari yang sedang terbit. Padang jarak
padang tekukur bertukar menjadi syurga hibur. Tenaga dikerah dan minda diasah
demi mengecap impi megah. Hasil integriti Jepun menjadi kuasa ekonomi dunia
yang kedua selepas Amerika Syarikat dengan rakyatnya yang mempunyai purata
tertinggi jangka hayat. Benar bagai dikata integriti membangun ibu pertiwi.
9) Integriti bangsa tidakkan cuai, cukup masa hasil dituai.
Longlai india digenggam british lantas telunjuk diikut kerana takut. Benar, mereka
sedar bahawa tindakan british adalah tidak wajar. Tetapi tiada yang mengkritik
kerana jahil akan politik. Namun dalam lautan manusia itu masih ada minda yang
terdidik. Bangkit Mahatma Ghandi, insan yang punya peribadi teliti lantas tersebar
integriti. Rakyat kembali sedar lalu dilancar mogok lapar dengan lembut dan sabar
demi mencabar wibawa Inggeris. Hasilnya 15 Ogos 1947, merdeka yang diimpi
dikecap dengan integriti.
10) Akhir kata, ayuh diambil resmi pohon yang teguh. berdiri tegak tidakkan jatuh,
usah diambil resmi pohon kelapa. Apabila di pantai, dibelai ombak yang
mengasyikkan ia akan tumbang. Apatah lagi di bukit nan tinggi, sekali disergah
angin kencang ia pun tumbang. Fikirkan semula. Apakah pegangan yang menjadi
tunjang pendirian kita pada masa ini? Ayuh watan kita bangkit usah terlena di buai
mimpi, usah selesa di tanah sendiri. Ayuh kita bangunkan ibu pertiwi. Sekian, terima
kasih.

gundah gulana klalu di rumah


pokok manggis akar tunjngnya
pondok menunggu durin dibawah pokok durian
suami x berintegriti
biasiswa dan bantuan mak ayah ambil
anak yatim
kepimpinan masyarakat tidak di panjangkan ke atas
santan ganti dengan susu

Anda mungkin juga menyukai