Anda di halaman 1dari 1

ETIKA PROGRAM SEMINAR PERUBATAN ISKANDARIAH KE-6

ETIKA PEMAKAIAN
1) Ikhwah hendaklah berkemeja kemas, bertali leher, berseluar slack gelap serta berkasut
hitam. (digalakkan untuk memakai kot atau jaket mengikut kesesuaian program)
2) Akhawat hendaklah berbaju kurung atau jubah, bertudung kemas serta berkasut.(digalakkan
untuk memakai kot atau jaket)

ETIKA SEBELUM PROGRAM


1) Peserta hendaklah berada di dalam dewan 10 minit awal sebelum program bermula.
2) Selepas pendaftaran peserta, peserta hendaklah masuk ke dalam dewan program dalam
keadaan tenang dan teratur.
3) Peserta hendaklah memenuhi tempat duduk barisan hadapan terlebih dahulu.
ETIKA SEMASA PROGRAM
1) Para peserta hendaklah mematuhi tentatif yang telah ditetapkan.
2) Peserta hendaklah menjaga adab dan tatasusila (tidak membuat bising, pastikantelefon
bimbit dalam mod senyap, tidak tidur, tidak makan dan menjaga batas pergaulan) ketika
program berlangsung.
3) Peserta tidak dibenarkan untuk keluar semasa program berjalan melainkan pada waktu
rehat ataupun terdapat hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
4) Peserta tidak dibenarkan keluar daripada tempat program selagi tetamu atau pihak
jemputan masih belum beredar.
5) Peserta boleh mendapatkan bantuan daripada ahli jawatankuasa yang bertugas sekiranya
menghadapi sebarang masalah.
ETIKA SELEPAS PROGRAM
1) Peserta hendaklah beredar dalam keadaan yang senyap dan teratur mengikut laluan yang
ditetapkan.
2) Peserta hendaklah memastikan dewan ditinggalkan dalam keadaan bersih dan tidak
meniggalkan sebarang sampah.
3) Peserta hendaklah menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan bagi program yang
tamat pada waktu malam.

Anda mungkin juga menyukai