Anda di halaman 1dari 3

Transformasi Pendidikan Vokasional

Pengenalan
Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan satu usaha merekayasa (reengineering) sistem
pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu yang
dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi.
Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh sumber manusia yang responsive kepada
pelbagai inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan
pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan.
Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing, memiliki kemahiran dan
kelayakan yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.
Mengapa perlu transformasi?

Keperluan negara untuk tenaga mahir.

Sistem semasa tidak menyedikan graduan untuk bekerja.

Mengarusperdanakan sistem pendidikan vokasional.

Tidak selari dengan negara serantau dan negara maju.

Merapatkan jurang perbezaan bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Malaysia ketinggalan dari segi enrolmen pendidikan vokasional di peringkat global.

Pencapaian UPSR dan PMR tidak menunjukkan semua pelajar boleh berjaya dalam bidang
pendidikan berorientasikan akademik.

Objektif

Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil kemahiran yang
diiktiraf oleh kerajaan dan badan badan pensijilan kebangsaan.

Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang bersedia melanjutkan pelajaran


vokasional ke peringkat lebih tinggi.

Menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf
oleh kerajaan dan badan badan pensijilan kebangsaan.

Menghasilkan lepasan pendidikan atas yang berupaya menjadi usahawan yang berdaya
saing.

Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan


transformasi pendidikan vokasional.

Hala Tuju
Transformasi Pendidikan Vokasional memberi fokus terhadap komponen kebolehpekerjaan
graduan. Keberhasilan usaha transformasi ini ialah pendidikan vokasional era 2020 yang berupaya

memberi sumbangan yang signifikan kepada agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
Negara berpendapatan tinggi.

Pelan Strategik
Perekasayaan sistem pendidikan vokasional akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik
dalam tempoh 2011 2020 yang dibahagikan dalam 3 fasa.

2011 2013 : Fasa Lonjakan

2014 2016 : Fasa Peningkatan

2017 2020 : Fasa Pemerkasaan

Kerjaya

Anda mungkin juga menyukai