Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT


SEMESTER:SEPTEMBER 2010

TUGASAN KURSUS

DISEDIAKAN OLEH

: NORDIN BIN MOHD. TAIP

NO.K/P/MATRIK

: 670510-12-6213-003

KOHOT

: KOHOT 6

TARIKH DIHANTAR

: 28 JULAI 2010

DISEDIAKAN UNTUK

: EN. EN. JAAFAR JAM


TUTOR HBHE 2103

PPU

: INSTITUT PERGURUAN KENINGAU

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Pernyataan Masalah

4.0 Kajian

5.0 Hasil Kajian

17

6.0 Kesimpulan dan Perbincangan

17

7.0 Penutup

19

Rujukan

20

Lampiran

21

_________________________________________________________________________________ m/s: 1

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

1.0

PENDAHULUAN

Rnacangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan
membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini
yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaannya
selepas disyorkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
pada tahun 1979.

Ia juga sebagai usaha kerajaan untuk menambah nutrisi harian para pelajar berkenaan
(selain makanan di kantin sekolah) untuk memastikan mereka membesar dengan mendapat
khasiat secukupnya dan objektif program RMT ini diadakan adalah:
i.

Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari
luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara
waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan
Dasar Pembangunan Negara.

ii.

Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang
berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan
kekurangan tenaga.

iii.

Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan


secara tidak langsung.

iv.

Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan yang
diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam
sekitar.

v.

Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah


mengelolakan RMT.

_________________________________________________________________________________ m/s: 2

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Menurut satu kajian oleh pihak dilantik kerajaan, secara umumnya kandungan
makronutrien di dalam makanan yang terdapat di kantin sekolah rendah adalah sedikit sahaja.
Kandungan kalori dan protein dalam setiap hidangan masing-masing adalah di antara julat 77 274 kilokalori (kcal) dan 0.9 - 3.6 gram.Peratus sumbangan tenaga daripada protein di dalam
makanan di kantin sekolah juga terlalu rendah iaitu hanya 2 10 peratus sahaja.

Justeru, di sini timbul kepentingan untuk memberikan nutrien kepada para pelajar miskin
ini khususnya. Makanan yang disediakan di bawah RMT mengandungi kalori yang lebih tinggi
berbanding dengan hidangan yang dijual di kantin sekolah. Ini kerana, jika dibandingkan dengan
hidangan yang dijual, pembekal makanan tambahan perlu mengikut jadual dan menu yang
disediakan pihak bertanggungjawab. Lalu, ia sedikit sebanyak membantu menambah nutrisi
harian yang diterima oleh pelajar terlibat.

Pun begitu sejak kebelakangan ini, RMT dibelenggu masalah-masalah yang dilihat
mencalar kelicinan dan perjalanan program berkenaan, hingga memaksa Menteri Pelajaran,
Datuk Seri Hishamudiin Tun Hussein sendiri turun padang bagi meninjau sendiri apakah
masalah sebenar program ini.

Kecuaian di beberapa peringkat dilihat menjadi antara punca pelajar yang terlibat dengan
program ini mengalami keracunan makanan. Biasanya selepas dimasukkan ke hospital, mangsa
mendakwa, makanan yang dihidangkan sudah tidak elok atau basi, malah ada kejadian di mana
para pelajar mendakwa bahawa makanan yang dimakan berbau lipas.

Proses penyediaan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan juga disyaki
menjadi penyebab kejadian ini. Mengikut kes keracunan terdahulu, ada sesetengah pengusaha
kantin dan pembekal gagal menyediakan makanan bersih dan berkhasiat, akibat terlalu
mendahulukan keuntungan. Malah ada sesetengah pekerja di penyedia makanan mengambil
sikap sambil lewa apabila berhadapan dengan aspek kebersihan makanan.

_________________________________________________________________________________ m/s: 3

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:


i.

Mengkaji tahap pengurusan RMT yang membawa kepada keberkesanan program RMT
dari segi akademik, kesihatan dan keyakinan diri pelajar RMT.

ii.

Faktor-faktor penyumbang kepada permasalahan pengurusan RMT dan cadangan kepada


penyelesaian masalah.

3.0

PERNYATAAN MASALAH

Bantuan program RMT ini dilaksanakan bertujuan bagi membantu seseorang pelajar sekolah
rendah daripada kalangan keluarga yang miskin dengan memberi makanan tambahan secara
imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya di sekolah. Bantuan RMT ini juga
adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan pemakanan pelajar-pelajar yang terpilih.

Walaupun program ini merupakan suatu usaha langkah kerajaan yang baik, tetapi ianya
telah bertukar menjadi sebuah program yang banyak mendatangkan masalah akibat daripada
kecuaian penyelaraspengurusan RMT sekolah dan sikap tamak pembekal makanan RMT sering
mengutamakan keuntungan wang ringgit daripada kualiti makanan.

Natijahnya, wujud permasalahan perkembangan nutrisi pemakanan di kalangan pelajarpelajar yang layak menerima bantuan ini sehingga menjejaskan tahap kesihatan mereka. Pelajarpelajar juga seakan-akan mogok dan tidak mahu menerima bantuan ini apabila tiba waktu agihan
makanan dan sanggup menahan lapar daripada menjamah makanan yang dihidangkan.

Pengurusan RMT yang tidak cekap oleh pihak sekolah, pertukaran menu yang sewenangwenangnya oleh pembekal, bekalan bahan mentah makanan yang tidak segar, makanan yang
dihidangkan kotor dan sudah basi adalah di antara lain faktor-faktor yang menyebabkan tahap

_________________________________________________________________________________ m/s: 4

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

keberkesanan program RMT dari segi akademik, kesihatan dan keyakinan diri pelajar menurun
di sekolah ini.

Oleh itu, kajian ini akan meneliti segala aspek pengurusan RMT dan langkah-langkah
penyelesaian masalah dalam mencapai tahap keberkesanan pelajar dalam aspek akademik,
kesihatan dan keyakinan diri pelajar.

4.0

KAJIAN

4.1

SASARAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Rendah Kebangsaan Chinta Mata, Tenom, Sabah yang
melibatkan seramai 95 orang penerima bantuan program RMT dari golongan berpendapatan
rendah dan kawasan luar Bandar daripada 164 orang pelajar yang bersekolah di sekolah ini.

4.2

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang dijalankan melalui soal selidik (rujuk Lampiran A), temubual dan tinjauan.

4.3

KAJIAN PENGURUSAN RMT

Kajian pengurusan RMT ini akan menilai 10 aspek terpenting dari segi:
Pentadbiran/organisasi
Sumber kewangan diperolehi untuk program RMT
Kaedah dan kriteria pemilihan peserta RMT
Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT
Kaedah pembayaran kepada pihak penyedia makanan
Kaedah pengagihan makanan kepada peserta
Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat dalam RMT
Pemilihan bahan-bahan mentah

_________________________________________________________________________________ m/s: 5

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Menu makanan yang disediakan


Cara penyediaan makanan disediakan

4.3.1 Pentadbiran/organisasi
Struktur pentadbiran pengurusan RMT ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Sekolah
Rendah Kebangsaan Chinta Mata, Tenom dan mengelola serta memantau aktiviti operasi
pembekalan makanan RMT oleh pembekal yang telah dipilih iaitu Zuriz Enterprise.
Pengurusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh Pihak PIBG sekolah.

4.3.2 Sumber kewangan diperoleh untuk program RMT


Sumber kewangan untuk program ini diperuntukkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
negeri masing-masing.melalui JPN.
Permohonan peruntukan RMT tahun semasa adalah berdasarkan bilangan murid yang
layak pada 1 Oktober tahun sebelumnya yang dikemukakan oleh sekolah kepada JPN/
PPG/ PPD berdasarkan Buku Panduan RMT di sekolah tahun 2002.
Keperluan peruntukan RMT hendaklah dikemukakan oleh JPN kepada Bahagian
Kewangan sebelum 30 November tahun sebelumnya dan agihan pertama 80% disalurkan
oleh Bahagian Kewangan kepada JPN pada bulan Januari.
JPN mengagihkan peruntukan RMT terus ke sekolah yang melaksanakan sistem geran
dalam tempoh 2 minggu selepas waran diterima. Sekolah mengakaunkan di bawah lajur
pelbagai dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggara
Akaun Subsidiari RMT.
Sekolah yang belum melaksanakan sistrem geran, JPN mengagihkan peruntukan RMT ke
PPG/ PPD/ PPDk dalam tempoh 2 minggu selepas geran diterima. PPG/ PPD/ PPDk

_________________________________________________________________________________ m/s: 6

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

hendaklah mengakaunkan di bawah lajur RMT dalam Buku Tunai Akaun Khas PPG/
PPD/ PPDk.
Peruntukan yang diagihkan hanya boleh digunakan untuk bayaran kepada pengusaha/
pembekal makanan RMT sahaja.
Sebagai modal permulaan untuk program RMT, pihak pembekal makanan RMT akan
menanggung sepenuhnya perbelanjaan dan menuntutnya mengikut jumlah tuntutan yang
sepatutnya dengan pihak sekolah pada setiap bulan.

4.3.3 Kaedah dan kriteria pemilihan peserta RMT


Pemilihan murid-murid untuk menyertai rancangan ini adalah berasaskan kriteria dan
keutamaan yang berikut:i.

Murid yang menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan (dipilh oleh Pasukan


Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan/atau guru darjah dan selaraskan oleh satu
Jawatankuasa Khas di peringkat sekolah).

ii.

Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan keahliannya besar.

iii.

Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

Bilangan pelajar yang mendapat bantuan RMT adalah seperti berikut:

Jadual 4.1: Bilangan pelajar yang mendapat bantuan RMT


TAHUN

BILANGAN

19

14

17

12

15

18
JUMLAH

95

_________________________________________________________________________________ m/s: 7

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

4.3.4 Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT


Proses kaedah pemilihan tender untuk RMT berbeza bagi setiap sekolah namun begitu
kriteria pemilihannya adalah lebih kurang sama seperti yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi sekolah ini, kaedah pemilihan ini dibuat
berdasarkan prosedur berikut:
i.

Borang tender RMT diedarkan pada suatu tempoh yang telah ditetapkan.

ii.

Penghantaran borang tender yang lengkap diisi oleh tender RMT.

iii.

Pemilihan tender melalui mesyuarat pengurusan sekolah berdasarkan kepada


borang-borang tender yang diterima.

iv.

Tawaran RMT kepada tender yang berjaya dan perjanjian-perjanjian yang


dipersetujui.

Dari segi kriteria pemilihan, ia merujuk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
pihak kementerian dan sekolah iaitu:
i.

Salinan kad pengenalan pengusaha/premis makanan setempat

ii.

Salinan Latihan/Kursus Pengendalian Makanan

iii.

Salinan Lesen Berniaga di bawah Peraturan 3

iv.

Sijil Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PKM) 2009 Akta 1983

v.

Setiap pengusaha dan pekerja-pekerja tender hendaklah mendapat suntikan dan


Sijil Kesihatan dari Jabatan Kesihatan.

4.3.5 Kaedah pembayaran kepada pihak penyedia makanan


Kaedah pembayaran kepada pihak penyedia makanan adalah bergantung kepada jumlah
murid yang sedang menerima bantuan RMT pada 1Oktober tahun semasa menjadi asas
perkiraan untuk membayar bantuan RMT dan bagi tahun-tahun berikutnya, perkiraan
jumlah penerima bantuan hendaklah dikemaskini dengan mengambil kira kemasukan
murid baru ke tahun satu dan jumlah murid tahun enam yang tamat sekolah, berserta
dengan pertambahan murid bagi sekolah-sekolah yang baru dibuka.

_________________________________________________________________________________ m/s: 8

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM2.05 sehari bagi setiap murid dan dibayar
oleh pihak sekolah sebulan sekali berdasarkan kepada jumlah tuntutan yang diminta oleh
penyedia makanan.
Pembayaran dibuat berdasarkan mengikut prosedur tawaran perkhidmatan selama 190
hari persekolahan.

4.3.6 Kaedah pengagihan makanan kepada peserta


Hari dan Masa
i.

Penyediaan RMT disediakan untuk 190 hari setiap tahun dan program ini tetap
dijalankan seperti biasa pada bulan Ramadan bagi murid islam tetapi bilangan
harinya tetap sama.

ii.

Masa agihan diadakan pada sesi pagi sahaja kerana sekolah ini hanya mempunyai
satu sesi pembelajaran dan program ini dijalankan setiap pukul 10.00 pagi setiap
hari waktu persekolahan.

Penyediaan dan Pengagihan Makanan


i.

Penyediaan dan pengagihan makanan adalah diuruskan oleh mana-mana pihak


berikut:

Guru-guru sekolah.

Pekerja-pekerja penyedia makanan Zuriz Enterprise

4.3.7 Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat dalam RMT


Zuriz Enterprise menguruskan sepenuhnya pemilihan pekerja-pekerja RMT yang terdiri
daripada 4 orang pekerja iaitu dengan bilangan 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki.

4.3.8 Pemilihan bahan-bahan mentah


Zuriz Enterprise menguruskan sendiri pemilihan bahan-bahan mentah ini di mana:

Bekalan bahan mentah yang diperolehi seperti sayur, ikan, daging atau ayam mestilah
segar.

_________________________________________________________________________________ m/s: 9

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Bekas-bekas penyimpanan bekalan bagi bahan-bahan mentah dan mestilah bersih dan
selamat.

Bekalan bahan-bahan mentah yang kering seperti milo, mee dan sebagainya masih
berada dalam tempoh penggunaan iaitu tidak luput tarikh.

Jumlah kuantiti bahan-bahan yang digunakan hendaklah mengikut sukatan seperti


yang ditetapkan dalam buku Panduan Menu yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran.

4.3.9 Menu makanan yang disediakan


Pihak pengurusan sekolah menentukan jenis menu makanan yang akan dihidangkan.
Berikut adalah menu-menu yang telah ditetapkan bagi minggu pertama dan kedua.

_________________________________________________________________________________ m/s: 10

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

MENU RMT SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN CHINTA MATA TENOM

Jadual 4.2: Menu makanan rmt minggu pertama


MINGGU PERTAMA

HARI

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

MENU

Nasi Lemak

Air susu kacang soya

Buah betik

Bihun Goreng Singapura

Air Milo

Buah tembikai

Nasi Goreng Cina

Air susu kacang soya

Pisang Emas

Mee Goreng

Air teh susu

Buah betik

Bubur ayam

Air Milo

Buah tembikai

Biasanya, permasalahan penyediaan makanan ini berlaku pada hidangan menu ini di
mana penyedia makanan selalunya menghidangkan menu makanan tidak seperti dalam
menu yang ditetapkan dan kadangkala keadaan menjadi tidak terkawal. Contohnya, pada
hari Rabu, menu nasi goreng cina sepatutnya dihidangkan tetapi digantikan dengan
hidangan nasi goreng kosong dan air susu kacang soya pula digantikan dengan air sirap
merah.

_________________________________________________________________________________ m/s: 11

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Pengurusan RMT pihak sekolah telahpun bertegas dalam hal ini kepada penyedia
makanan namun mereka seolah-olah tidak mengendahkannya.

Jadual 4.3: Menu makanan rmt minggu kedua


MINGGU KEDUA

HARI

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

MENU

Nasi Paprik

Air susu kacang soya

Buah betik

Bihun Goreng Singapura

Air Milo

Buah tembikai

Nasi ayam

Air teh susu

Pisang Emas

Mee Goreng Basah

Air susu kacang soya

Buah belibing

Roti Sardin

Air teh susu

Buah pisang

4.3.10 Cara penyediaan makanan disediakan


Kuantiti dan Kualiti Makanan
i.

Jumlah kuantiti makanan dan minuman yang disediakan cukup hanya sekali sahaja
penerimaan dan tidak boleh ditambah untuk kali kedua manakala untuk hidangan roti

_________________________________________________________________________________ m/s: 12

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

sardin pula adalah 2 keping roti berkembar seorang. Kadangkala berlaku juga agihan
kuantiti minuman kepada murid terlalu sedikit seperti bihun goreng Singapura yang
dihidangkan hanya separuh daripada sukatan pinggan. Aduan ini sentiasa diterima
oleh pelajar dan apabila dimaklumkan kepada penyedia makanan mereka cuma
memberikan alasan bahawa pelajar selalu tidak menghabiskan makanan dengan erti
kata lain berlakunya pembaziran. Alasan lain yang diterima adalah makanan yang
dimasak dan dihidangkan tidak mencukupi walaupun bilangan penerima RMT sama
sahaja setiap hari. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa penyedia makanan sengaja
ingin mengurangkan perbelanjaan dan mahu mendapatkan keuntungan semata-mata.

ii.

Ukuran kualiti makanan diukur dari segi faktor kesegaran penggunaan bahan mentah
dan cara memasak makanan menu yang perlu dihidangkan kepada pelajar. Pada
kebiasanya bekalan bahan mentah yang diperolehi ini selalunya tidak segar dan dapat
dirasai melalui masakan yang memerlukan bekalan ayam. Bekalan ayam yang
diperolehi seolah-olah sudah lama dan kadangkala berbau hanyir dan cara memasak
menu makanan pun tidak sepatutnya di mana ayam yang dihidangkan masih berdarah
atau mentah.

iii.

Dalam kes ini, pengurusan RMT pihak sekolah selalu mengambil tindakan dengan
memberikan amaran kepada penyedia makanan dan hanya akan dipatuhi oleh
penyedia makanan untuk seketika waktu dan kemudian kejadian permasalahan ini
akan berulang semula.

iv.

Setakat ini belum pernah lagi berlakunya kes keracunan makanan akibat daripada
tindakan penyedia makanan RMT tetapi pihak sekolah akan sentiasa memantau dan
memerhatikan setiap operasi yang dijalankan oleh penyedia makanan dari masa ke
semasa.

_________________________________________________________________________________ m/s: 13

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Alatan Penyediaan Makanan


i.

Proses penyediaan makanan yang diuruskan sendiri oleh penyedia makanan dari segi
penggunaan perkakasan dan peralatan untuk memasak dan menghidang seperti
pinggan, mangkuk, gelas dan sebagainya.

Tempat Hidangan Makanan RMT


i.

Penyediaan tempat hidangan makanan RMT adalah di bilik RMT yang disediakan
khas oleh pihak sekolah.

4.4

SAMPEL KAJIAN

Bagi memastikan keberkesanan program RMT dalam mempertingkatkan pencapaiam akademik


pelajar di sekolah, beberapa jenis sampel kajian diambil melalui data SMM sekolah 2010 yang
merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:
Taraf sosio ekonomi
Kawasan tempat tinggal
Taraf pendidikan ibu bapa
Bilangan adik-beradik

4.4.1 Taraf sosio ekonomi


Apabila dikaji daripada data-data SMM pelajar 2010, yang layak menerima bantuan ini, 100% di
kalangan golongan ini mempunyai status ibu bapa yang bekerja sebagai petani dan bekerja
sendiri. Jumlah pendapatan yang diterima adalah sekitar RM300.00 sebulan dengan purata
perkapita di bawah RM30.00 sebulan. Jadual 4.2 berikut adalah pecahan pekerjaan ibu bapa dan
jumlah pendapatan yang diperolehi oleh mereka setiap bulan.

_________________________________________________________________________________ m/s: 14

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Jadual 4.4: Pecahan pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan yang diperolehi

TAHUN

BILANGAN

PEKERJAAN

PENDAPATAN

Petani

Bekerja Sendiri

RM250

RM300

RM350

19

16

13

14

12

10

17

15

12

12

12

15

10

18

14

13

JUMLAH

95

4.4.2 Kawasan tempat tinggal

Memandangkan sekolah ini juga terletak jauh terpencil dari kawasan Bandar dan faktor
keluarga pelajar yang menerima bantuan ini bekerja sebagai petani dan bekerja sendiri maka
sudah tentulah majoriti kawasan tempat tinggal mereka berada jauh dari kawasan luar sekolah
dan menetap di kawasan perkampungan yang mundur. Kemudahan asas yang disediakan oleh
pihak kerajaan hanyalah elektrik dan air sahaja tetapi bekalan kemudahan air juga kadangkala
terjejas.

4.4.3 Taraf pendidikan ibu bapa

93% Taraf pendidikan ibu bapa pelajar yang terpilih ini hanya bersekolah sehingga tamat
sekolah rendah sahaja, 5% lagi tamat sekolah menengah dan 2% pula berhenti sekolah awal
sebelum tamat persekolahan.

_________________________________________________________________________________ m/s: 15

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

PERATUSAN TARAF PENDIDIKAN IBU


BAPA PELAJAR RMT
5%

2%
TAMAT SEKOLAH RENDAH
TAMAT SEKOLAH
MENENGAH

93%

BERHENTI SEKOLAH AWAL

Rajah 4.1: Carta peratusan taraf pendidikan ibu bapa pelajar RMT

4.4.4 Bilangan adik-beradik

Sebanyak 75% pelajar-pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang ramai dengan bilangan
adik-beradik melebihi 5 orang dan selebihnya 25% adalah dalam lingkungan 4 orang ke bawah.

PERATUSAN BILANGAN ADIK-BERADIK


DALAM KELUARGA PELAJAR RMT
25%
LEBIH 5 ORANG

75%

4 ORANG KE BAWAH

Rajah 4.2: Carta peratusan bilangan adik-beradik dalam keluarga pelajar RMT

_________________________________________________________________________________ m/s: 16

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

5.0

HASIL KAJIAN

Daripada hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa perkara 4.4.1, 4.4.2, 4.4.3 dan 4.4.4
mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang turut mempengaruhi prestasi pencapaian
akademik dan pemilihan bantuan pelajar RMT.

Jumlah pendapatan keluarga yang sedikit iaitu dengan kadar purata RM300.00 sebulan
telah menyebabkan golongan pelajar ini mendapat kesukaran untuk belajar kerana kurangnya
pembiayaan kewangan dalam pendidikan daripada ibu bapa dan faktor tanggungan bilangan ahli
keluarga yang ramai. Akibatnya mereka terpaksa tinggal di kawasan perkampungan terpencil
untuk meneruskan kehidupan sebagai petani dan bekerja sendiri seperti berburu atau bertukang.

Taraf kemiskinan rendah yang ditanggung oleh pihak keluarga telah memaksa ibu bapa
pelajar untuk berhenti sekolah awal dan tamat persekolahan setakat yang mampu serta tidak
berminat untuk meneruskan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

Apabila dikaji dari aspek sains, faktor tingginya punca bilangan adik-beradik yang ramai
dalam keluarga ini mungkin disebabkan kerana persekitaran tempat tinggal, pemakanan sayuran
yang menyebabkan kesuburan wanita oleh ibu bapa yang bekerja sebagai petani dan tiadanya
perancangan keluarga.

Justeru itu, tinjauan mendapati bahawa 100% ibu bapa berharap agar anak-anak mereka
mendapat bantuan pendidikan sepenuhnya dari segi pakaian, makanan RMT dan sebagainya
daripada pihak sekolah sebagai salah satu cara untuk mengurangkan beban tangunggan keluarga.

6.0

KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Berbalik kepada aspek pengurusan RMT sekolah dan kajian ke atas beberapa sampel yang
diambil menunjukkan tahap keberkesanan ketara dari segi keyakinan diri pelajar yang menerima
bantuan RMT tersebut.

_________________________________________________________________________________ m/s: 17

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

Para pelajar yang menerima bantuan RMT ini sentiasa berkeyakinan untuk meneruskan
alam persekolahan walaupun wujudnya permasalahan dalam pengurusan agihan makanan RMT
yang tidak adil dan seimbang. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor kehidupan pelajar
yang susah dan sikap sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Dari segi kesihatan, program RMT ini tidak banyak membantu. Makanan yang dipilih
untuk dihidangkan sebenarnya mengandungi banyak khasiat, zat dan nutrisi untuk tumbesaran
badan dan otak tetapi apabila hidangan ditukar sewenangnya oleh penyedia makanan, kesemua
zat tersebut berubah dan kurang berkhasiat. Ini menjadikan proses pembesaran pelajar yang
menerima bantuan RMT agak lambat walaupun dapat dilihat tahap peningkatan tumbesarannya.

Harapan kementerian untuk melihat kejayaan dan keberkesanan program RMT ini dalam
membantu pelajar meningkatkan tahap prestasi akademik nampaknya tidak kesampaian di
sekolah ini. Usaha keras daripada para guru menyediakan kelas tambahan, kelas pemulihan dan
latih tubi kepada pelajar ini kurang memberikan kesan positif. Hasil kajian juga mendapati
mungkin salah satu faktor tiadanya perubahan dalam prestasi akademik pelajar mungkin
disebabkan oleh cara penyediaan makanan yang dimasak dalam menu RMT. Contohnya,
hidangan mee atau nasi goreng yang dimasak terlalu berminyak atau berlemak dan air milo yang
dihidangkan pula agak tawar sehingga mengakibatkan pelajar menjadi lembab dari segi
pemikiran. Keadaan pelajar yang lembab ini sering terjadi di dalam kelas apabila mereka selesai
menerima bantuan RMT pada sebelah paginya dan seterusnya memberikan kesan malas untuk
mengikuti pelajaran seterusnya. Pencapaian akademik di kalangan golongan ini juga tidak
banyak berubah dan ini telah dibuktikan melalui keputusan peperiksaan akhir tahun 2010.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan RMT sekolah dan PIBG telah berbincang dan
mengambil langkah drastik dengan menamatkan tempoh kontrak RMT Zuriz Enterprise serta
tidak akan menyambung perkhidmatannya untuk tahun hadapan. Pihak pengurusan RMT sekolah
juga akan sentiasa berhati-hati dalam memilih tender pembekal makanan pada tahun hadapan
2011 demi memastikan nasib pelajar di kawasan luar Bandar dan golongan berpendapatan
rendah terbela serta mendapat bantuan makanan RMT yang sewajarnya sehingga mampu

_________________________________________________________________________________ m/s: 18

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

membawa mereka kepada pencapaian akademik, kesihatan dan keyakinan diri pelajar secara
berterusan tanpa sebarang masalah.

7.0

PENUTUP

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga hendaklah memainkan peranan penting dalam hal ini.
Ahli-ahli dan pemimpin seharusnya lebih kerap hadir dan melawat ke sekolah dan bukannya
semasa hari mesyuarat atau ketika temasya sukan semata-mata.

Selepas insiden-insiden ini, PIBG perlu lebih proaktif dalam menjalankan peranan
mereka dan pemantauan secara lebih kerap terhadap keadaan di sekolah perlu diadakan. Di pihak
berkuasa pula, siasatan segera perlu dijalankan bagi mengenalpasti dan menyelesaikan segera
masalah ini. Hendaknya kita tidak perlu menunggu hingga ada antara anak-anak kecil kita yang
menjadi korban akibat keracunan makanan, kemudian barulah tindakan yang lebih berkesan
diadakan.

Hasil siasatan juga hendaklah dimaklumkan kepada mereka yang terbabit, khususnya ibu
bapa pelajar-pelajar yang menjadi mangsa. Sebenarnya, siasatan dan hasilnya perlu dihebahkan
kepda umum kerana mereka juga berhak tahu apakah sebenarnya berlaku. Kerap kali jika berlaku
sesuatu kejadian yang tidak diingini, selepas siasatan dijalankan, tiada sebarang hebahan
dimaklumkan kepada masyarakat menyebabkan mereka tertanya-tanya apakah yang terjadi.

Fenomena ini jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan timbulnya spekulasi
negatif yang akhirnya memburukkan nama sekolah, guru-guru dan Kementerian Pelajaran.

_________________________________________________________________________________ m/s: 19

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

RUJUKAN

Data Sistem Maklumat Murid (SMM). 2010, Sekolah Rendah Kebangsaan Chinta Mata, Tenom.

Fatimah A., Romzi M.A., Fadlinda F. & Roshashima Y. 1993. Faktor-faktor yang mempengaruhi
status pemakanan kanak-kanak sekolah di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Proc. Nutr.
Soc. Mal. 8: 112-118.

Chen S.T. 1986. Effects of environment on the growth of children. Med. J. Mal. 41 (1): 72-76.

Ismail M.N. 1992. Malnutrition and food consumption patterns in Malaysia. Int. J. Food. Sci.
Nutr. 43: 69-78.

Ismail M.N., Wong T.S. & Zawiah H. 1988. Anthropometric and food intake studies among
Semai children. J. Mal. Soc. Health 6 (1): 19-25.

Cheng KM., Suriah A.R. & Aminah A. 1988. Status pemakanan dan antropometri kanak-kanak
sekolah rendah di kawasan Kuala Selangor. Sains Malaysiana 17(3): 283-292.

Chen S.T. 1979. Prevalence and effects of protein-calorie malnutrition in Malaysia. Paper
presented in Seminar on Health, Food and Nutrition. Penang.: 2-8.

Durnin J.V.G.A. & Rahaman M.M. 1967. The assessment of the amount of fat in the human
body from measurements of skinfold thickness. Br. J. Nutr. 21: 681-689.

Kandiah M. 1990. Effectiveness of the school supplementary feeding programme in improving


the nutritional status, scholastic performance and school attendance of selected rural
school children. Proc. Nutr. Soc. Mal. 5: 47-72.

_________________________________________________________________________________ m/s: 20

Nordin Bin Mohd. Taip


670510-12-6213-003
HBHE 2103

_____________________________________________________________________________________

LAMPIRAN

LAMPIRAN A
Borang Soal Selidik Kajian RMT Sekolah Rendah Kebangsaan Chinta Mata, Tenom.
Arahan: Sila tandakan pada ruangan yang dikehendaki.

Nama pelajar :_______________________________________________

TAHUN

BILANGAN

PEKERJAAN

PENDAPATAN

ADIK-BERADIK

IBU BAPA

KELUARGA

> Dr 5 Org

4 Orang Ke
Bawah

Petani

Bekerja
Sendiri

KAWASAN PERUMAHAN
Rumah

Rm250

Rm300

Rm350

Setinggan

Kos
Rendah

TARAF PENDIDIKAN IBU


BAPA
Tamat

Kampung

Tamat

Berhenti

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Rendah

Menengah

Awal

1
2
3
4
5
6

Terima kasih di atas kerjasama dan maklumat anda.


_________________________________________________________________________________ m/s: 21

Anda mungkin juga menyukai