Anda di halaman 1dari 6

UNIT 1 : KEDUDUKAN

SUB TAJUK :
1.
2.
3.
4.

Objektif
Mengenal Latitud
Mengenal Longitud
Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud
Dan Longitud
5. Mengira Waktu Tempatan
6. Waktu Piawai
7. Rumusan

1.

OBJEKTIF
Pada akhir unit ini, anda dapat:

2.

Mengenal latitud dan longitud.


Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berasaskan latitud dan longitud.
Mengenal zon waktu di atas peta dunia.
Mentakrif waktu tempatan dan waktu piawai.
Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan longitud.
Mengira waktu tempatan berasaskan kedudukan longitud.

MENGENAL LATITUD / GARIS LINTANG

Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob.
Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang
semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.
Garis lintang diberi nilai darjah ( ) Utara atau Selatan.
Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1U hingga 90U manakala di Hemisfera
Selatan diberi nilai 1S hingga 90S.
Garis-garis lintang yang utama ialah:
i.
GarisanKhatulistiwa ( 0 )
ii.
Garisan Sartan ( 23U )
iii. Garisan Artik ( 66U )
iv.
Garisan Jadi ( 23S )
v.
Garisan Antartik ( 66S )
vi.
Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan
membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera
selatan.

3.

MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN

4.

Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan.
Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan.
Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh
lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich,
London diberi nilai 0.
Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat
sebanyak 360 garis longitud.
Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1T hingga
180T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1B hingga
180B.
Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180T dan 180B adalah garisan
yang sama.
Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).

MENYATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT


BERASASKAN LATITUD DAN LONGITUD

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan
sesuatu tempat.
Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai
garis longitud.
Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah () dibahagikan kepada 60
minit ( )
Contoh: Rujuk peta di bawah
Nama Tempat Garis Latitud Garis Longitud
Kudat
6 54U
116 51T
Tuaran

6 10U

116 14T

Kota Belud

6 22U

116 26T

Ranau
Kota Kinabalu

5 58U
5 40U

116 43T
116T

Beufort

5 20U

115 46T

Tenom

5 2U

115 57T

Tawau

4 16U

117 53T

5.

MENGIRA WAKTU TEMPATAN

Garis longitud digunakan untuk mengira waktu.


Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di
Meridian Pangkal ( 0 ).
Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan
menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Contoh Mengira Waktu Tempatan

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan
di:

Bombay ( 73T )
Buenos Aires ( 58B)

1. Waktu di Bombay ( 73T )


Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud
= 73- 0 = 73
Cari perbezaan masa
= 73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
2. Waktu di Buenos Aires ( 58B )
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud
Cari perbezaan masa

= 58 - 0 = 58
= 58 15 = 3 jam 52 minit

6.

Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires


= 1.00 pagi 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

WAKTU PIAWAI

Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di


sesuatu kawasan yang kecil.
Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai.
Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan
garis bujur yang melalui Kuala Lumpur.
Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu
meliputi 15 garis longitud.

Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) ialah garis bujur 180 B/ 180T.


Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180 mengalami keadaan tengah
malam.
Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA
dilukis secara bengkang-bengkok.
Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua
Amerika Selatan, dia akan untung sehari.
Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke
kawasan di benua Australia, dia akan rugi sehari.

7.

RUMUSAN

Anda mungkin juga menyukai