Anda di halaman 1dari 5

Tugasan

1. Peranan guru mata pelajaran bahasa Melayu untuk menjayakan matlamat dan
objektif Dokumen Standard KSSR adalah berperanan untuk menghasilkan murid
yang berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea
serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian. Oleh itu melalui pengajaran
Bahasa Malaysia guru Bahasa Malaysia dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa
pembelajaran berlaku bagi menghasilkan murid yang tidak hanya pandai dari segi
intelek malah kaya dengan nilai-nilai murni. Selain itu, guru Bahasa Malaysia juga
berperanan meningkatkan kemahiran tidak hanya kemahiran dalam bahasa iaitu
membaca, menulis dan bertutur malah dalam kemahiran mengira juga boleh di
pertingkatkan. Jika buku teks digunakan, terdapat tajuk seperti ahli perniagaan di
mana murid secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan tentang
Matematik melalui tajuk ini. Memupuk kesedaran dan minat murid terhadap subjek
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui kaedah, strategi dan teknik p&p. Guru
yang berkesan ialah guru yang kreatif dan inovatif dalam p&pnya. Elemen-elemen
menyeronokkan dan berkonsepkan didik hibur boleh diserap dan diperkenalkan di
dalam bilik darjah. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti p&p dengan aktiviti-aktiviti
seperti nyanyian, persembahan, lakonan, kuiz dan sebagainya supaya proses p&p
lebih menarik dan menyeronokkan. Pendekatan p&p yang sebegini menyediakan
suasana bilik darjah yang lebih ceria dan menarik. Ini secara tidak langsung dapat
menarik minat murid untuk belajar serta menggalakkan aktiviti penerokaan, pencarian
maklumat dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Guru juga harus
mengamalkan kemahiran profesional. Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah
kemahiran

berfikir

dan

kemahiran

konstruktif.

Para

guru

mestilah

dididik

menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-murid yang dapat
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada
pandangan jauh dan luar biasa. Menganjurkan dan menggalakkan pelajar melibatkan
diri dalam program bacaan. Guru boleh menggalakkan para pelajarnya terlibat dalam
program bacaan seperti Komponen Sastera dalam bahasa Malaysia (KOMSAS),
Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur , Nilam dan sebagainya.
Program atau aktiviti sebegini bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan para
pelajar malah dapat juga mendedahkan mereka kepada elemen-elemen sastera dan
seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.

2. Perancangan pengajaran dan pembelajaran amat berkaitan dengan dokumen


standard KSSR. Ini kerana pembinaan perancangan ini hendaklah diambil melalui
Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah. Sebagai contoh dalam pembelajaran
dan pengajaran Bahasa Malaysia tahun 2, subjek ahli perniagaan, guru dikehendaki
menyemak Dokumen Standard Kurikulum KSSR untuk menentukan apakah standard
kandungan dan standard pembelajaran yang digunakan sewaktu PdP nanti. Selain
itu, guru juga haruslah peka dengan kehendak kurikulum yang mahukan pelbagai
kemahiran di ajar sewaktu PdP. Guru guru boleh menggabung jalin kemahiran
dalam bahasa itu sendiri bersama kemahiran mengira contohnya. Di dalam standard
kurikulum yang diinginkan terdapat elemen elemen pembelajaran yang boleh di
jadikan ukuran yang tepat jika pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran
yang diperlukan di dalam kurikulum. Dokumen perancangan digunakan semasa PdP
dijalankan. Dokumen ini penting bagi memastikan kelancaran PdP yang di jalan kan
oleh guru sewaktu di dalam kelas. Pada guru baharu kemungkinan dokumen ini akan
dilihat selalu, akan tetapi, jika sudah terbiasa, mereka tidak akan merujuk dokumen
ini.

3. Bahan sumber PdP yang digunakan guru adalah buku teks sepenuhnya. Guru
tersebut menggunakan buku teks yang disediakan oleh kerajaan. Buku teks ini telah
digunakan sepenuhnya dalam PdP murid. guru tersebut menggunakan buku teks
tersebut dengan menguji kemahiran membaca murid tersebut. Setiap perkataan,
setiap baris ayat dlam setiap helaian muka surat telah digunakan guru. Selain itu,
guru tersebut juga telah memberikan lembaran kerja kepada murid-muridnya.

4. Pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran


Guru bertanyakan tentang kebersihan bilik darjah. Murid
dikehendaki
Set induksi

mengutip

sampah

sekeliling

tempat.

Kemudian, guru itu bertanyakan siapakah yang tidak


hadir pada hari tersebut. Setelah itu, guru mula
bertanyakan kepada murid-murid tajuk yang mereka
telah pelajari semalam.
Pada mulanya guru bertanyakan soalan dan diajukan
kepada seluruh kelas. Kemudian guru mula bertanyakan
secara perseorangan. Soalan soalan yang diberikan
berbentuk KBAT.
Bimbingan diberikan kepada murid untuk menjawab
soalan yang diajukan.

Penyoalan

Perkataan yang hendak digunakan semasa menjawab


soalan ditulis pada papan hitam supaya murid tidak lupa
perkataan yang hendak dihubungkan. Contoh perkataan
adalah ialah, di, pada.
Guru tersebut telah menyemak secara satu persatu kerja
murid yang telah siap supaya tiada kesalahan yang
dilakukan lagi setelah bimbingan diberikan.
Guru

tersebut

membantu

muridnya

membetulkan

sebutan sesebuah perkataan secara satu persatu


melalui bacaan teks. Guru juga menerangkan maksud
perkataan

yang

tidak

difahami

oleh

murid-murid

contohnya perkataan expo. Pada mulanya untuk


menerangkan

perkataan

ini

guru

bertanyakan

pengalaman murid sama ada pernah pergi ke Jom


Penerangan

Heboh

?.

Akhirnya

guru

tersebut

menyatakan

kesamaan perkataan expo dengan Jom Heboh.


Guru juga menggunakan bacaan mekanis secara kelas
yang membentuk tiga kumpulan daripada kelas terbabit.
Setiap kumpulan diberi satu perenggan untuk dibaca
secara mekanis.
Guru tersebut telah menggabung jalin kemahiran
membaca dan kemahiran mengira. Terdapat penyerapan
matapelajaran Matematik di dalam tajuk ini yang

berkaitan dengan peratus. Oleh itu, secara ringkas guru


mengajar cara untuk mengira peratus diskaun yang di
minta oleh soalan.
Intonansi di dalam dialog yang dibaca telah dibetulkan
oleh guru. Pada mulanya, murid tersebut membaca
secara mendatar sahaja, tiada intonansi yang betul
digunakan. Selain itu, murid dikehendaki menjawab
soalan berdasarkan buku teks.
Guru tersebut juga banyak menggunakan bahasa badan
dalam menerangkan sesuatu perkataan seperti gembira,
dan menangis.
Guru menggunakan sepenuhnya teks yang berada di
Bahan Bantu

dalam buku teks. Diikuti dengan lembaran kerja yang

Mengajar

diberikan kepada murid-murid untuk menjawab soalan


tersebut.
Guru tersebut telah memperkenalkan kaedah pujian
kepada diri murid itu sendiri jika murid dapat menjawab
soalan yang diberikan guru. Selain itu tepukan secara
kelas bagi murid yang dapat menjawab soalan guru

Variasi Ransangan

secara individu. Guru itu juga telah menggunakan pensel


warna dalam menjawab soalan yang diberikan. Murid
dikehendaki menggariskan kata kunci bagi soalan
tersebut dengan warna -warna yang telah ditetapkan
oleh guru tersebut.
Guru tersebut melakukan penutup dengan memberikan

Penutup

pujian kepada murid-murid kerana dapat menjawab


soalan.

5. Dokumentasi

Anda mungkin juga menyukai