Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT


SEMESTER : SEPTEMBER 2010

TUGASAN KURSUS

DISEDIAKAN OLEH :

ALOYSIUS B. UNANG
690616-12-5735
KOHOT 7

TARIKH DIHANTAR :

28 NOVEMBER 2010

DISEDIAKAN UNTUK:

EN. JAAFAR JAM


TUTOR HBHE 2103

PPU

: INSTITUT PERGURUAN KENINGAU

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Objektif Kajian

3.0

Pernyataan Masalah

4.0

Skop dan Kepentingan Kajian

5.0

Kaedah Kajian

6.0

Kajian RMT

7.0

Hasil Kajian RMT

12

8.0

Kesimpulan dan Perbincangan

15

Rujukan

19

Lampiran

20

_____________________
muka surat 1 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

1.0

PENGENALAN

Program RMT di sekolah merupakan satu usaha mempertingkatkan tahap pencapaian pendidikan
negara yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak lebih dari 30
tahun yang lampau. Keutamaan program RMT disasarkan kepada murid sekolah rendah yang
berasal daripada golongan keluarga miskin yang berpendapatan di bawah RM400.00 sebulan.
Bantuan ini turut dipanjangkan kepada murid yang dikesan mengalami malnutrisi dengan
pengesanan dan pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah. Di samping itu, peluang yang
sama turut diberikan kepada murid yang tinggal jauh dari sekolah untuk dipertimbangkan
menyertai program RMT jika keadaan kewangan mengizinkan (Kementerian Pelajaran, 2005).

Objektif utama perlaksanaan program RMT ini oleh kementerian adalah:


Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari
luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara
waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan
Dasar Pembangunan Negara.
Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang
berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan
kekurangan tenaga.
Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan
secara tidak langsung.
Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan yang
diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam
sekitar.
Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah
mengelolakan RMT.

Berdasarkan kepada kajian-kajian lalu, program ini telah memperlihatkan hubungan yang
positif di antara pemakanan dan perkembangan diri pelajar terutamanya terhadap fungsi otak.
Pengambilan protein, zat besi, iodin dan pengambilan sarapan pagi mempunyai kesan mendalam
_____________________
muka surat 2 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

terhadap pembelajaran pelajar dan tingkah lakunya. Pengambilan sarapan yang berterusan juga
dilihat akan dapat meningkatkan kesan terhadap daya pembelajaran pelajar di sekolah mahupun
di rumah.

Oleh yang demikian, dengan adanya peruntukan dan bantuan daripada pihak kerajaan
kepada golongan ini, adalah sebaik-baiknya pihak sekolah dan ibu bapa memainkan peranan
penting dalam memastikan program RMT ini dapat diurus serta dilaksanakan dengan baik oleh
penyedia makanan RMT di sekolah tanpa mengundang sebarang masalah yang boleh
menyebabkan pihak kerajaan memberhentikan sepenuhnya bantuan tersebut.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian RMT ini adalah bertujuan untuk:


Membuat kajian dan penelitian terhadap permasalahan-permasalahan yang wujud dalam
perlaksanaan pengurusan program RMT.

Melihat sejauh mana tahap keberkesanan program RMT ini terhadap pelajar RMT dari
segi pencapaian akademik, kesihatan dan keyakinan diri.

3.0

PERNYATAAN MASALAH

Jika diteliti, objektif utama RMT ialah untuk memberikan makanan tambahan yang
berzat dan seimbang kepada murid-murid bagi membantu mereka mengatasi masalah dari segi
pertumbuhan dan kekurangan tenaga. Selain itu, rancacngan ini juga bertujuan menyelenggara
pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung. Program ini juga
dapat mendidik para pelajar mengamalkan tabiat positif sperti bersopan santun, berdisiplin diri,
makanan dan alam persekitaran.

Namun, setelah lebih 20 tahun program ini berjalan, masih terdapat sesetengah sekolah
yang menjalnkan program penting ini secara sambil lewa. Pelbagai masalah atau isu sering
_____________________
muka surat 3 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

diutarakan melalui media massa dan sebagainya. Sikap mereka tak ubah seperti bagai
melepaskan batuk di tangga. Sesetengah para pengusaha penyedia makanan RMT yang
bertanggungjawab menyediakan makanan tidak mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan. Sebagai contoh, makanan yang disediakan bukan sahaja tidak
berkualtiti malah langsung tidak menyelerakan. Ada kalanya menu yang disediakan tidak
bertukar selama beberapa tahun dan keadaan bilik RMT dibiarkan kotor serta tidak terurus.

Keadaan seperti ini tidak harus dibiarkan. Pegawai-pegawai daripada Kementerian


Pendidikan perlulah sama-sama turun padang dalam menangani masalah ini. Hal ini penting agar
masalah-masalah ini tidak dibiarkan berterusan dan dalam masa yang sama objektif telah
ditetapkan akan tercapai dengan jayanya. Faktor penyeliaan dan pemeriksaan perlu
dipertingkatkan agar pihak-pihak yang terlibat akan lebih serius dan berhati-hati dalam
menunaikan tanggungjawab mereka.

4.0

SKOP DAN KEPENTINGAN KAJIAN

Skop kajian adalah membataskan kepada Sekolah Kebangsaan Gaulan, Keningau sahaja dengan
mensasarkan pembabitan pelajar bantuan program RMT seramai 91 orang daripada 155 orang
jumlah pelajar keseluruhannya yang bersekolah di sekolah ini.

Kepentingan kajian yang melibatkan semua pihak ini diharap dapat membantu menilai dan
menganalisis keperluan semasa pengurusan RMT sekolah ke tahap yang lebih baik.

5.0

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan untuk
tugasan ini adalah melalui:
Pemerhatian dan tinjauan.
Soal selidik
Pembacaan kajian data (Sila rujuk pada Lampiran A)
_____________________
muka surat 4 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

6.0

KAJIAN RMT

6.1

Pentadbiran Dan Organisasi

Program RMT Sekolah Kebangsaan Gaulan, Keningau ditadbir oleh sebuah ahli jawatankuasa
khas yang diketuai oleh Pengerusi Sekolah iaitu Guru Besar dan dibantu oleh Naib Pengerusi
(PK HEM). Bahagian penyelerasan akan menguruskan operasi RMT bersama-sama dengan
pegaawai kesihatan (jika perlu) dan akan dibantu pemantauannya oleh AJK-AJK pemantau
terhadap pembekal makanan yang dipilih. AJK kewangan akan menguruskan hal-hal berkaitan
dengan tuntutan perbelanjaan RMT.

PENGERUSI
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI
PK HEM

BAHAGIAN PENYELARASAN
5 ORG GURU YANG DILANTIK

AJK KEWANGAN
1 ORG KERANI & 1 ORG GURU

PEGAWAI
KESIHATAN

PIBG

PEMBEKAL
MAKANAN

AJK-AJK PEMANTAU
GURU-GURU

Rajah 6.1: Carta organisasi pengurusan RMT


_____________________
muka surat 5 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

Matlamat utama progam RMT ini untuk pihak sekolah adalah untuk memupuk amalan meminum
susu serta memperbaiki lagi taraf pemakanan dan kesihatan pelajar sekolah terutamanya dari
golongan miskin di samping mempertingkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan
pelajar sekolah. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki prestasi fizikal dan mental pelajat
sekolah.

Strategi untuk program ini adalah:


Membentuk jawatankuasa RMT.
Mencadangkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah senarai nama murid yang miskin
supaya dapat dipertimbangkan untuk menyertai Projek RMT berdasarkan kepada data
SMM sekolah.
Menentukkan tender/penyedia makanan menguruskan makanan RMT.
Memastikan tender/penyedia makanan memberikan makanan berzat seperti yang
ditetapkan dalam menu harian.
Mengambil tinggi dan berat badan murid-murid yang menyertai Projek RMT pada awal
dan akhir tahun.
Menghantarkan laporan projek kepada pihak berkenaan.

Tugas, aktiviti dan pengurusan RMT:


Pemilihan murid yang layak menerima RMT.
Pemilihan pembekal makanan.
Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.
Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.
Mengambil berat dan tinggi badan murid-murid yang menyertai Projek RMT dan PSS
pada awal dan akhir tahun untuk memastikan projek ini berkesan.
Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.

_____________________
muka surat 6 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

6.2

Sumber Kewangan Diperoleh Untuk Program RMT

Cara penyaluran sumber kewangan bantuan RMT yang diberi kepada pelajar di sekolah ialah
apabila pihak Kementerian Pelajaran akan menghantar surat untuk kepada Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk memaklumkan peruntukan yang akan
disalurkan ke akaun sekolah atau PPD. Sekolah dan PPD harus menyemak sama ada peruntukan
telah dimasukkan berdasarkan surat makluman dari KPM.

Sekiranya peruntukan telah diterima, pihak sekolah akan membuat satu surat nota meminta
kepada dibawah tajuk Permohonan Mendapatkan Bekalan Peralatan Bagi Tahun ____ untuk
mendapatkan kelulusan tuntutan kepada PPD.

Peruntukan yang diagihkan hanya boleh digunakan untuk bayaran kepada pengusaha/ pembekal
makanan RMT sahaja dan biasanya, bagi modal awalan untuk program RMT, pihak pembekal
makanan RMT akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan dan menuntutnya mengikut jumlah
tuntutan yang sepatutnya dengan pihak sekolah pada setiap bulan.

6.3

Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Peserta RMT

Kaedah pemilihan peserta RMT ini dibuat melalui data SMM sekolah yang diberikan kepada
semua pelajar yang bersekolah di sekolah ini. Seramai 91orang pelajar yang terpilih menyertai
program RMT.

Kriteria kelayakan untuk pemilihan peserta RMT ini adalah seperti berikut:
Pelajar mempunyai status warganegara Malaysia.
Pemilihan murid berdasarkan kepada pendapatan keluarga kurang daripada RM400.00
sebulan.
Penempatan tempat tinggal pelajar berada jauh dari sekolah.

_____________________
muka surat 7 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

6.4

Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Tender Untuk RMT

Menurut Surat Pekeliling Kewangan Bil 7, kaedah pemilihan tender RMT ini dibuat berdasarkan
kepada prosedur berikut:
Isihan data pada borang tender RMT yang diambil dari sekolah
Penghantaran borang tender oleh tender RMT
Proses pemilihan tender melalui mesyuarat berdasarkan kepada borang-borang tender
yang diterima.
Makluman tawaran tender RMT kepada tender yang berjaya dan perjanjian-perjanjian
yang dipersetujui.

Dari segi kriteria pemilihan, syarat-syarat berikut mesti dipatuhi dan mempunyai dokumen yang
telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan sekolah iaitu:
Salinan kad pengenalan pengusaha makanan
Salinan Latihan/Kursus Pengendalian Makanan
Salinan Lesen Berniaga di bawah Peraturan 3
Sijil Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PKM) 2009 Akta 1983
Setiap pengusaha dan pekerja-pekerja tender hendaklah mendapat suntikan dan Sijil
Kesihatan dari Jabatan Kesihatan.

6.5

Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Penyediaan Makanan

Kaedah pembayaran yang dibayar oleh pihak sekolah adalah mengikut perjanjian yang
dipersetujui oleh kedua pihak dimana tempoh perkhidmatan perlaksanaan adalah selama 190
hari.

Pihak pengusaha/penyedia makanan RMT akan menghantar surat tuntutan RMT setiap bulan
dengan kadar bayaran RM2.05 sehari bagi setiap pelajar. Setiap bulan pihak pengusaha akan
menuntut mengikut hari persekolahan. Surat tersebut akan dilampirkan kepada pihak pentadbir
untuk disemak dan disahkan oleh pihak sekolah.
_____________________
muka surat 8 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

Setelah pengesahan telah dilakukan, bahagian kewangan sekolah akan mengeluarkan bayaran
mengikut tuntutan yang dibuat oleh pengusaha kantin melaui borang baucar bayaran.
Pembayaran wang melalui cek yang dikeluarkan wang dari akaun khas program bantuan RMT
sekolah. Setelah pihak pengusaha menerima bayaran dari sekolah, resit pembayaran dikeluarkan
bagi mengesahkan pihaknya telah menerima bayaran tersebut.

6.6

Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Peserta

Kaedah pengagihan makanan kepada peserta adalah berdasarkan kepada tatacara berikut:
Dalam proses pengagihan makanan kepada peserta, pihak Jawatankuasa RMT membuat
jadual bertugas pengagihan makanan kepada peserta RMT.

Masa agihan hanya diadakan pada pukul 10.00 pagi sahaja (sekolah mempunyai satu sesi
persekolahan) selaras dengan waktu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Negeri Sabah.

Semua pelajar program RMT akan beratur dan setiap kumpulan diagihkan mengikut
tahun bermula dari tahun 1 hingga 6 untuk menerima agihan makanan.

Guru yang bertugas pada hari atau minggu tersebut akan memastikan jumlah makanan
cukup untuk peserta RMT. Sekiranya tidak mencukupi, guru boleh meminta pihak pihak
penyedia makanan menggantikan makanan lain yang sama nilai seperti yang termaktub
dalam surat pekeliling. Guru akan menunggu lebih awal dan bersedia di meja yang
dikhaskan. Laporan harian akan dibuat ke dalam buku yang telah dikhaskan.

Bagi peserta RMT yang tidak hadir, guru kelas telah menetapkan murid lain untuk
menggantikan peserta tersebut.

_____________________
muka surat 9 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

6.7

Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat Dalam RMT

Pemilihan pekerja-pekerja RMT ini diuruskan sendiri oleh pihak pembekal makanan dan seramai
3 orang pekerja yang terlibat serta berwarganegara Malaysia.

6.8

Pemilihan Bahan-Bahan Mentah

Dalam pemilihan bahan-bahan mentah ini, ianya dikendalikan sendiri oleh pembekal makanan
dengan syarat:
Bekalan bahan mentah seperti sayur dan ayam yang diperolehi mestilah segar dan
peralatan yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah serta memasak hendaklah
disimpan di tempat yang terjamin kebersihan dan keselamatannya.

Bekalan bahan mentah yang bakal digunakan tidak luput tarikh penggunaannya.

Jumlah kuantiti bahan-bahan yang digunakan hendaklah mengikut sukatan seperti yang
ditetapkan dalam buku Panduan Menu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

6.9

Menu Makanan Yang Disediakan

Menu makanan RMT yang dipilih adalah seperti yang ditetapkan dalam buku Panduan Menu
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan dibincangkan semula di peringkat sekolah
mengikut kesesuaian pelajar setempat tetapi kandungan menu ini masih mempunyai nilai
keseimbangan makanan untuk tumbesaran badan juga otak seorang pelajar.

Walaubagaimanapun, kadangkala sering berlaku pertukaran menu oleh penyedia makanan dan
tidak bersesuaian dengan pola pemakanan seorang pelajar. Apabila pihak sekolah membuat
teguran, pihak penyedia makanan memberikan alasan kesukaran untuk mendapatkan bekalan
bahan mentah. Sememangnya sekolah ini terletak jauh di kawasan terpencil di pedalaman
Keningau tetapi sekiranya permasalahan ini sering berlaku, pihak sekolah mendapati bahawa
_____________________
muka surat 10 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

pihak penyedia makanan sengaja memberikan alasan sedemikian kerana ingin mengaut
keuntungan yang lebih daripada program bantuan RMT tersebut. Hal ini akan diperpanjangkan
pada perkara 8.0, Hasil Kajian RMT. Berikut adalah menu RMT sekolah yang telah dicadang
dan digunapakai pada sesi persekolahan tahun 2010.

Jadual 6.1: Menu Makanan RMT Minggu Pertama Sekolah Kebangsaan Gaulan Keningau

HARI

MENU
Makanan

Minuman

Buah-Buahan

ISNIN

Mee Goreng Basah

Susu Kacang Soya

Tembikai

SELASA

Nasi Paprik

Milo

Betik

RABU

Bihun Goreng Cina

Milo

Pisang

KHAMIS

Nasi Lemak

Susu Kacang Soya

Belimbing

JUMAAT

Roti Sandwich Sardin

Nestum

Tembikai

Jadual 6.2: Menu Makanan RMT Minggu Kedua Sekolah Kebangsaan Gaulan Keningau

HARI

MENU
Makanan

Minuman

Buah-Buahan

ISNIN

Nasi Lemak

Susu Kacang Soya

Pisang

SELASA

Mee Goreng Singapura

Milo

Betik

RABU

Nasi Goreng Cina

Susu Kacang Soya

Tembikai

KHAMIS

Bubur ayam

Milo

Pisang

JUMAAT

Roti Sandwich Telur

Nestum

Tembikai

_____________________
muka surat 11 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

6.10

Cara Penyediaan Makanan Disediakan

Cara penyediaan makanan untuk dihidangkan kepada para pelajar RMT adalah seperti berikut:
Penyediaan tempat memasak, tempat persediaan, bekas makanan dan minuman untuk
pelajar disediakan oleh penyedia makanan RMT dan mesti sentiasa berada dalam
keadaan bersih.

Makanan hendaklah disediakan pada waktu yang sesuai agar ia dapat dihidangkan tepat
pada waktunya iaitu pada pukul 10.00 pagi. Maknanya makanan yang dihidangkan tidak
dimasak terlalu awal sehingga boleh menyebabkan makanan menjadi basi.

Tempat penyediaan makanan diadakan di kantin sekolah.

Jumlah kuantiti makanan yang dihidangkan hendaklah seimbang dan sama rata.

Penyedia makanan RMT akan mengagihkan makanan dengan dibantu oleh guru-guru
yang bertugas.

7.0

HASIL KAJIAN RMT

Hasil kajian RMT ini dipecahkan kepada dua bahagian utama iaitu:
Sampel Kajian RMT
Hasil Analisis Berdasarkan Sampel Kajian RMT

_____________________
muka surat 12 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

7.1

Sampel Kajian RMT

Bilangan pelajar RMT

: 91 orang

Bilangan pelajar RMT mengikut tahun:

Jadual 7.1: Bilangan pelajar RMT mengikut tahun


TAHUN

BILANGAN

14

21

14

17

13

12

JUMLAH

91 orang

BILANGAN PELAJAR RMT MENGIKUT TAHUN


25
21

20

17
15

14

14

13

12

10

BILANGAN PELAJAR RMT


MENGIKUT TAHUN

0
TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

Rajah 7.1: Carta graf garis jumlah bilangan pelajar yang menerima bantuan RMT mengikut
tahun
_____________________
muka surat 13 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

Pemilihan sampel kiteria pelajar:


Jadual 7.2: Pecahan pemilihan sampel mengikut kriteria
PURATA

TAHUN

PENDAPATAN

JENIS

KELUARGA

PENEMPATAN

RM0-

RM250-

Setinggan

Kos

RM250

RM400

12

19

14

Kampung

TARAF

BIL.

PENDIDIKAN

ADIK-

IBUBAPA

BERADIK
LEBIH 5

Sek.

Sek.

Rendah

Menengah

12

10

21

15

16

14

16

17

13

13

10

12

JUMLAH

84

87

60

31

52

Murah

ORANG

25
20
PENDAPATAN KELUARGA:
RM250-RM400

15

PENEMPATAN: KAMPUNG

10

TARAF PENDIDIKAN IBU


BAPA:SEKOLAH RENDAH
BILANGAN ADIK-BERADIK
LEBIH 5 ORG

5
0
TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

Rajah 7.2: Carta palang pecahan pecahan pemilihan sampel tertinggi mengikut kriteria.
_____________________
muka surat 14 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

7.2

Hasil Analisis Berdasarkan Sampel Kajian RMT

Berdasarkan kepada kajian sampel yang diambil, purata pelajar RMT yang dipilih menunjukkan
bilangan tertinggi penerima bantuan program RMT ini adalah terdiri daripada pelajar tahun dua
dengan bilangan 21 orang pelajar.

Hasil analisis kajian juga mendapati kebanyakkan pelajar mempunyai jumlah pendapatan
keluarga yang sangat rendah sekitar RM250.00 sehingga RM400.00 dalam sebulan dan keadaan
ini membuktikan bahawa kehidupan sebenar pelajar berada dalam keadaan daif. Kesan kedaifan
tersebut telah menyebabkan mereka lebih memilih untuk tinggal di kawasan kampung yang lebih
terpencil. Ini telah ditunjukkan dalam rajah 7.2 sebelum ini. Selain itu, atas faktor ini juga tidak
ramai pelajar yang berkemampuan untuk mengambil sarapan di rumah atau semasa rehat di
sekolah serta atau makan tengah hari sebelum menuju ke sekolah. Kesannya, tahap kesihatan dan
pencapaian pelajar dari golongan ini semakin terjejas dan dapat dillihat hasil keputusan pada
setiap kali ujian peperiksaan penggal diadakan.

Faktor latar belakang keluarga terdahulu yang hidup tanpa pekerjaan tetap memaksa para ibu
bapa pelajar yang menerima bantuan program RMT ini untuk memilih menamatkan pendidikan
setakat di sekolah rendah sahaja. Akibat kurangnya pendidikan dalam keluarga, ramai di
kalangan golongan ini mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai. Pada pendapat ibu bapa
mereka, bilangan ahli yang dalam ramai keluarga akan dapat membantu mengerjakan kerja-kerja
kebun dan pertanian yang dijalankan untuk menyara kehidupan seharian.

Sungguhpun begitu, kehidupan mereka dilihat agak meriah kerana adanya jumlah keluarga yang
ramai.

8.0

KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Sebagaimana yang diketahui bahawa program RMT di sekolah bukan bermaksud menggantikan
makanan yang disediakan oleh ibu bapa atau penjaga murid tetapi sebagai makanan tambahan
_____________________
muka surat 15 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

yang membekalkan 25% hingga 33% jumlah keperluan harian dari segi taraf pemakanan murid
sekolah rendah. Program ini sebenarnya bertujuan untuk membantu murid dari golongan tersebut
agar mereka turut mendapat bekalan tenaga yang diperlukan untuk meneruskan persekolahan
dengan penuh ceria dan bermakna. Pemberian makanan tambahan merupakan faktor utama yang
boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengambilan makanan seimbang kekal
dalam ingatan murid.

Persoalannya, adakah pengurusan RMT yang sedia ada di sekolah dapat membantu
meningkatkan tahap akademik, kesihatan atau pun diri pelajar itu sendiri sedangkan banyak
permasalahan yang wujud akibat ketidakcekapan pengendalian RMT oleh pihak sekolah dan
penyedia makanan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Kesimpulan kajian mendapati pengurusan pentadbiran RMT sekolah tidak begitu kukuh dan
perlunya pengorganisasian semula yang lebih efektif. Kecuaian dalam memainkan peranan dan
tanggungjawab guru-guru dalam memantau perkembangan agihan makanan telah memberikan
kesan buruk kepada pihak penyedia makanan.

Sikap kurang tegas pihak sekolah dalam memberikan amaran dan mengambil tindakan
sewajarnya ke atas kesalahan-kesalahan pematuhan proses penyediaan makanan oleh penyedia
makanan juga menyebabkan mereka bersikap sambil lewa dan tidak takut pada setiap teguran
yang diberikan memandangkan lagi belum pernah berlakunya kes keracunan makanan ke atas
pelajar akibat sikap serta tindakan mereka.

Kesannya, para pelajar yang sememangnya kurang mendapat khasiat seimbang makanan masih
tetap juga kurang mendapatkan nutrisi untuk proses tumbesaran badan mereka. Diet yang tidak
mencukupi, bakal menyebabkan kesan negatif terhadap pembelajaran dan tingkah laku dalam
banyak cara. Justeru para guru dan ibu bapa patut mengambil tahu bagaimana kanak-kanak
mampu terencat akibat kesan diet dan berusaha untuk mendidik mereka akan kepentingan
pemakanan yang baik (Dani et al., 2005).

_____________________
muka surat 16 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

Walaubagaimanapun, hasil perbandingan perkembangan keberkesanan program ini hanya


memberikan impak positif dari segi keyakinan diri kerana mereka tetap ingin pergi ke sekolah.
Tinjauan mendapati salah satu faktor mereka minat ke sekolah adalah kerana adanya bantuan
makanan di sekolah dan makanan yang disediakan tidak sama seperti yang dihidangkan di
rumah. Bagi mereka, walaupun makanan yang dihidangkan tersebut tidak seberapa enaknya
tetapi mereka tetap bersyukur dengan pemberian makanan yang percuma. Pada kebiasaannya,
apabila sebelum waktu agihan makanan RMT, kebanyakkan para pelajar daripada golongan ini
berada dalam situasi yang agak lemah serta kurang aktif. Hal ini mungkin disebabkan mereka
tidak sempat bersarapan di rumah dan berkeadaan lapar tetapi apabila bantuan makanan RMT
selesai dijamah, mereka lebih bertenaga dan yakin. Aspek keyakinan diri ini dilihat positif
dengan adanya bantuan makanan RMT.

Dalam aspek kesihatan, ianya agak kurang memberangsangkan. Hasilnya dapat dilihat daripada
sukatan timbang berat pelajar di awal dan akhir tahun. Salah satu penyebabnya adalah menu
hidangan makanan yang sering ditukar-tukar oleh penyedia makanan, tidak menepati peraturan
am menu makanan RMT, keadaan tempat penyediaan yang kurang bersih juga selesa serta
kandungan nutrisi yang terkandung dalam makanan yang dihidangkan.

Apabila aspek keyakinan diri dan kesihatan kurang bergantung antara satu sama lain, aspek
pencapaian akademik pelajar turut menjadi lemah. Para pelajar yang menerima bantuan ini masih
mempunyai daya pemikiran akademik yang lembab serta sukar untuk menerima sesuatu
pembelajaran yang baru. Selain daripada kelemahan bantuan program RMT, tidak dinafikan juga
ia mungkin berpunca daripada faktor latar belakang pendidikan keluarga yang puratanya hanya
menamatkan alam persekolahan di sekolah rendah sahaja.

Untuk keterangan yang lebih jelas, rajah 8.1berikut menunjukkan perkaitan keberkesanan
program RMT ini dalam ketiga-tiga aspek yang dibincangkan tadi.

_____________________
muka surat 17 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

Peningkatan perkaitan
semakin lemah

AKADEMIK

KESIHATAN

KEYAKINAN DIRI

Rajah 8.1: Piramid hubungan peningkatan perkaitan di antara keyakinan diri, kesihatan dan
akademik pelajar yang menerima bantuan RMT

Oleh yang demikian, untuk memperbetul dan memantapkan lagi sistem pengurusan RMT di
Sekolah Kebangsaan Gaulan Keningau, adalah dicadangkan agar pengorganisasian dilakukan
semula seperti yang telah dinyatakan sebelum ini dan guru yang dipilih sebagai ahli
jawatankuasa RMT perlu mempunyai ilmu dan persediaan yang lengkap, mencukupi dan sesuai
dalam mengurus program RMT dengan berkesan di sekolah. Adalah disarankan agar penyedia
makanan RMT yang ingkar akan peraturan RMT dan sering menimbulkan masalah
diberhentikan perkhidmatannya serta merta. Selain itu, pihak sekolah juga berhak memotong
bayaran tuntutan yang dituntut kerana tidak memenuhi syarat menyediakan hidangan menu
kepada para pelajar.

Lantaran itu, bagi memastikan agar program RMT ini terus berjalan dengan lebih lancar pada
tahun berikutnya, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan. pembabitan daripada para
ibu bapa yang terlibat juga perlu dimaklumkan agar mereka sama-sama dapat memainkan
peranan dalam menjayakan dalam program ini demi mencapai kecemerlangan kesihatan dan
akademik anak-anak mereka di masa hadapan.

_____________________
muka surat 18 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

RUJUKAN

Data Sistem Maklumat Murid (SMM) 2010, Sekolah Kebangsaan Gaulan, Keningau, Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Rancangan Makanan Tambahan di sekolah. Unit


Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (1984). Usaha Kementerian Pendidikan Bagi Meningkatkan


Taraf Pemakanan Murid-Murid Sekolah. Prosiding Bengkel Amalan Makanan MuridMurid Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Perez-Escamilla D. & Pollitt E. 1995. Growth improvements in children above 3 years of age:
The Cali study. J. Nutr. 125 (4): 885-893.

Tee E.S. Ismail M.N., Nsir A. & Khatijah I, 1997. Nutrient composition of Malaysian foods.
ASEAN Habits Project. National Subcommittee on Protein. Food Habits Research and
Development in Malaysia.

Teoh, S.T. 1975. Recommended Daily Dietary Intakes For Peninsular Malaysia. Med. J. Mal.
30(1): 38-42.

Lohman T.G., Roche A.F. & Martorell R. 1988. Anthropometric Standardization Reference
Manual. Urbana Champaign, Illinois: Human Kinetic Books.

http://skbp.zoom-a.com/laporan: Isu-isu RMT

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1360:rancan
gan-malaysia-ketiga&catid=284:rancangan-malaysia : RMT

_____________________
muka surat 19 dari 20

ALOYSIUS B. UNANG (690616-12-5735)


HBHE 2103
IPG KENINGAU

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Borang Kajian Data Penerima Bantuan Program RMT Mengikut Kategori


(Berdasarkan Data SMM Sekolah Kebanngsaan Gaulan, Keningau)

Data kumpulan yang diambil bagi tahun: 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 /

PURATA

TAHUN

PENDAPATAN

JENIS

KELUARGA

PENEMPATAN

RM0-

RM250-

RM250

RM400

Setinggan

Kos

Kampung

Murah

1
2
3
4
5
6
JUMLAH

_____________________
muka surat 20 dari 20

TARAF

BIL.

PENDIDIKAN

ADIK-

IBUBAPA

BERADIK

Sek.

Sek.

Rendah

Menengah

LEBIH 5
ORANG

Anda mungkin juga menyukai