Anda di halaman 1dari 2

Kisah Zaman Keganasan Di Perancis

Semasa zaman Revolusi Perancis 1793-1794 telah berlaku zaman ganas yang
menyebabkan ribuan manusia menjadi korban kerana dianggap anti revolusi antara
dua puak yang bertelagah. Cara pembunuhan kejam ialah dengan memotong kepala
yang dipanggil gelotin (guillotine). Pada satu ketika ada tiga orang yang hendak
dipotong kepalanya. Ketiga-tiga orang tersebut terdiri daripada seorang doktor,
peguam dan jurutera.

Peguam telah dipilih sebagai orang pertama yang hendak dipotong kepalanya
dengan cara gelotin. Dia pun diletakkan di tempat pemotongan kepala dengan
disaksikan oleh seorang paderi. Tukang gelotin akan melepaskan gelotin tersebut
dan akan terus terkena pada leher peguam tadi. Setelah semua siap tukang gelotin
pun melepaskan gelaotin tersebut dan gelotin tersebut berhenti berdekatan dengan
kepala peguam tersebut. Paderi mengatakan bahawa Tuhan tidak membenarkan
peguam itu dibunuh. Tukang gelotin tersebut bersetuju dengan kata-kata paderi
tersebut. Maka terselamatlah peguam tersebut. Tiba pula giliran doktor untuk
dipotong kepalanya. Dia terus dibaringkan dan tukang gelotin sudah bersedia untuk
melepaskan gelotin tersebut. Tiba-tiba gelotin itu berhenti dekat dengan leher doktor
tersebut. Paderi bersuara kepada tukang gelotin tersebut bahawa Tuhan tidak
membenarkan nyawa doktor itu diambil. Tukang gelotin bersetuju dengan kata-kata
paderi tersebut. Terselamatlah nyawa doktor tersebut.
Orang terakhir untuk dipotong kepalanya ialah seorang jurutera. Jurutera tersebut
berbaring di tempat gelotin untuk dipotong kepalanya. Jurutera tersebut telah melihat
terlebih dahulu gelotin yang bakal memotong kepalanya. Ketika dia memandang ke
atas, dia telah menangis dan menjerit. Sambil menjerit dan menangis dia berkata,
dia tahu apa masalah yang dihadapi oleh gelotin tersebut. Paderi berasa
kehairanan.
Soalan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bila zaman keganasan berlaku di Perancis.


Bagimana cara mengukum orang yang anti revolusi.
Apa sebabnya doktor dan peguam terselamat.
Mengapa jurutera itu menjerit dan menagis.
Pada pendapat kamu mungkinkah jurutera itu mati.
Apa bezanya jurutera, doktor dan peguam.
Mengapa jurutera itu tahu masalah gelotin tersebut.
Jika kamu berada pada zaman tersebut, apa yang akan kamu lakukan.
i.
ii.

Jumlah orang yang mati melalui gelotin berjumlah 16,594 orang.


Puak yang terlibat Jacobin dengan Girodin.

Anda mungkin juga menyukai