Anda di halaman 1dari 24

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK
NILAI NEGERI SEMBILAN

BINA INSAN GURU (BIG) WAJ 3114

NAMA PELAJAR

: KHOIRIAH BINTI ABD HADI

NO I.C

: 921210-10-5772

NAMA TUTOR

: PUAN NOREHAN BINTI SHAHAROUN

BILANGAN SIRI

: 5/2014

TARIKH PROGRAM

: 7 MEI 2014

LOKASI PERLAKSANAAN : DEWAN KULIAH IPGM KAMPUS


PENDIDIKAN TEKNIK

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

ISI KANDUNGAN

PERKARA

PROFORMA KURSUS

PROFIL DIRI

PENGHARGAAN

PENGENALAN

LAPORAN DAN REFLEKSI

LAMPIRAN
KERTAS KERJA
GAMBAR
SENARAI AJK
BUKU PROGRAM

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

_________BIODATA__________
______________________________________________________________________________
____
NAMA :
KHOIRIAH BINTI ABD HADI
NO. KAD PENGENALAN :
921210-10-5772
NO. TELEFON :
013-3016093
KUMPULAN :
5 PISMP MATH 2
ALAMAT :
JALAN ABD HADI OFF LORONG 6
PARIT 1 SUNGAI SIREH 45500
TANJONG KARANG SELANGOR
EMAIL :
yayaabdhadi@gmail.com
MOTTO :
Sederhana Itu Sempurna

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah,
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan pertolongan dan izin daripadaNya
saya dapat menyiapkan laporan Bina Insan Guru semester 5 ini. Segala puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam yang telah menciptakan manusia dan menganugerahkan akal
kepada manusia supaya dapat menimba ilmu yang berguna. Selawat serta salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan dakwah dan ajaran yang
telah disampaikan, ilmu Allah dapat diteruskan dan tidak sesekali berkurangan malah
akan sentiasa dipraktikkan umat manusia.
InsyaAllah semua ilmu yang telah saya dapati dalam BIG kali ini akan saya
aplikasikan dalam kehidupan seharian dan pada masa depan sebagai seorang guru
bertauliah di sekolah kelak. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada mentor saya,
Pn.Norehan yang merupakan tulang belakang program BIG kali iniSaya juga berterima
kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang banyak menolong sepanjang aktiviti
dijalankan bersama-sama bagi mencapai misi dan objektif aktiviti dapat dicapai. Jutaan
terima kasih juga saya lanjutkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang memberi
kebenaran dan restu untuk mengikuti BIG.

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau akronimnya, PISMP, mengambil
tempoh selama 8 semester atau 4 tahun. Peranan guru tradisional yang hanya diminta
untuk mendidik kian kompleks dengan guru zaman globalisasi kini diminta untuk
melakukan pelbagai tugas dari mengajar murid kepada

Tidak cukup dengan kerja

kursus dan peperiksaan serta kuiz yang merupakan kayu pengukur prestasi seseorang
guru pelatih, program ini juga diisi dengan pelbagai program dan aktiviti luar yang
berobjektifkan bagi menyediakan guru yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS). BIG merupakan komponen penting dalam program PISMP.
Dengan kata lain, Program BIG merupakan satu bentuk pendidikan insan yang
objektifnya adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti seperti mana yang ditegaskan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 semasa pembentangan RMK 9 berkata,
Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual
termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap
progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. (YAB Dato Seri Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi, 2006)
Aktiviti BIG banyak berorientasikan aktiviti luar seperti aktiviti mendaki gunung,
berkayak dan sebagainya yang mampu membentuk kekuatan mental dan fizikal
seorang guru pelatih. BIG kali ini merupakan program seminar iaitu ceramah mengenai
pendidikan.
Seseorang guru pelatih haruslah bersyukur kerana diberi peluang bagi mengikuti
BIG. Melalui penglibatan dalam BIG, guru pelatih akan diberi gambaran awal mengenai
realiti hidup sebagai seorang pendidik kelak.

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

Antara objektif BIG adalah:

i.

Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh
kepada ajaran agama,

ii.

Memiliki kemahiran, ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang


tinggi,

iii.

Menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal,

iv.

Menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan


berkesan dan

v.

Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio


dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek
tugas.

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

LAPORAN
PROGRAM BINA INSAN GURU V
SEMINAR

TARIKH
7 MEI 2014

TEMPAT
DEWAN KULIAH IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR
ENSTEK NEGERI SEMBILAN

ANJURAN
5 PISMP AMBILAN JANUARI 2012

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

1.0 BUTIRAM PROGRAM


a) Nama program

: Program Bina Insan Guru V Seminar

b) Penganjur

: Guru pelatih 5PISMP Ambilan Januari 2012

c) Tarikh

: 7 Mei 2014

d) Tempat

: Dewan Kuliah IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar


Enstek Negeri Sembilan

2.0 PENGISIAN PROGRAM


7.30pagi

Pendaftaran pelajar

8.00 pagi

Ketibaan tetamu jemputan

8.10 pagi

Bacaan doa

8.15 pagi

Ucapan pengerusi program

8.30 pagi

Ceramah 1

11.30 pagi

Menyampaikan cenderamata

11.45 pagi

Bersurai

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

3.0 LAPORAN PENGISIAN PROGRAM


7.30 Pagi
Pada jam 7.30 pagi semua guru pelatih mula berdaftar di kaunter pendaftaran di
belakang dewan kuliah. Pendaftaran ini hanya dibuka selama setengah jam iaitu
sehingga jam 8. Setiap wakil kelas diminta untuk menjaga pendaftaran bagi kelas
masing-masing.
8.00 Pagi
Tepat jam 8.00 Pagi, penceramah jemputan iaitu Dr. Ramlan Bin Hamzah tiba ke
Dewan Kuliah IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Seperti yang diketahui, Doktor
Ramlan adalah salah seorang pensyarah di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Beliau
adalah daripada jabatan ilmu pendidikan. Beliau telah agak lama berkhidmat di IPGM
Kampus Pendidikan Teknik. Ketibaan Dr. Ramlan telah disambut oleh 2 orang guru
pelatih semasa kedatangan beliau ke Dewan Kuliah.
8.10 Pagi
Setelah penceramah jemputan tiba, bagi menjadikan majlis lebih diberkati, salah
seorang daripada guru pelatih telah diminta untuk membaca doa agar majlis yang
dirancang ini lebih diberkati dan dirahmati.
8.15 Pagi
Setelah selesai doa, pengerusi majlis menjemput pengerusi seminar Bina Insan Guru
Fasa 5 iaitu saudara Shamsul Bin Madi bagi memberikan ucapan ringkas mengenai
Seminar Bina Insan Guru Fasa 5 ini. Dalam ucapannya, saudara Shamsul berterima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Seminar Bina Insan Guru ini
terutamanya kepada penganjur program iaitu guru pelatih 5 PISMP Ambilan Januari
2012. Walaupun masing-masing sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir, tetapi guru
pelatih 5 PISMP tetap dapat bersama-sama menghadirkan diri dalam Seminar Bina
Insan Guru Fasa 5 ini. Saudara Shamsul juga berteima kasih kepada Dr. Ramlan yang
sudi untuk memberi dan berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan kepada guru pelatih

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

5 PISMP. Walaupun Dr. Ramlan agak sibuk, akan tetapi, beliau tetap meluangkan
waktu untuk bersama-sama guru pelatih 5 PISMP Ambilan Jan 2012.
8.30 Pagi
Pada jam 8.30 pagi, ceramah dimulakan dengan tajuk Pengurusan Pendidikan.
Tajuk ini sebenarnya sangat sinonim dan sangat sesuai dengan guru pelatih kerana
guru pelatih adalah bakal pendidik anak bangsa. Di dalam ceramah yang diberikan oleh
Dr. Ramlan, dalam set induksi, beliau telah menerangkan bahawa kita perlu
menguruskan sendiri diri kita, bukan orang lain. Jika tidak, kita hanya ibarat seorang
bayi yang perlu diuruskan oleh seseorang. Guru pelatih sudah cukup dewasa dan
matang dalam fikiran untuk menguruskan diri sendiri. Jika kita tidak boleh mengurus diri
sendiri, bagaimana pula kita ingin mengurus anak murid kelak. Dalam ceramah ini juga,
Dr. Ramlan ada memberitahu bahawa pengajaran p&p guru sangatlah penting kerana
ianya akan diingati murid hingga bila-bila. Pengajaran guru yang salah akan diikuti oleh
murid. Akhirnya, anak bangsa akan menjadi rosak dan tidak bermoral. Siapakah yang
akan di salahkan ketika itu?.
Dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr.Ramlan juga ada mengenai tujuan
masuk ke IPG. Beliau menerangkan bahawa tiada siapa yang memaksa untuk guru
pelatih masuk ke IPG termasuklah pensyarah sendiri. Guru pelatih sendiri yang
sukarela dan menandatangani perjanjian bersama KPM. Oleh itu, guru pelatih
seharusnya memberi komitmen yang tinggi apabila sudah masuk ke dalam IPG. Guru
pelatih sebenarnya sangat beruntung kerana boleh lagi duduk dengan selesa di atas
kerusi dan ditambah lagi dengan penghawa dingin yang memberi keselesaan kepada
siapa sahaja yang ada di dalam seminar tersebut. Berbeza dengan situasi Dr.Ramlan
yang pada hari sebelumnya memberi ceramah kepada mereka yang sudah bergelar
guru yang hanya duduk beralaskan lantai sahaja. Tiada penghawa dingin, kerusi yang
empuk dan meja untuk menulis. Guru pelatih seharusnya bersyukur dengan
kemudahan yang diberikan dan memanfaatkannya sebaik-baiknya. Selain itu,
Dr.Ramlan juga ada menceritakan kursus pensyarah yang hanya dapat dilakukan di
hotel berdekatan sahaja. Bajet makanan juga adalah hanya memadai sahaja.

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

Kemudahan di hotel tersebut juga hanya sederhana. Apa yang ingin Dr.Ramlan
sampaikan ialah bahawa guru pelatih sangat beruntung kerana mendapat kemudahan
yang baik dan seharusnya memberikan komitmen yang tinggi semasa belajar di IPG.
Guru, seringkali dipertikaikan kerjaya ini oleh pihak lain yang mengatakan
kerjaya guru ini mudah dan tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Sebenarnya, kerjaya
guru banyak cabarannya. Sama juga dengan kerjaya lain. Hal ini kerana, setiap kerjaya
itu pasti ada cabaran masing-masing. Kita tidak boleh melabel dan menuduh sesuka
hati. Kita tidak merasainya, bagaimana pula kita akan tahu ianya mudah ataupun sukar.
Dengan teknologi yang semakin canggih yang membolehkan masalah sosial semakin
meningkat akan memberi kesan kepada guru itu sendiri. Kita tidak perlu tunggu murid
itu besar, tetapi kita boleh lihat sendiri banyak kes sosial dan jenayah yang melibatkan
murid sekolah rendah. Bukan kita tidak pernah mendengar murid sekolah mengandung,
bukan kita tidak pernah mendengar murid sekolah rendah mencuri. Persoalannya,
salah siapa semua ini terjadi? Adakah ibu bapa, guru, kerajaan mahupun masyarakat.
Perkara yang sudah berlaku ini kita perlu membendungnya dengan berkesan dan
pantas agar ianya berada dalam keadaan terkawal dan tidak menjadi lebih teruk lagi. Di
sinilah peranan guru itu sendiri. Memang benar, guru tidak ada banyak waktu untuk
bersama-sama dengan murid untuk bertanyakan masalah yang dihadapi. Dengan
waktu mengajar yang padat 23 waktu seminggu, agak sukar untuk guru mendekati
murid dengan lebih banyak. Akan tetapi, guru boleh cuba mendekati murid semasa
p&p. Ada diselitkan nilai-nilai murni, motivasi, dan kata-kata semangat untuk murid.
Seperti peneguhan positif. Ianya sangat memberi kesan yang baik kepada murid itu
sendiri. Guru itu sendiri perlu kuat dan bersedia dari segi apa keadaan sekalipun.
Walaupun guru itu mempunyai 1001 masalah, akan tetapi apabila masuk ke dalam
kelas, guru itu perlu melupakan sebentar masalah yang dihadapi dan fokus kepada
pengajaran. Benarlah kata salah seorang pensyarah, bahawa guru itu adalah pelakon
yang dapat melakonkan watak seorang guru yang baik walaupun mempunyai pelbagai
masalah yang dihadapi.
Dr. Ramlan juga ada menayangkan video kanak-kanak yang mengalami trauma
dengan insan bergelar lelaki. Punca awalnya adalah ayah kepada kanak-kanak tersebut

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

merogol kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan pendarahan pada anggota


badan kanak-kanak tersebut. Oleh kerana itu, kanak-kanak perempuan berkenaan
membuat perkara yang sama kepada insan yang bergelar lelaki dengan menggunakan
jari sehingga berlakunya pendarahan. Kanak - kanak tersebut menghadapai trauma
yang sangat teruk dan dia merasakan dirinya sangat teruk dan tidak berada dalam
keadaan baik. Dia ingin sahaja membunuh sesiapa sahaja yang berada di
sekelilingnya. Apakah yang guru perlu lakukan apabila berhadapan dengan murid
seperti ini. Sudah tentu dengan pelbagai strategi dan kaedah agar murid tersebut dapat
pulih secara perlahan-lahan. Di akhir ceramah ini, Dr. Ramlan ada memberikan soalan
mengenai situasi bagaimana mendidik anak murid yang sukar untuk didik. Jawapannya
adalah, ubah dan tingkatkan diri dahulu sebelum mengubah anak didik itu. Maksud di
sini ialah, kita sebagai guru pelatih perlu memantapkan diri masing-masing dahulu
sebelum ingin mendidik anak bangsa. Oleh kerana itulah pengambilan guru pelatih
untuk ke IPG adalah dari kalangan pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang
cemerlang, mempunyai pemikiran aras tinggi dan kesihatan yang baik dan mantap
serta tidak mudah jatuh sakit. Guru pelatih juga dibekalkan dengan pelbagai program
yang boleh membina kekuatan dalam diri masing-masing. Tidak hanya menghadiri
kuliah sahaja, bahkan dibekalka dengan tugasan kerja kursus yang mencabar, program
bina insan guru, praktikum dan lain-lain lagi yang dapat melahirkan minda kelas
pertama di kalangan guru pelatih dan dapat melahirkan generasi yang cemerlang sama
ada dari segi sahsiah ataupun akademik.
11.30 Pagi
Setelah ceramah berakhir, AJK Cenderamata meberikan cenderamata kepada Dr.
Ramlan dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan
dan pengalaman yang sangat memberikan makna dan manfaat kepada guru pelatih.
Jasa dan budi Dr. Ramlan tidak akan dilupakan kerana walaupun beliau sibuk dengan
jadual padat beliau, beliau tetap meluangkan masa bersama-sama guru pelatih 5
PISMP Ambilan Jan 2012.

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

11.45 Pagi
Pada jam 11.45 Pagi, guru pelatih dan penceramah jemputan mula bersurai. Sebelum
pulang, Dr.Ramlan disajikan dengan makanan bagi tanda penghargaan Dr. Ramlan.

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

REFLEKSI
Pada tarikh 7 Mei 2014, telah diadakan seminar bagi Bina Insan Guru Fasa 5 di
Dewan Kuliah IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Bina Insan Guru pada kali ini ialah
ceramah

berkaitan

dengan

pendidikan

iaitu

tajuk

ceramah

berkenaan

ialah

Pengurusan Pendidikan. Ceramah ini telah diberi oleh Dr. Ramlan Bin Hamzah. Dr.
Ramlan adalah salah seorang pensyarah di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Dr.
Ramlan juga pernah mengajar saya semasa semester 1PISMP. Tajuk ceramah sangat
menarik kerana ianya sangat berkaitan dengan kerjaya seorang guru. Dalam program
Bina Insan Guru Fasa 5 ini saya menjadi AJK Induk untuk mengelola program ini iaitu
saya sebagai AJK Buku Program. Terdapat pelbagai masalah semasa ingin merancang
seminar ini iaitu pertukaran penceramah jemputan di saat-saat akhir dan sudah terlalu
dekat dengan tarikh seminar. Kami sebagai AJK Induk terpaksa mencari penceramah
dengan pantas supaya seminar ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Akhirnya, kami berjaya mendapat penceramah yang dapat menggantikan penceramah
sebelum ini yang tidak dapat hadir iaitu Dr. Ramlan Bin Hamzah. Saya sangat
menghargai budi Dr. Ramlan kerana beliau sanggup meluangkan masa sebentar
walaupun jadualnya agak padat. Seminar tersebut juga terpaksa dipendekkan kerana
Dr. Ramlan mempunyai hal lain yang perlu diuruskan.
Dalam ceramah beliau terdapat banyak intipati yang berguna kepada kami
sebagai guru pelatih dan bakal guru. Antaranya ialah mengenai tujuan belajar d IPG.
Beliau menerangkan bahawa tiada siapa yang memaksa untuk guru pelatih masuk ke
dalam IPG. Akan tetapi atas pilihan guru pelatih itu sendiri. Oleh kerana guru pelatih itu
sendiri yang memilih IPG, guru pelatih perlulah memberi komitmen yang tinggi dalam
pembelajaran. Bukan mudah untuk masuk ke IPG dan belajar di sini. Hanya insan yang
bertuah sahaja yang dapat belajar di IPG. Beliau juga ada menceritakan bagi ambilan
baru ini, seramai 30, 000 yang memohon IPG secara online, akan tetapi hanya 3000
sahaja yang dipilih untuk ditemu ramah dan menjalankan ujian SEGAK. Kita boleh lihat
melalui situasi ini bahawa guru pelatih yang berada di IPG sangat bertuah kerana

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di sini. Ditambah lagi dengan pemberian elaun
kepada semua guru pelatih dan tidak perlu membayar sebarang yuran.
Dr.Ramlan juga ada menayangkan video kanak-kanak yang mengalami trauma
dengan insan bergelar lelaki. Punca awalnya adalah ayah kepada kanak-kanak tersebut
merogol kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan anggota badan kanak-kanak
tersebut mengalami pendarahan. Oleh kerana itu, kanak-kanak perempuan berkenaan
membuat perkara yang sama kepada insan yang bergelar lelaki dengan menggunakan
jari sehingga berlakunya pendarahan termasuklah adik lelakinya sendiri. Kanak- kanak
tersebut menghadapai trauma yang sangat teruk dan dia merasakan dirinya sangat
teruk dan tidak berada dalam keadaan baik. Dia ingin sahaja membunuh sesiapa
sahaja yang berada di sekelilingnya. Semasa melihat video ini, hati saya sangat
tersentuh akan situasi kanak-kanak ini. Hanya kerana seoarang lelaki bernama ayah,
kanak-kanak tersebut trauma akan insan yang bergelar lelaki. Ketika itu, saya terfikir
jika saya sebagai guru kanak-kanak tersebut, apakah yang akan saya akan lakukan
bagi mengurangkan trauma disamping memberikan pengajaran yang berkesan kepada
kanak-kanak tersebut. Sudah pastinya kanak-kanak tersebut tidak dapat fokus dalam
pembelajaran terutama dengan guru lelaki. Ketika itu saya sedar bahawa guru perlulah
fleksibel dan bersedia untuk apa situasi yang akan berlaku dan terjadi. Di sini saya
dapat simpulkan bahawa, seminar Bina Insan Guru Fasa 5 ini sangat memberikan
impak positif dan meberikan semangat baru dalam mendidik murid. Ianya seolah-olah
seperti motivasi diri yang sangat berguna untuk diaplikasikan semasa sudah bergelar
guru nanti. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Ramlan, AJK Induk
yang lain dan semua guru pelatih 5 PISMP Ambilan januari 2012 dalam menjayakan
seminar yang sangat berguna dan bermanfaat ini.

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

LAMPIRAN
KERTAS CADANGAN DARIPADA UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

SEMINAR BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 5


PELAJAR 5 PISMP AMBILAN JANUARI 2012

TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon Majlis Profesional, Pengurusan dan
Pentadbiran, IPG Kampus Utama Bandar Enstek menimbang dan meluluskan
cadangan untuk mengadakan aktiviti Seminar Bina Insan Guru (BIG) Siri 5 bagi pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Ambilan Januari 2012 bagi semua
lapan kumpulan pada 7 Mei 2014 bertempat di Dewan Kuliah, IPG Kampus Pendidikan
Teknik.

LATAR BELAKANG
2.

Memenuhi syarat keperluan Progran Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi


program Bina Insan Guru.

3.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara


berterusan.
4.

Menjadikan ilmu lebih bermakna melalui penyertaan guru pelatih secara


langsung dalam bengkel ini.

ASAS PERTIMBANGAN
Objektif khusus program Bengkel ini adalah untuk memberikan

5.

pendedahan, peluang dan pengalaman kepada para guru pelatih mengenai ciriciri guru inovatif serta ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang
dalam melaksanakan tugas dan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan
kelak.
6.

Selain daripada itu, objektif program ini adalah:


6.1

Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan

6.2

Menampilkan

ciri-ciri

kepimpinan

yang

bersesuaian

dengan

tanggungjawab yang diberikan


6.3

Mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan konteks pengajaran dan


pembelajaran

6.4

Memodel dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dan kooperatif


serta menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri

6.5

Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan


pengetahuan dan kemahiran

mentaksir

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

CADANGAN PELAKSANAAN
7.

Cadangan pelaksanaan bagi program ini adalah seperti butiran berikut;


7.1

Tarikh Aktiviti

: 7 Mei 2014

7.2

Hari/Masa

: Rabu (8.00 pagi 1.00 petang)

7.3

Tempat

: Dewan Kuliah IPG Kampus Pendidikan Teknik

7.4

Aturcara Program

: Lampiran (a)

7.5

AJK Program

: Lampiran (b)

7.6

Bilangan Peserta

: 156 orang
(lampiran c)

IMPLIKASI KEWANGAN

8.

Program Seminar BIG Siri 5 bagi kumpulan PISMP Ambilan Januari 2012 akan
melibatkan kos seperti yang berikut:
8.1

BIL

Peralatan

ITEM

KUANTITI

SUMBER

JUMLAH

Sijil Penghargaan

2 set

Stor Pusat

Beg dan

2 set

Stor Pusat

cenderamata

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

RUMUSAN
9.

Usaha untuk melaksanakan program Seminar/Bengkel Penanda Aras


Bina Insan Guru (BIG) bagi kumpulan 5 PISMP 2014 adalah sangat relevan bagi
membuktikan segala pengalaman pembelajaran yang telah disediakan berupaya
membantu pelajar mencapai matlamat dan objektif Bina Insan Guru.

SYOR
10.

Ahli mesyuarat Majlis Pengurusan Pentadbiran Profesional adalah


dipohon untuk menimbang dan meluluskan program Seminar/ Penanda Aras
bagi kumpulan Semester 5 PISMP 2014 dan tidak memerlukan apa-apa kos
kewangan bagi mengendalikan ceramah ini

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]


Lampiran (b)
AHLI JAWATANKUASA BIG SIRI 5
SEMESTER 5 2014

PENGERUSI

SHAMSUL BIN MADI

NAIB PENGERUSI

MUHAMMAD FAIEZ BIN MOHD ZAINAL

SETIAUSAHA

YUSRI FARULZI BIN YUSUF

BENDAHARI

MITCHELL YOMIN

AJK JEMPUTAN

RAZVI BIN MUSILY


NURHADZRINA BT KAMARUDDIN

AJK MAKANAN

WONG KAI XIN


MUHAMMAD IZZAT SYAFIQ BIN IDRIS

AJK PERSIAPAN TEMPAT

MUHAMMAD SHAFEEQ BIN ABD. AZIZ


ELLY WONG LEE YIEN

AJK BUKU PROGRAM

KHOIRIAH BINTI ABD HADI


RUTH S. MANSON

AJK SAMBUTAN DAN

TAN ZING MIN

PROTOKOL
AJK DISIPLIN DAN KEHADIRAN:

NGU SZE YING

AJK HADIAH DAN

JESSICA DEBBIE ANAK PETER AH-CAME

CENDERAMATA
AJK PUBLISITI DAN SIARAYA :

ATIQA BINTI AMIR

AJK DOKUMENTASI

BENDLY ROY BANNUS,

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]


WAN FARAH WAHIDAH WAN MUSA

Lampiran (a)

Tentatif program Bengkel Bina Insan Guru

7.30pagi

Pendaftaran pelajar

8.00 pagi

Ketibaan tetamu jemputan

8.10 pagi

Bacaan doa

8.15 pagi

Ucapan pengerusi program

8.30 pagi

Ceramah 1

11.30 pagi

Menyampaikan cenderamata

11.45 pagi

Bersurai

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN
BENGKEL BINA INSAN GURU SIRI 5
KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2012

TEMPAT:
DEWAN KULIAH

KHOIRIAH BINTI ABD HADI

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TARIKH:
7 MEI 2014
TANDATANGAN DAN ULASAN

ULASAN
________________________________
________________________________

..............................................
(KETUA UNIT KO KURIKULUM)

________________________________
________________________________
________________________________

TANDATANGAN DAN ULASAN

ULASAN
________________________________
________________________________

..................................................

________________________________

(KETUA UNIT PENGURUSAN KEWANGAN)

________________________________
________________________________

TANDATANGAN DAN ULASAN

ULASAN
________________________________
________________________________
________________________________

________________________________
________________________________

KHOIRIAH BINTI ABD HADI


.......................................................
(PENGARAH IPG KAMPUS TEKNIK)

BIG 3114 [BINA INSAN GURU SIRI 5]

Anda mungkin juga menyukai