Anda di halaman 1dari 22

TAJUK 2

KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada konsep,
teori dan falsafah pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani (PJ) dan
hubungkaitnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat mengetahui konsep, teori dan falsafah pembentukan
kurikulum.
2. Pelajar mampu menghubungkaitkan kepentingan PJ dengan aktiviti
harian menjurus kepada gaya hidup sihat dan cergas.
3. Pelajar mampu merealisasikan Dasar Sukan Negara dalam komponen
sukan untuk semua.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PEMBENTUK
AN
KURIKULUM
KONSEP,
TEORI,
FALSAFAH

GAYA HIDUP
SIHAT

DASAR
SUKAN
NEGARA

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI


Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani
Brownnell dan Hagmen (1951)

PJ sebagai ke semua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar


yang menggalakkan kepada perkembangan dan tumbesaran yang optima.

Nixon dan Cozens (1952)

PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan


dengan aktiviti-aktiviti cergas melibatkan system otot-rangka dan
pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Wayman (1958)

PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan


pembentukan dan latihan individu yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti
fizikal.

Jenny (1961)

Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal

Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.

Barrow (1971)

Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (The


Total Educational Experience).

Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan


proses pendidikan seluruhan dan berkait rapat dengan hal seumur hidup
setiap individu.

Baley dan Field (1976)

Satu

proses

pengubahsuaian dan

pembelajaran

berkenaan

organic,

neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil


daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih.
Jewett and Nixon ( 1980).

Physical education is most appropriately defined as that phase of the total


process of education that is concerned with the development and utilization of
the individuals voluntary, purposeful, movement capabilities, and with directly
related mental, emotional and social responses.

Kesimpulannya, pendidikan jasmani merupakan sebahagian dari fasa pendidikan


am yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan individu
pelajar secara menyeluruh dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui

penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pergerakan dan perlakuan jasmani secara


terancang. Secara ringkasnya, pendidikan jasmani ialah pendidikan dari dan melalui
aktiviti-aktiviti fizikal.
Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani

Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective)


-

Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk


perkembangan mental dan sosial (Jenny,1961).

Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development objective)


-

Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran


dan kawalan motor yang baik.

Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and human


relation objective)
-

Kewarganegaraan

yang

berkesan

dan

kecekapan

kemasyarakatan.

Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psycho-emosional


objective)
-

Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti


fizikal dan amalan kecerdasan.

Tujuan (aims) Pendidikan Jasmani


The aim of organized physical education programs is to created an environment that
stimulates selected movement experiences, resulting in desirable responses that
contribute to the optimal development of the individuals potentialities in all phases of
life.

Untuk melatih minda

Untuk membentuk intelek seseorang

untuk menguasai pengetahuan prescribed bodies of knowledge

Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin

Untuk membentuk sikap yang positif

Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam ahli


persatuan yang dinamik

Untuk membentuk kuasa yang rasional

Untuk membentuk kebolehan berfikir

to develop the capacity to make wise decisions in order to become an


effective citizen in the democratic processes upon which the free country
depends

Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan

Objektif Pendidikan Jasmani


Dari segi Jasmani :

Memberi perhatian kepada usaha membentuk satu sistem organ yang sihat
melalui kegiatan-kegiatan jasmani yang cergas khususnya untuk membina
kekuatan otot saraf, daya tahan otot saraf dan daya tahan kardiovaskular.
Penglibatan dan penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan
meningkatkan tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi
terhadap peningkatan taraf kesihatan seseorang.

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

Dari segi Psikomotor :

Membentuk suatu sistem saraf yang cekap. Kecekapan motor perlu untuk
membantu usaha bagi menguasai kemahiran motor asas, koordinasi dan
kawalan motor yang baik.Perkembangan aspek ini penting untuk melakukan
tugas-tugas harian dengan lebih cekap lagi.

Menguasai

kemahiran

asas

pergerakan

dan

permainan

mengikut

kemampuan diri
Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan Emosi

Melalui PJ kita dapat membentuk sikap, sahsiah dan tingkahlaku sosial yang
diingini. Individu dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam masyarakat

Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama, semangat


kesukanan, berdikari, kepimpinan dan disiplin diri.

Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi, sabar, timbang rasa
di samping melatih mengawal emosi diri.

Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan dan


ketegangan yang dialami dalam kalangan masyarakat.

Dari segi Perkembangan Mental

Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan


membuat keputusan dan tindakan yang wajar.

Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang


berkaitan berasaskan prinsip sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks
pelajaran PJ.

Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai


pelbagai kegiatan fizikal.

Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani

Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran,


kandungan struktur suatu bidang yang menjurus kepada satu-satu bidang.
Dengan kata lain, kurikulum adalah rancangan yang terususun, terancang
dan besifat berterusan.

Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah


pendidikan, matlamat dan objektif bagi satu-satu bidang pendidikan.

Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan


pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini bersesuaian dengan kenyataan Rosalind
Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam bidang
Pendidikan Jasmani di Mill College, Califonia. Beliau melihat Pendidikan
Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada
pendidikan kepada murid. Beliau juga turut mengubah persepsi mengenai
Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi
sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.Model yang
boleh dikaitkan dalam pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah
model pembangunan (development model). Model ini merupakan model yang
terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan
pembelajaran di abad ke 20.

Dalam tahun 1910, Clark Herington yang juga dikenali sebagai bapa
Pendidikan Jasmani moden, mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani kepada
empat fasa utama iaitu:

Pendidikan Organik (Organic Education)


Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktivitiaktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu
melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.

Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education)


Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan
pergerakanfizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang
seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta
mengekalkan nilai estetika pergerakan.

Pendidikan Karektor (Character Education)


Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat
danpengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat.

Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)


Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri
dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan
peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat .

Matlamat

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Rendah


dan Menengah 1999 ( pengaruhdaripada Herington) dalam matlamat dan
objektif Pendidikan Jasmani di Negara kita.

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui


pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Objektif
Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia:

Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut


kemampuan diri

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai


pelbagai kegiatan fizikal

Membentuk sahsiah dan disiplin diri

Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu
untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dan berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha di atas adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu


pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti Pendidikan


Jasmani ialah meningkat dan membangunkan keupayaan murid dari aspek
psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui aktiviti Pendidikan Jasmani secara
amnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui:

Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti bekerjasama,


bertolak ansur, sabar, saling hormat-menghormati dan sebagainya.

Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran,


Kefahaman, pertambahan pengetahuan dan pengalaman dan sebagainya

Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin


seperti
yakin kepada diri, taat setia, bertanggungjawab, memiliki nilai tentang
kemasyarakatan dan sebagainya.(Teng Bon Tong, 2001)

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah adalah:

Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid.

Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.

Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan


tempat beraktiviti.

Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.

Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.

Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh


memperbaiki dan mempengahruhi gaya hidup.

Semua ini mempunyai pertalian rapat dan Pendidikan Jasmani boleh


diibaratkan sebagai agen pemangkin ke arah memenuhi hasrat PPK yang
bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang dari aspek JERI.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat


sekolah rendah menekankan aspek-apek penggabungjalinan, pengayaan dan
penilaian.

Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh


dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar


yang sesuai dengan kebolehan murid.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada


pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat
merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi,
dan kemahiran berfikir.

Konsep Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran


dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga
dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang


terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada
matapelajaran yang lain.

Konsep Pengayaan

Program pengayaan perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan latarbelakang murid yang
ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan, keupayaan, bakat, dan
minat.

Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-beza


untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan,


dan bahanbahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai

kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal


daripada jangka masa yang ditentukan.

Konsep Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan


pembelajaran.

Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang


berguna bagi membantu guru menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran atau pembelajaran.

Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

Proses penilaian yang berterusan akan dapat membantu guru mengenalpasti


jenis tindakan susulan yang perlu diambil kepada seseorang murid, sama ada
untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

Melalui penilaian ini, guru seterusnya akan mudah memilih jenis aktiviti
pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.

Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap kelemahan dan


pencapaian murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan
pembelajaran terkumpul pada aras yang lebih tinggi.

GAYA HIDUP SIHAT


Definisi Gaya Hidup Sihat

Amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan

tabiat yang memudaratkan kesihatan


Boleh juga ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.

Gaya hidup sihat

Amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan
dan kesejahteraan diri. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan
kesejahteraan diri, perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari seperti

mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan, dan

penjagaan kesihatan yang sempurna.


Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal
demikian, disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin
kesihatan diri. Senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dan masa
yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. Antara
faedah yang kita dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas,
dapat mengawal berat badan, membina stamina dan kekuatan, menguatkan
kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan
fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan

sendi, mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya.


Dalam melakukan senaman, ianya boleh dilakukan secara bersendirian,
bersama keluarga atau kawan-kawan. Dalam hal ini, hendaklah sentiasa
melakukan senaman bagi mengekalkan tahap kesihatan. Terdapat pelbagai
jenis senaman yang boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau
berkumpulan. Antara jenis senaman ialah berjalan kaki, lompat tali,
berbasikal, berjoging, berenang, bermain badminton, bersenamrobik, dan

sebagainya.
Cara Pemakanan yang Sihat Selain aktiviti bersenam, penjagaan dari segi
pemakanan juga merupakan cara terbaik dalam gaya hidup sihat. Dalam hal
ini, pengamalan pengambilan makanan berpandukan kepada makan secara
sihat. Mengikut piramid pemakanan, kita perlu makan paling banyak bijirin,
produk bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala makan secara
sederhana ialah ikan, ayam, daging, kekacang, susu, dadih, dan keju juga.
Bagi makanan yang mempunyai banyak lemak, minyak, garam, dan gula,

perlu diambil dengan jumlah yang sedikit.


Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein,
vitamin, zat-zat galian, dan lemak. Hal ini kerana kumpulan ini membekalkan
makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vatamin A, B kompleks, C,
protein, dan gentian. Tegasnya, pengambilan makanan yang seimbang baik
untuk kesihatan diri. Cara pemakanan yang sihat boleh menghindarkan
daripada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi.
Sebenarnya kedua jenis penyakit ini masih menjadi punca utama kematian di

negara ini. Pemakanan yang baik penting untuk pembesaran yang sempurna.
Jaga Berat Badan dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Sekiranya makan
berlebihan kemungkinan mengundang penyakit jantung. Penyakit tersebut
adalah berpunca daripada masalah permakanan, kegemukan, tekanan darah
tinggi, kurang bersenam, tekanan perasaan, dan sebagainya. Amat penting,

adik-adik perlu mengurangkan makan yang berlemak. Sebenarnya lemak


merupakan sumber kalori yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan
dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan menyebabkan
kegemukan. Bagi mengelakkan risiko menjadi gemuk, adik-adik perlu bijak
memilih makanan mengikut keperluan badan. Makanan yang dimakan bukan
sekadar untuk mengenyangkan perut semata-mata tetapi makanlah demi
kesihatan tubuh.

Rehat atau kesenggangan juga merupakan salah satu aspek yang penting
dalam menentukan gaya hidup seseorang. Rehat bermaksud suatu tempoh
yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama ada
aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk
mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan
dahaga.( Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian,2002)

Kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang diisi dengan


melakukan sebarang jenis aktiviti yang anda gemari. Ia mempunyai fungsi
yang sama dengan rehat dan tidur iaitu memulihkan keadaan badan dan otak
yang sudah letih bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu
senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti embaca, menggubah
lagu, bermain alat muzik dan berhobi.

Istirehat pula dapat memberi kelegaan dan ketenangan di waktu ketegangan


dan stres. Ia membawa erti satu tempoh masa terluang yang diisi dengan
melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis,
melihat pemandangan alam flora dan lain- lain.

Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh
melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya

Jenis-jenis Rehat boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:


Rehat pasif : rehat tanpa melakukan pergerakan badan; tiada aktiviti
regangan otot berlaku Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang
menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran, istirehat jasmani

Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam

kedudukan postur tubuh yang selesa


Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal

yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot.


Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiarsiar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh baik rehat aktif

Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan aktiviti ringan seperti


mendengar muzik, membaca majalah atau surat khabar, bermain
congkak/carrom/catur

dan bersiar-siar di taman/berjoging.


Tidur adalah satu proses di mana kita melelapkan mata dan merehatkan

badan sepenuhnya
Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat
sementara waktu. Di dalam fasa ini, badan akan memperbaiki kerosakan
yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar
tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah. Semasa tidur,
keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita

menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006).


Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot serta
menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan

metabolisme dalam badan (Shamsudin et al., 2002).


Otak tidak aktif membuatkan badan kita berehat sepenuhnya. Namun,
ketika ini otak terlebih dahulu membuat persiapan dan persediaan untuk
menghadapi
keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang cukup tanpa sebarang gangguan

amatlah penting agar segala proses semasa tidur berjalan dengan lancar
Secara amnya, keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya
adalah berbeza: Bayi perlu tidur 16 jam sehari . Remaja memerlukan 7 jam

tidur dan orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur


Peringkat tidur adalah seperti berikut:
i.
Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula,
jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini,
ii.

bunyi perlahan masih bolehmengejutkan anda dari tidur.


Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda
sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi

iii.

yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.


Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan.Pernafasan anda perlahan

iv.

dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak.


Stage 5 REM (rapid eye movement) -Peringkat inilah dipanggil
MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang
otak.Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolaholah lumpuh. REM ambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran
pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu.
Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan
stage REM

Keperluan tidur i.
Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

harinya.
Meningkatkan daya ingatan.
Memberi peluang badan memperbaiki
kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
Menghilangkan tekanan.
Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa

kenderaan.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial
seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi
masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya
berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan

masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka
menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan
biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan

menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi

memperoleh gaya hidup yang sihat ini.


Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki
oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden

ini.
Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan
pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat

memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.


Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh
mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh
menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih
dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin
positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang

mampu dicapainya kelak.


Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua
amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai
sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan
berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih

memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang


menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua
perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

DASAR SUKAN NEGARA

Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua yang
merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua (I) dan digubal
berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah
sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh
Kerajaan terhadap seluruh rakyat.

Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang


saran sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asasi
sosial yang lain seperti pendidikan, pengangkutan, perumahan dan
perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan kerajaan mencapai
pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan.

Sukan yang menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,


muhibah, toleransi, kesefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal
memberi satu landasan yang selesa untuk mengintegrasikan pelbagai
kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta juga untuk
pemupukan maruah bangsa dan negara.

Tegasnya, sukan mempunyai kesan-kesan manfaat yang amat


besar terhadap individu, masyarakat dan seterusnya negara.

Sukan prestasi tinggi adatah merujuk kepada sukan pertandingan yang


diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan
sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.

Sukan Massa (Sukan Untuk SemuaJ adatah merujuk kepada aktivitiaktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan
dengan tujuan untuk menggalak penyertaan yang tebih luas dan bukan
semata-mata untuk pertandingam. di peringkat kebangsaan/ Antarabangsa.

Dari peringkat individunya, sukan ini menyumbangkan kepada


i.

pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk semangat


pertarungan;

ii.

Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal;

iii.

Penggunaan masa kesenggangan berfaedah dan bermakna;

iv.

Pengurangan tekanan hidup moden

v.

Interaksi sosial yang bermakna

vi.

Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

Melalui gaya hidup sihat, seorang individu itu akan lebih sensitif terhadap
kesejahteraan dirinya, dalam mana ia memahami sebenarnya akan
kenikmatan penglibatannya dan semangat pertarungan. Segala aktiviti ini
dilakukannya di dalam environmen dan keupayaannyasarna ada secara
individu, di dalam suasana kekeluargaan, di dalam kalangan sahabat
handai, didalam kumpulan-kumpulan sukarelawan atau pun di dalam
suasana komuniti yang berlainan.

Di peringkat masyarakat, sukan ini membantu kepada


i.

Penggalakan pembinaan kualiti dan moral rakyat yang sesuai dengan


aspirasi nasional;

ii.

Pewujudan environmen untuk memupuk perhubungan komuniti


yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara;

iii.

Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti;

iv.

Pencegahan jenayah remaja dengan peluang-peluang penggunaan


masa lapang yang memanfaatkan.

Di peringkat Antarabangsa, sukan membantu kepada


i.

Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang paling tinggi;

ii.

Peningkatan maruah bangsa

iii.

Pemupukan persahabatan

Sukan di negara ini secara tradisinya telah dijalankan oleh organisasi


sukarelawan yang kebanyakannya bergabung dengan Majlis Olimpik
Malaysia. Peranan Kerajaan hanya terhad kepada peranan yang dimain kan
oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia, melalui agensi masing-masing di
peringkat kebangsaan, negeri dan daerah

Mutu sukan prestasi tinggi dalam Negara meningkat sedikit dalam tempoh
beberapa tahun kebelakangan ini. Namun demikian, peningkatan itu tidaklah
seberapa berbanding dengan pembangunan sukan keseluruhannya di
peringkat antarabangsa. Akibatnya ahli-ahli sukan kita tidaklah begitu berjaya
di pertandingan tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
seperti kekurangan rancangan pembangunan menyeluruh bagi ahli-ahli
sukan, kekurangan pendekatan saintifik dalam latihan, kekurangan jurulatihjurulatih dan pegawaipegawai sukan yang bertauliah, kurang komitmen oleh

ahli-ahli sukan, kurangnya kemudahan-kemudahan yang menghadkan


peluang penyertaan dalam sukan, kelemahan pengurusan dalam badan
sukan dan organisasiorganisasi
yang berkaitan, pembatasan kewangan dan prioriti yang rendah yang
diberikan oleh Kerajaan kepada bidang sukan.

Sehingga baru-baru ini, kebanyakan aktiviti aktiviti sukan dijalankan


berasaskan kepada pertandingan. Penyertaan massa dalam sukan
adalah satu fenomena baru dalam negara ini. Trend ini adalah satu petanda
baik bagi negara. Penyertaan massa dalam sukan adalah satu fenomena
baru dalam negara ini. Trend ini adalah satu petanda baik bagi negara.

Objektif DSN

Adapun tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah membentuk satu


masyarakat yang aktif, sihat dan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi
fizikal dengan usaha-usaha keseluruhan Kerajaan pembangunan
negara.Objektif-objektif utama adalah berikut :i)

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat,berdisiplin dan


bersatupadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang
yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

ii)

Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahankemudahan


bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi bagi
individu melalui sukan;

iii)

Untuk membangun dan meningkat pengetahuan danamalan sukan


bagi kepentingan kebajikan sosial seseorang individu dan kenikmatan
kesenggangan kalangan orang awam; dan

iv)

Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan


semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dan juga dengan harapan
mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara.

Strategi Dan Perlaksanaan

Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan massa dan prestasi tinggi, hendaklah
dibangunkan serentak walaupun dengan penekanan yang berlainan.
Sukan massa adalah bertujuan membolehkan rakyat mengamalkan gaya

hidup yang aktif dan sihat.

Sukan prestasi tinggi sebaliknya adalah memberi peluang kepada mereka


yang berpotensi untuk membuktikan keunggulan mereka di pertandingan
peringkat antarabangsa supaya meninggikan lagi maruah negara.

Sukan massa dan sukan pre stasi tinggi adalah pelengkap diantara satu
sarna lain, sebagai satu struktur yang berterusan (continuum). Pelaksanaan
strategi ini melibatkan pihak-pihak awam, sukarela dan swasta bekerjasama
sebagai satu kumpulan bagi faedah ahli-ahli sukan dan masyarakat
keseluruhannya.

Bagi mencapai objektif-objektif di atas, prioriti hendaklah diberi kepada


aspek-aspek berikut :1. Perancangan
i.

Adalah sangat diperlukan satu program jangka panjang dengan


struktur yang baik untuk pembangunan ahli-ahli sukan, jurulatih
jurulatih, pentadbir-pentadbir dan pegawai pegawai sukan; dan

ii.

Dalam kes sukan prestasi tinggi, pertimbangan yang khusus perlu


diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek
kemudahan dan penyertaan yang sedia ada dan jenis-jenis sukan
yang lebih sesuai kepada bentuk fizikal rakyat Malaysia, agar
membolehkan mereka mendapat peluang yang lebih baik bagi
mencapai kecemerlangan di pertandingan peringkat antara
bangsa.

2. Organisasi
i.

Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama dengan lebih erat


lagi dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk
membangunkan sukan dalam negara.Sungguhpun pelbagai agensi
dan organisasi itu mempunyai peranan yang khusus tetapi program
yang dijalankan tidaklah bersepadu. Satu jentera penyelaras yang
menyeluruh dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagi
menentukan perhubungan (rapport) yang lebih rap at di kalangan
organisasi organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara akan
menyediakan jentera ini bagi sukan prestasi tinggi. Begitu juga
Kementerian Belia dan Sukan hendaklah mewujudkan satu jentera
yang saran untuk menyelaraskan program sukan massa. Ini akan

membantu mengadakan kerjasama yang lebih berkesan dan


berkekalan di antara pelbagai agensi-agensi Kerajaan dan organisasi
sukarelawan.
ii.

Kementerian Belia dan Sukan akan menggalakkan sukan massa


dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan kepada konsep
'MALAYSIACERGAS'.

iii.

Tugas utama bagi Majlis Sukan Negara ialah untuk membantu dan
menyelaras pembangunan sukan untuk peningkatan prestasi ahliahli sukan dalam pertandinganpertandingan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

iv.

Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan masa yang cukup


untuk pendidikan jasmani bagi semua penuntut, serta
membangun dan menyelaraskan aktiviti sukan di sekolah-sekolah
termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan
pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian
Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah
Sekolah Malaysia dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan.
Kementerian Pendidikan juga adalah bertanggungjawab melatih guru
guru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasmani.

v.

Kementerian Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara


aktif di maktab-maktab dan di politeknik-politeknik, manakala Majlis
Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti
tersebut di institusi-institusi pengajian tinggi.

vi. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan


MAKSAK)hendaklah menggalakkan dan menyelaraskan semua
aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam.
vii. Majlis Olimpik Malaysia sebagai satu badan induk kepada semua
persatuan sukan kebangsaan, akan mempunyai tanggungjawab
utama untuk menggalakkan tujuan pergerakan Olimpik dan juga untuk
bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negara dalam hal pemilihan dan
latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan
antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa
viii. Peranan badan-badan pengawal sukan kebangsaan adalah
menggalak, membangun dan memberikan peluang-peluang untuk

penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan


antarabangsa bagi jenis-jenis sukan yang berkenaan dengan
kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi Kerajaan yang
berkenaan

3. Personel
Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik
bekerja di semua peringkat, dalam organisasi-organisasi sukan,
tempat kerja, sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi, bagi
merancang, melaksana dan menilai program-program sukan dalam
negara.

4. Kewangan
i. Satu Yayasan Sukan Kebangsaan hendaklah diwujudkan bagi
membiayai kegiatan-kegiatan sukan pre stasi tinggi dan sukan
massa, di seluruh negara. Sumber -sumber kewangan untuk
Yayasan itu adalah dari Kerajaan Persekutuan dan semua
Kerajaan Negeri, sektor perdagangan dan pihak individu;
ii. Begitulah juga sektor swasta dan dermawan-dermawan
hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan dan
menaja kegiatan kegiatan sukan;
iii. Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah dikecualikan dari
cukai
iv. Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan strategi
pemasaran aktiviti-aktiviti mereka supaya membolehkan mereka
mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

5. Insentif
i. Bagi menghargai segala pengorbanan dan sumbangan oleh ahliahli sukan, Kerajaan telah mengadakan pelbagai insentif. Insentif ini
merangkumi penganugerahan, cuti, elaun-elaun hidup, pertandingan
insuran, perbelanjaan untuk latihan yuran pendidikan dan biasiswa-

biasiswa.Insentif-insentif yang diberikan kepada ahli-ahli sukan adalah


untuk membolehkan mereka meningkatkan
kecergasan fizikal mereka ke prestasi kecemerlangan yang paling
tinggi di pertandingan peringkat antarabangsa hendaklah
dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Profesionalisme
hendaklah juga digalakkan.
ii. Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan
hendaklah diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan
untuk pekerjaan dan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian
tinggi dengan syarat mereka mempunyai kelayakan akademik yang
minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang
dipohon oleh mereka; dan
iii. Pengiktirafan dan insentif yang sewajarnya hendaklah diberi
kepada pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah
mewakili negara.
6. Kemudahan
i.

Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahankemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua
bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa, untuk semua lapisan
komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh
Kementerian Belia dan Sukan selepas
berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuanpersatuan sukan;

ii.

Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan


dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan;

iii.

Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggung jawab


bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat
negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan perancangan
kemudahan-kemudahan sukan di

peringkat negeri ini adalah bagi

mencapai satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih


seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Objektif pengagihan
semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib
baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang
lebih dari yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan,
mendapatkan peluang menggunakanan kemudahan di darat dan di
air.

iv. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelanpelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan
Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan
sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian
dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh
Kementerian Belia dan Sukan; Pihak berkuasa yang bertanggung
jawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar
Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah
merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan
mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi
yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan;
v. Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan
kemudahan-kemudahan sukan;
vi. Peruntukan mengenai kemudahan-kemudahan sukan hendaklah
dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim
perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha
menyediakan tanah untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak
berkuasa hendaklah memberi pertimbangan gurangkan bayaran ubah
syarat tanah untuk skim-skim perumahan dan juga
memberi insentif-insentif lain;
vii. Semua kemudahan-kemudahan yang hendaklah diselenggarakan
dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya.
Kemudahan-kemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada
penggunaan semua ahli sukan orang ramai bagi mempastikan
penggunaan.yang optimum; dan
viii. Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi
melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahan
kemudahan sukan. Pengswastaan kemudahankemudahan sukan
adalah juga digalakkan.
7. Am
i.

Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan


hendaklah dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang
lebih murah bagi menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam
bidang sukan. Pengusaha pengusaha tempatan digalakkan
mengeluarkan alat-alat tersebut;

ii.

Bagi menyebarkan kesefahaman antarabangsa, dan juga untuk

faedah ahli -ahli sukan serta penggalakan pelancongan, badanbadan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi
tuan rumah kepada pertandingan-pertandingan antarabangsa..
iii. Penggalakan dan pendidikan (untuk orang awam) dalam bidang
sukan hendaklah diuruskan dengan kerjasama media massa dan
pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan
supaya dapat menanamkan sikap positif terhadap sukan.
iv. Sukan yang disifatkan sebagai satu manifestasi budaya rakyat
hendaklah diberikan status yang sarna seperti senilukis, muzik,
drama dan kesusasteraan yang diiktiraf sebagai disiplin akademik
di universiti. Dengan hal yang demikian, institusi-institusi pengajian
tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani
yang merangkumi sukan, sebagai satu disiplin akademik;
v. Institut Sukan Negara yang sekarang Illl sedang dibina patutlah
menjalankan penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan negara
ini,memberi latihan kepada ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih,
pentadbir-pentadbir sukan dan lain-lain personel yang berkaitan serta
berfungsi sebagai pusat sumber sukan; dan
vi. Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat
kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai