Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN LITERASI BAHASA

BAHAN BANTU MENGAJAR 1


Nama Bahan Bantu Mengajar: Astana Abjad
Nama Aktiviti: Kenali Huruf
Konstruk 1:
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan
Objektif binaan bahan:
1. Pelajar dapat mengenal, mengecam dan mengingati bentuk huruf
2. Pelajar dapat mengenal dan membezakan huruf kecil yang sama bentuk
Bahan binaan Astana Abjad:
1. Kepingan papan mudah lentur
2. Kertas warna
3. Pita pelekat
4. Dawai
5. Plastik pembalut
Langkah penggunaan:
1. Guru akan menyatakan nama dan ciri-ciri huruf kepada pelajar.
2. Pelajar membuka gerbang dan mengenal pasti huruf yang dinyatakan oleh guru.
3. Pelajar menutup gerbang dan mencari huruf yang telah dikenal pasti di sekeliling
kelas. Huruf tersebut dilekatkan pada dinding kelas.
4. Pelajar mengambil huruf tersebut dan melekatkannya pada tingkap astana abjad.
5. Setelah selesai, pelajar melekatkan tanda X pada huruf yang telah dikenal pasti
yang terdapat pada gerbang untuk mengelakkan kecelaruan oleh pelajar lain.

PROSES MEMBUAT BAHAN

Bahan-bahan yang digunakan untuk membina Astana Abjad


Kepingan papan mudah lentur dipotong mengikut saiz yang sesuai untuk dijadikan replika
rumah.
Sisi dinding dan atap disambung dengan pita pelekat hitam.
Kertas warna berkilat dipotong dan dilipat untuk dijadikan tingkap dan tona warna rumah.
Astana Abjad dibalut dengan plastik pembalut agar ia tahan lama.

Astana Abjad

BAHAN BANTU MENGAJAR 2


Nama Bahan Bantu Mengajar: Kunci Kata
Nama Aktiviti: Sambung Suku Kata
Konstruk 2:
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka
Konstruk 4:
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup
Objektif binaan bahan:
1. Mengecam dan membunyikan suku kata.
2. Pelajar dapat membaca, membina dan menyambung suku kata terbuka dan
tertutup menjadi perkataan yang bermakna.
Bahan binaan Kunci Kata:
1. Kepingan kotak
2. Cat
3. Pita pelekat
4. Plastik pembalut
Langkah penggunaan:
1. Pelajar akan mengenal pasti gambar haiwan yang terdapat pada kunci.
2. Pelajar akan memadankan potongan bentuk yang mempunyai suku kata untuk
menjadikannya satu perkataan.
3. Pelajar eja perkataan di hadapan kelas dan diikuti oleh pelajar lain.

PROSES MEMBUAT BAHAN

Bahan-bahan yang digunakan untuk membina Kunci Kata


Kepingan kotak dipotong mengikut bentuk kunci dan dua bentuk sepadan.
Kemudian kotak tersebut dicat dengan warna merah untuk kotak bentuk kunci dan warna
hijau untuk kotak dua bentuk sepadan.
Gambar haiwan dilekatkan pada muka kunci manakala suku kata dilekatkan pada kotak
dua bentuk sepadan.
Kepingan-kepingan kotak dibalut dengan pembalut plastik agar bahan tanan lama.

Kepingan kotak bentuk kunci dan kotak dua bentuk sepadan

BAHAN BANTU MENGAJAR 3


Nama Bahan Bantu Mengajar: Gerabak Abjad
Nama Aktiviti: Isikan ruangan kosong
Konstruk 11:
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah
Objektif binaan bahan:
Pelajar dapat membaca dan memahami ayat lengkap.
Pelajar dapat membaca perkataan tanpa bantuan pembahagi warna suku kata.
Pelajar dapat membina perkataan daripada KV+KV.
Bahan binaan Gerabak Abjad:
Kotak ubat gigi
Span
Kertas warna
Plastik pembalut
Papan mudah lentur
Langkah penggunaan:
1. Pelajar membaca petikan.
2. Pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong.
3. Pelajar akan mengenal pasti gambar rangsangan dan membina perkataan dengan
menggunakan huruf-huruf yang terdapat pada replika kereta api.

PROSES MEMBUAT BAHAN

Bahan-bahan yang digunakan untuk membina Gerabak Abjad

Kotak ubat gigi dipotong mengikut saiz yang sesuai untuk dijadikan gerabak kereta api.
Span dipotong dan disumbat kedalam kotak agar kotak menjadi stabil.
Kotak dibalut dengan kertas warna.
Kemudian kotak tersebut dilekatkan dengan bendera negara-negara Benua Eropah.
Kotak dibalut dengan plastik pembalut supaya ia tahan lama.
Poket plastik dibuat untuk diisi huruf.
'Chopstick' disambung panjang dengan pita pelekat untuk dijadikan landasan.
Sambungan paip diletakkan pada gerabak sebagai kepala kereta api.
Papan mudah lentur dilekatkan dengan petikan mudah dan dibina poket untuk diisikan
dengan huruf.

Papan petikan

Gerabak Abjad yang mempunyai huruf pada bahagian hadapan dan bendera negaranegara Benua Eropah pada bahagian belakang.

GAMBAR PEMBENTANGAN
GAMBAR HARI PAMERAN LITERASI BAHASA

Anda mungkin juga menyukai