Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN

_____________________________________________________________________
HBAE 3103
KRAFTANGAN
SEMESTER SEPTEMBER 2014
_______________________________________________________________________

NAMA

AMBIKIN BIN SALIWONG

NO. MATRIKULASI

680521-12-6007-001

NO. KAD PENGENALAN :

680521-12-6007

NO. TELEFON

019-8106520

E-MEL

kend@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

KENINGAU LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

NO.

PERKARA

1.0

PENGENALAN

2.0

KRAF-KRAF MELAYU, ANALISIS, MOTIF RAGAM HIAS

HALAMAN

DAN PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT MELAYU

3.0

KESIMPULAN

15

RUJUKAN

16

1.0

PENGENALAN

1.1

Maksud Kraf

Kraf merupakan perusahaan iaitu kerja, seni dan sebagainya yang memerlukan kemahiran
terutamanya kemahiran menggunakan tangan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Kraf
tangan pula merupakan perusahaan iaitu kerja, seni dan sebagainya yang memerlukan daya cipta
dan kemahiran menggunakan tangan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002).
Menurut Peter Dormer dalam bukunya The Culture of Craft, makna kraf dikaitkan dengan
aktiviti berkemahiran yang berkaitan dengan proses membuat dekorasi atau membuat
sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf, merujuk kepada penciptaan
sesuatu objek yang asli melalui kepakaran seorang melakukan perubahan terhadap bahan.
Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie-Smith dalam bukunya The
Story of Craft yang menyatakan semua proses pembuatan

menggunakan tangan sama ada

untuk tujuan ritual atau hiasan semata-mata adalah objek kraf.


Ini bermakna, kraf adalah hasil kerja yang menggunakan kemahiran tangan yang memerlukan
daya cipta yang tinggi. Biasanya kraf dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mudah
dan dijalankan secara persendirian. Antara hasil kerja tangan yang dimaksudkan seperti anyaman,
batik, gasing, songket, tenunan, tekatan, tembikar, ukiran, wau dan barang perhiasan. Kraf
yang dihasilkan ini mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaan yang taraf dengan
seni budaya tamadun luar. Kraf sangat sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman
berzaman dan merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang dari satu
generasi ke satu generasi hingga kini.
Jika dilihat melalui bentuk, sifat, gaya, gerak, garis, dan warnanya, karf tradisional kaya
dengan unsur-unsur budaya masyarakat Melayu kerana ia dihasilkan mengikut alam Melayu.
Sumber yang digunakan untuk menghasilkan kraf juga tidak terhad dan kebanyakannya
terdapat di persekitaran mereka, cuma memerlukan ketekunan dan kreativiti si penciptanya.
Pada asalnya barang-barang kraf ini dihasilkan untuk kegunaan harian sahaja, tetapi tukang
pandai Melayu terus berusaha mencipta bahan yang menarik untuk pelbagai tujuan seperti
kelengkapan

domestik,

tempat

kediaman,

permainan, alat

muzik, kenderaan dan alat


3

perburuan.
Kraf yang dihasilkan bukan sahaja untuk memenuhi nilai-nilai estetika malahan ianya untuk
dihayati dan dinikmati. Kraf merupakan satu jelmaan dari unsur-unsur semulajadi kepada satu
bentuk seni rupa yang boleh dinikmati bersama. Seni kraf Melayu biasanya melambangkan
hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah lama
menghuni alam Melayu, akhirnya mereka mula mengenali Islam lalu mengubah kepercayaan
mereka. Hasil dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang memenuhi keperluan kehidupan dunia
yang berkaitan dengan akhirat.

1.2

Kaitan Seni Kraf Dalam Konsep Islam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu telah dapat menambah dan menghasilkan beraneka ragam kraf dan pada
waktu itu ciptaan seni kraf Melayu telah jelas menunjukkan pengaruh keIslaman terutama dari
segi motif dan ragam hias. Dalam kraf tradisional Melayu pada masa ini unsur-unsur figura
seperti manusia dan binatang sudah tidak digunakan lagi. Beberapa perubahan telah dibuat oleh
tukang Melayu dengan menggunakan motif fauna sebagai subjek hiasan di samping
mengstailisasikan bentuk asal fauna sehingga tidak jelas kelihatan lagi. Penggunaan arabes,
motif yang berulang dan unsur geometri

digunakan secara meluas dalam ragam hias. Di

samping menggunakan ayat-ayat Quran, kraf Melayu juga banyak mengaplikasikan motif daun,
bunga serta geometri.
Seni Islam mementingkan niat atau tujuan dan nilai akhlak. Pencapaian yang dibuat oleh seni
Islam itu juga merupakan sumbangan daripada kewujudan tamadun Islam di mana tujuan seni
Islam ini adalah kerana Allah swt. Namun begitu berdasarkan Firman Allah swt yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Bermakna Allah swt
melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia
sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan.
Perkembangan seni Islam mempunyai dasar yang menyeluruh dan meliputi aspek-aspek iman,
akhlak dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang

bersifat positif , menggerakkan semangat, memimpin batin,

membangunkan akhlak serta

mewujudkan ketaqwaan kepada Allah.

2.0

KRAF-KRAF MELAYU, ANALISIS, MOTIF RAGAM HIAS DAN PERKAITAN

MASYARAKAT MELAYU
Seni mempunyai kaitan dengan falsafah masyarakat Melayu. Setiap hasil ciptaan akan
diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta nilai estetika menggunung. Seni dan
masyarakat mempunyai jalinan kasih dari simbol dan makna yang diterjemah oleh seniman.
Menurut Muliyadi Mahamood:
... seni mempunyai hubungan dengan masyarakat dan biasanya ia memiliki tujuan serta
arah tertentu. Dalam memahami seni kita perlu terlebih dahulu memahami kedudukan
seni dalam masyarakat serta perkembangan masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri luaran dan
dalaman seni saling berhubungan serta sama-sama penting dalam mengenengahkan
perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar untuk dipisahkan.......

2.1

Seni Bina

Reka bentuk seni bina Melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat
penginapan orang Melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah Melayu namun struktur
binaanya tidak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah Melayu juga meperlihatkan
wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam Melayu atau dari luar alam
melayu. Contohnya rumah-rumah orang Melayu di Negeri Sembilan adalah bercorak seni bina
rumah Minangkabau.
Seni bina Melayu di Malaysia lebih awal mengalami proses Islamisasi berbanding dengan seni
bina di Indonesia. Elemen-elemen pepatungan dan motif-motif haiwan mitos dalam reka
bentuknya hampir tidak digunakan. Ini menguatkan hujah Syed Naquib Al-Attas(1972) bahawa
Hinduisme yang masuk ke alam Melayu cuma dalam kalangan golongan atasan di peringkat
kesenian sahaja tetapi bukan di peringkat falsafah.
5

Seni bina masjid

2.2

Seni bina rumah Melayu tradisional

Ukiran Kayu

Ukiran kayu merupakan seni penyobekan bongkah kayu atau permukaan papan yang dicorak
menggunakan motif tertentu. Sebelum proses penyobekan kayu dipilih untuk dijadikan
komponen bangunan atau kraf. Papan atau bongkah kayu di takek dengan kapak atau ceter lalu
dipahat atau ditoreh menggunakan pahat dan pisau wali mengikut

ilham dan daya cipta

pengukir. Kemahiran menyobek dan mereka bentuk bunga ukir dipelajari dengan pengukir yang
mahir atau bakat semulajadi. Aktiviti mengukir dijadikan sebagai pekerjaan asas atau sambilan.
Komponen bangunan dan kraf ukiran kayu Melayu boleh diklasifikasi kepada empat jenis
termasuk senjata, komponen bangunan dan perahu, peralatan harian, dan peralatan muzik (Ismail
Said, 2000). Ukiran biasanya bermotifkan flora, fauna, khat, geometrik dan elemen kosmos.
Ukiran Melayu dibentuk dalam tiga jenis rupa sobekan iaitu tebuk timbul, tebuk tembus dan
gabungan tebuk timbul dan tembus. Kehalusan ukiran atau saiz bunga ukir dipengaruhi oleh
jenis komponen bangunan atau kraf. Ukiran berbunga kasar diterap pada komponen rumah
seperti daun pintu, sisir angin, buah buton dan dinding. Bunga ukiran yang halus dan rumit
disobek pada kraf kecil terutama hulu senjata, acuan putu, cepu, kotak rokok dan perabot rumah.
Motif yang serupa digunapakai pada sobekan kasar dan halus. Sobekan bermotif flora
mendominasi bunga ukiran pada komponen bangunan dan kraf di negeri Kelantan, Terengganu
dan Negeri Sembilan. Kewujudan komponen ukiran jelas mengindahkan rupabentuk dan

menambahnilai sesuatu bangunan. Ia bukan hanya sebagai elemen hiasan malah menjadi elemen
keperluan untuk menandakan senibina Melayu.

Contoh-contoh ukiran kayu


Seni ukiran kayu juga banyak terdapat pada bangunan-bangunan seperti di istana, muzium,
rumah-rumah tradisional dan juga pada mimbar masjid. Beberapa perkara dapat dilihat
khususnya dari aspek mimbar, arah kiblat, anjung dan serambi, tiang, mihrab, hiasan tepi kubah
dan sebagainya. Ini merupakan karektiristik seni bina masjid yang
menggambarkan keunikan seni ukiran yang tersendiri berbanding
dengan seni bina yang lain. Selain itu, seni bina ukiran kayu pada
masjid

banyak

sempurna

dan

mengetengahkan
mencerminkan

bentuk-bentuk

kelembutan

dan

silat

yang

kehalusan.

Kebanyakan ukiran kayu ini bermotifkan awan larat dan tumbuhtumbuhan. Antara elemen yang dapat dikenal pasti dalam
kebanyakan ukiran adalah:
i.

Rangka ukiran yang mencerminkan kawasan sempadan umpama undang-undang


atau garis panduan dalam kehidupan manusia.

ii.

Batang utama atau corak bagi mencerminkan prinsip bebas untuk bergerak tetapi
terbatas kepada garis sempadan yang ditetapkan oleh agama dan budaya.

iii.

Gubahan menggunakan motif bunga bagi mencerminkan sifat manusia seperti


pergaulan, disiplin diri, adab sopan, perwatakan yang menarik dan lain-lain.

iv.

Silat mencerminkan kemantapan diri seseorang pengukir dalam mengolahkan motif


ukiran.
7

Selain itu senibina ukiran kayu di masjid juga mengetengahkan motif arabes iaitu motif
pengulangan corak-corak bentuk geometri dan pola kombinasi yang pelbagai. Bentuk-bentuk ini
juga sering mengunakan tema flora. Arabes sering ditemui menghiasi dinding dan ukiran-ukiran
bahagian tertentu masjid. Pilihan bentuk-bentuk geometri diformat berdasarkan pada pandangan
Islam terhadap dunia. Kesalahan dalam pengulangan mungkin sengaja diperkenalkan sebagai
menunjukkan kerendahan hati si pengukir yang percaya bahawa hanya Allah yang boleh
menghasilkan kesempurnaan. Bagi para penganut Islam, Arabes adalah simbol iman mereka
bersatu dan cara di mana budaya Islam tradisional dipandang dunia.
Ukiran pada rehal yang bersilang dan berjejari mempunyai perlambangan tersendiri. Apabila
dibuka, bahagian atasnya seolah-olah "menadah tangan" yang membawa maksud sesuatu ilmu
yang turun dari langit seperti ayat-ayat suci Al-Quran adalah kalam Allah yang dibawa oleh
Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW. Falsafahnya, apabila berdoa kita menadah tangan yang
dirapatkan sebagaimana bentuk rehal. Rekaannya pula diperbaiki dari aspek ketinggian
bukaannya dan dihebahkan pengertian, falsafah tersurat serta tersirat disebalik reka bentuknya
yang mempunyai nilai estetika serta simbolik budaya Melayu.
2.3

Tekat

Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan disalit
dengan benang emas di atas kain atau baldu yang lazimnya berwarna tua. Bentuk tekatan
menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul. Perbezaan antara warna keemasan
pada corak dan warna tua kain atau baldu akan menghasilkan seni rupa yang menekankan
keindahan tampak, bentuk dan dimensi dengan menggunakan dua warna. Warna kain atau baldu
yang lazim digunakan ialah biru, merah dan hijau. Tekatan kelingkan menggunakan pita
kelingkan yang berkilat. Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan
kertas perada di atas kain berwarna.
Tekat tergolong dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas dasar
kain atau baldu. Ada juga yang menamakan seni ini sebagai seni hias permukaan kain secara
timbul atau suji timbul (Tuji timbul) yang sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama ada
disulam, ditekat atau disuji, ragam hiasannya tetap timbul dari permukaan dasar kain kerana
8

bahagian dalamnya diisi dengan mempelur. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah perkataan lama
yang bermaksud melakukan sesuatu secara bertubi-tubi dan berturut-turut.
Seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi hiasan seni ini digunakan untuk
barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak tekat yang sering
digunakan adalah corak awan larat dan flora seperti yang terdapat pada ukiran kayu. Antara
motif yang sering digunakan adalah pucuk rebung, daun keladi, daun paku, daun peria, daun
bunga padi dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga lawang,
bunga pecah lima, bunga kekwa dan sebagainya. Terdapat juga motif ciptaan baru seperti bunga
cempaka, bunga lalang dan bunga raya.
Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan mewah.
Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnya tekatan digunakan untuk
penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, cadar tilam, kipas,ciur,
tepak sirih, kasut dan lain-lain lagi. Namun begitu, walaupun seni tekat telah dianggap sebagai
hasil kraf tangan, tetapi fungsinya masih terbatas dan kegunaannya adalah terhad.

(a)

(c)

(b)

(d)

Gambar a,b,c dan d menunjukkan contoh-contoh tekat motif flora.

Aktiviti menekat dilakukan

Gambar di atas menunjukkan peralatan menekat


(benang, pisau, jarum dan mempulur)

Kayu pemidang

Jenis-jenis tekat yang biasa dihasilkan adalah tekat timbul benang emas atau perak, tekat gubah
dan tekat perada.Flora merupakan motif yang paling digemari kerana ia mudah dibentuk dan
kelihatan menarik, apatah lagi sekiranya motif tersebut kelihatan menjalar. Dalam mereka bentuk
tumbuh-tumbuhan, terdapat dua bahagian corak dalam motif ini iaitu bentuk daun atau pucuk,
dan bunga atau buah. Bentuk daun atau pucuk seperti pucuk paku, daun peria, daun padi dan
pucuk rebung. Bunga pula adalah seperti bunga cengkeh, bunga paya, bunga matahari dan buah delima.
Selain itu, motif geometri bebas juga sering digunakan seperti segitiga pucuk rebung, segiempat, garis lurus, catur dan
kisi-kisi serta corak geometri dong-son iaitu swastika dan huruf S. Motif haiwan kurang digunakan, cuma yang
10

biasa digunakan adalah ayam, unggas, rama-rama dan itik. Motif-motif ini pula dicampur dengan motif tumbuhan
supaya motif haiwan tidak kelihatan seperti bentuk asalnya. Walau pun begitu penggunaan motif ini tidak begitu
meluas. Begitu juga motif abstrak yang kurang digunakan dalam seni tekat.
Rupa bentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupa bentuk dua dimensi
ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan pelapik dulang. Rupa bentuk tiga
dimensi pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Pada 1980-an,
terdapat rekaan motif-motif baru seperti bunga kerak nasi, bunga kerawang, bunga cempaka
hutan dan bentuk geometri corak Islamik.

2.4

Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya lembut dan mudah dikeringkan. Antara barang-barang hasil anyaman seperti tikar,
tudung saji, hiasan dinding, bakul, nyiru, lekar, bekas pakaian, beg dan banyak lagi. Terdapat
juga rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan
buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini.
Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan
anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan
bahawa pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di Kelantan, anyaman hanya
digunakan oleh raja yang dipanggil sebagai Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung seperti di daerah Rusila, Kampung Kijing, Cendering, Kampung Ru Renggoh, Dungun
dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih menjalankan aktiviti
anyaman seperti Perlis, Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan
Sarawak.

11

Rumah berdinding buluh


rumah

nyiru

Contoh anyaman buluh untuk dinding

barang perhiasan
anyaman motif
matahari
Kecanggih

an

menghasilkan objek seni seperti anyaman dan ukiran ini sepatutnya dikaitkan dengan pemikiran
saintifik dan pemikiran matematik kerana ia melibatkan ketajaman fikiran dan daya kreativiti
penghasilnya. Dan mereka juga perlu diberi pengiktirafan sebagaimana pengiktirafan yang
diberikan kepada ahli matematik Yunani, Pythagoras ataupun Archimedes. Ukiran sering
dikaitkan sebagai luahan daya kreativiti dan estetika sahaja seperti yang dinyatakan oleh Siti
Zainon (1986), iaitu:
seniman alam Melayu bekerja menghasilkan seni gunaan tetapi penuh
daya kreativiti dan estetika yang memang telah teruji sejak berzaman.
Mengukir bukan sekadar menggunakan bahan tetapi juga mengeluarkan
buah fikiran dan perasaan.

12

2.5

Tembikar

Tembikar dihasilkan dengan menggunakan tanah liat yang dibentuk, dibakar kemudian digilap
serta dijadikan sebagai alat keguaan harian seerti bekas simpanan air, pasu, balang dan
sebagainya. Pembuatan tembikar merupakan salah satu seni yang tertua di dunia selepas
penggunaan media batu. Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini
terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun di Perak, Bukit
Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.
Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. Tembikar berbentuk
periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta oleh tukang tempatan. Bentuk
tembikar yang dijumpai mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat
melalui teknik pembakaran bersuhu rendah yang berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
Walau bagaimana pun, barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik
pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya latar belakang si pembuat. Antara
jenis-jenis tembikar yang dihasilkan seperti geluk, buyung, labu, jambangan dan bekas bara
untuk membakar kemenyan.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan
berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada
garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis seperti garis panjang yang melilit pada seluruh
permukaan tembikar dan bersilang antara satu sama lain). Motif organik juga digunakan seperti
sulur kangkung,bunga kedudut, bunga cengkih, tampuk manggis dan banyak lagi.
Penggunaan tanah liat dalam kebudayaan masyarakat Malaysia telah mula dikesan sejak dari
zaman Neolitik lagi. Menurut AdiTaha:
Tembikar merupakan satu unsur penting dalam memahami dan
mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat
kerana ianya melambangkan keupayaan manusia masa prasejarah
menembusi satu kaedah pembuatan dan pengeluaran atau teknologi
bagi kesejahteraan masyarakat tersebut.

13

Penghasilan barangan tembikar bukan sekadar bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan
luahan ekspresi estetika. Ragam hias pada tembikar prasejarah telah membuktikan bahawa
masyarakat ketika itu sudah mula berkomunikasi dengan mengapresasikan alam semula jadi
sebagai motif dan hiasan pada permukaan tembikar. Alam semula jadi dijadikan sumber luahan
perasaan. Penyataan ini disokong oleh catatan yang dibuat oleh N.A. Halim:
Manusia prasejarah telah mempunyai kebudayaan mencorakkan
kehidupan mereka, meskipun pada masa itu mereka tidak mempunyai
kemahiran menulis. Namun, mereka mahir menggunakan alat-alat batu,
pandai menghasilkan tembikar dan melukis pada dinding gua.
Perubahan zaman telah mematangkan serta memaparkan satu rantaian kesinambungan seni
penghasilan tembikar di Malaysia. Setelah mendapat pengaruh agama Islam, masyarakat mula
mentauhidkan unsur-unsur Islam dalam penghasilan tembikar. Pegangan kuat pada ajaran Islam
sebenarnya telah turut mengembangkan lagi proses kreativiti dalam penghasilan tembikar.
Menurut Jumaat Mohd Noor:
Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhantuhan yang
banyak. Mereka telah dapat membezakan ketuhanan dengan maujudat. Mereka
menanggapi alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan
sementara di dunia dan di akhirat. Dari tanggapan inilah lahirnya ciptaanciptaan yang
bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keseriaan di dunia dan akhirat.
Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya Islam. Mereka mula meninggalkan pemujaan patung-patung dan tuhan yang
banyak kerana menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini
sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan
kehidupan kekal di akhirat. Hasil ciptaan seni kraf Melayu semakin jelas menunjukkan
pengaruh

Islam. Ini

menunjukkan ciri-ciri

terbukti

dengan

penggunaan motif dalam penghasilan kraf yang

keIslaman bersesuaian dengan aktiviti harian masyarakat tradisional

Melayu dahulu.

14

3.0

KESIMPULAN

Kesenian Melayu telah melalui beberapa perubahan setelah kedatangan Islam.Hasil-hasil seni
seperti kraf tangan telah menampakkan perubahan yang ketara daripada segi motif dan corak
hiasan. Ia lebih menampakkan ciri-ciri keIslaman berbanding dengan sebelum kedatangan Islam
ke alam Melayu. Jika dilihat dalam konteks alam Melayu terutama di Indonesia dan Indochina,
motif dan imej-imej pra-Islam masih kelihatan agak ketara berbanding dengan apa yang terdapat
di Semenanjung Malaysia. Penelitian yang dibuat ke atas pintu gerbang menunjukkan
kebanyakan yang masih tinggal banyak menggunakan motif-motif bungaan dan kaligrafi ayatayat Al-Quran. Reka bentuk kraf melayu jelas menunjukkan kesejajarannya dengan konsep
kesenian Islam.
Penggunaan reka bentuk flora, geometri dan arabes sangat meluas pada hiasan seni ukiran,
anyaman, binaan dan juga tembikar.Dalam kesenian Islam corak arabes sering dipergunakan
untuk melambangkan sifat Allah yang unggul dan Esa.
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa penghasilan kraf tradisional Melayu
mempunyai hubungan yang hampir sama dari segi pengolahan ragam motif, falsafah, maksud dan
nilai estetiknya. Dengan kata lain, kraf tradisional Masyarakat Melayu mementingkan cirri-ciri
keislaman dalam penghasilan motif yang lebih kepada subjek alam iaitu flora, arabes dan
geometri yang dikaitakan dengan aktiviti kehidupan seharian.

RUJUKAN
15

Abdul Halim Nasir. (1986). Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Nasir. (1994). Rumah Melayu Tradisi, Fajar Bakti : Kuala Lumpur.
Dewan Budaya Sept. (1984). Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu di Semenanjung
Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Engku Aziz.(1968). Chuah Thean Teng-Pelukis Tanah Ayer, dalam Teng-Master of Batik.
(nama tempat terbitan dan penerbit tidak dinyatakan). hlm.I.
Ismail Said, Ahmad Saifuddin Abdullah, Afira Diwati Adnan (2000). Kajian Klasifikasi
Spesis- spesis Kayu dalam Seni Ukiran Melayu di Semenanjung Malaysia.
Research management Centre, Universiti Teknologi Malaysia.
Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

&

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,
KBSR. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Lim Jee Yuan. (1987). The Malay House. Institut Masyarakat Pulau Pinang.
Mohd. Ridha Lua. (1990). Komposisi dan konsep pembentukan hulu keris, Kajian
Topikal, Jabatan Senibina. Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi Mara.
Open University Malaysia. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. UNITEM
Sdn. Bhd.
Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zainon Ismail. (1989). Percikan seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakaria Ali. (2005). Brosure Pameran Batik Painting & Painting Batik. Kuala Lumpur:
Galeri Petronas.

16

Zulkifli Hanafi. (1996). Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu. Amber-Solara


Publication.
Zulkifli Hanafi. (2000). Pola-pola Hiasan Di dalam Bangunan Tradisional Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

Anda mungkin juga menyukai