Anda di halaman 1dari 10

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN KETEPATAN MELUKIS FIGURA


MENGGUNAKAN TEMPLAT PINOCCHIO BAGI
MURID TAHUN 4 AL-AMANAH
Oleh:
Ding Yim Shih & Salleh bin Said
Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
yimshih@hotmail.com & sani_9525@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan ketepatan melukis
figura dengan templat PINOCCHIO. Kajian dijalankan ke atas empat
orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah Kuala Terenganu.
Tinjauan masalah mendapati responden lemah dalam melukis figura.
Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif
dan kuantitatif dengan menggunakan data yang dikumpul melalui kaedah
soal selidik, senarai semak, dan temubual dan analisis hasil karya.
Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
data hasil kajian. Hasil daripada analisis data menunjukkan peningkatan
terhadap penggunaan dan kemahiran dengan penggunaan templat
PINOCCHIO. Diharapkan kajian tindakan ini dapat memanfaatkan
golongan pendidik terutamanya guru Pendidikan Seni Visual dalam
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sosial.
Kata Kunci : Templat PINOCCHIO, Ketepatan melukis figura
PENDAHULUAN
Gambar-gambar lukisan figura sudah wujud sejak kewujudan tamadun manusia lagi. Hal
ini terbukti melalui penemuan lukisan imej binatang dan figura manusia pada dindingdinding gua yang berusia ribuan tahun. Tamadun-tamadun besar sepanjang sejarah
peradaban manusia turut dikesan memiliki imej figura. Selain patung-patung manusia,
imej figura manusia turut ditonjolkan untuk menggambarkan keagungan pemerintah atau
untuk menggambarkan sesuatu upacara keagamaan dan kepercayaan. Pada Zaman
Pembaharuan atau Renaissance, muncul para pengarca dan pelukis yang aktif melukis
imej figura, seperti Michelangelo dan Leonardo da Vinci. Hasil-hasil karya mereka telah
menjadi sumber rujukan bagi pelukis-pelukis figura hingga ke hari ini.
The human figure was depicted in prehistoric cave art as a crudely simplified
symbol compared with extraordinary realistic images of bison, cattle, horses, and deer.
We see this early form of human stick figure animation in the hunt scene (Daniel M.
Mendelowitz, Duane A. Wakeham dan David L. Faber, 2003). Penyataan ini
membuktikan bahawa lukisan figuratif telah dihasilkan sejak zaman purba lagi.
Kebanyakan imej figura yang dihasilkan adalah dalam bentuk orang lidi iaitu dalam
bentuk rangka dan ada kalanya terdapat rupa geometri seperti bulatan. Melukis figura
adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang
80

tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Untuk mencapai
kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu
membuat pemerhatian. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk
tubuh manusia.
METODOLOGI
Kajian yang akan dijalankan ini adalah adakah penggunaan templat PINOCCHIO akan
dapat meningkatkan ketepatan murid dalam melukis figura. Prosedur pelaksanaan
tindakan yang digunakan ialah Model Kemmis dan McTaggart yang telah diubahsuai oleh
Susman (1983). Model ini terdiri daripada lima peringkat iaitu mendiagnosis,
perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Berdasarkan kajian tindakan yang
dijalankan, pengkaji telah memulakan langkah pertama dengan mendiagnosis iaitu
mengenalpasti atau mendefinisikan masalah. Pengkaji telah memerhati dan mengimbas
kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Seterusnya, pelan tindakan
dirancang untuk menyelesaikan masalah atau isu berkenaan. Perancangan berkenaan
dilaksanakan dan menetukan hasil yang diperoleh selepas memberikan tindakan. Selepas
mengambil tindakan dan mengenalpasti hasil dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan
samada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang baik.
Pemilihan responden dibuat berdasarkan hasil pemerhatian berdasarkan kepada
kelemahan tahap pencapaian, pemahaman dan penghasilan karya. Responden yang
terlibat adalah terdiri daripada 4 orang murid tahun 4 dari kelas 4 Al-Amanah di Sekolah
Kebangsaan Tanjung Gelam. Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji menggunakan
kaedah campuran iaitu kombinasi kaedah kuantitatif dan kualitatif supaya data yang
dikumpul lebih jelas. Di sini, pengkaji menggunakan beberapa instrument seperti soal
selidik, senarai semak, temu bual dan hasil karya responden. Instrument-instrument ini
memudahkan kajian yang akan dijalankan dan mendapat keputusan yang mempunyai
keesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi.
Objektif
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan ketepatan murid melukis figura manusia
melalui penggunan templat PINOCCHIO. Setelah kajian ini selesai dijalankan, diharap
bahawa objektif berikut tercapai:
1. Meningkatkan ketepatan melukis figura bagi penghasilan karya dengan kadar
banding yang betul.
2. Membantu
murid
mengaplikasikan
kemahiran
penggunaan
templat
PINOCCHIO untuk melukis figura.
3. Membantu murid menghasilkan karya figura yang sedang beraksi.
Kumpulan Sasaran
Sebuah kelas tahun 4 iaitu 4 Al-Amanah merupakan kelas yang merangkumi murid pada
tahap pencapaian terendah dalam tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam.
Kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang murid daripada kelas ini iaitu 2 murid
lelaki dan 2 murid perempuan. Semua responden merupakan bangsa Melayu. Pemilihan
responden dibuat berdasarkan hasil pemerhatian berdasarkan kepada kelemahan tahap
pencapaian, pemahaman dan penghasilan karya.

Instrumen kajian
1.
2.
3.
4.

Soal selidik
Temu bual
Senarai semak pemerhatian
Analisis dokumen
DAPATAN KAJIAN

Tahap Pemahaman Dan Pandangan Responden


Soal Selidik
Analisis data yang diperoleh daripada soal selidik telah dianalisis secara deskriptif.
keputusan soal selidik telah membuktikan bahawa responden tidak pernah didedahkan
dengan penggunaan templat PINOCCHIO. Namun, responden telah menyatakan
bahawa mereka berminat untuk menggunakan templat PINOCCHIO untuk melukis
figura yang pelbagai aksi. Ini dapat membuktikan bahawa penggunaan templat

PINOCCHIO ini dapat menarik perhatian responden dan minat responden untuk belajar.
Hasil daripada tinjauan pengkaji terhadap minat murid dalam melukis figura dan melukis
figura dengan menggunakan templat PINOCCHIO dapat dilihat melalui analisis respon
soal selidik dalam Jadual 1di bawah.

4100%

100

100%

3
Jumlah
Pelajar

75%

2
1

100%

25
%
0%
1

YA
TIDA
K

50%
50%

0%
2
3
Nombor
Item

0%

0%
5

Rajah 1 : Graf kekerapan dan peratusan respon murid.

Dapatan yang diperolehi adalah berdasarkan pengiraan kekerapan dan peratusan


daripada respon murid bagi pernyataan soalan yang telah diajukan oleh pengkaji. Melalui
jadual dan graf diatas, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui
respon responden berkaitan dengan minat, pemahaman dan penguasaan responden dalam
melukis figura.
Persoalan 1:
Adakah penggunaan templat PINOCCHIO berkesan dalam melukis figura dengan kadar
banding yang betul?

Analisis Dokumen
Dapatan melalui analisis dokumen menyokong persoalan dan obejektif kajian tang
pertama iaitu keberkesanan penggunaan templat PINOCCHIO dalam melukis figura
dengan kadar banding yang betul. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati
penggunaan templat PINOCCHIO adalah amat berkesan dalam melukis figura dengan
kadar banding yang betul. Ini dapat dibuktikan melalui keputusan pencapaian responden
amat memuaskan dengan menggunakan templat PINOCCHIO. Melalui analisis
terhadap karya yang dihasilkan, keputusan pencapaian jelas menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan yang amat ketara sebelum proses intrevensi dan selepas proses
intervensi yang dijalankan.

Sebelum Intervensi
Lemah
25%

Selepas Intervensi

Baik
25%
Baik
100%

Sederhana
50%

Rajah 2: Carta pai keputusan pencapaian responden sebelum intervensi dan selepas
intervensi.
Sebelum proses intrevensi, pengkaji mendapati bahawa tidak semua hasil karya
yang dihasilkan oleh responden mencapai tahap baik berlainan pula dengan karya yang
dihasilkan selepas templat PINOCCHIO diperkenalkan. Didapati semua hasil karya
responden mencapai tahap baik dengan menggunakan templat PINOCCHIO. Hal ini
sedemikian kerana, pengkaji mendapati bahawa figura yang dihasilkan sebelum intervensi
tidak mempunyai kadar banding yang betul seperti terdapat figura yang tangan panjang,
kaki panjang serta terdapat figura yang dalam keadaan kaki pendek dan ada yang kepala
besar badan kecil. Namun, selepas interensi penhkaji mendapati figura yang dilukis oleh
responden mempunyai kadar banding yang betul dan teratur.
Melalui karya yang dihasilkan selepas proses intervensi, didapati responden
mempunyai ruang perkembangan yang sangat tinggi dan sangat kreatif. Ini kerana,
apabila pengkaji mendedahkan fungsi templat PINOCCHIO, responden mampu
menggunakan tempalt tersebut dengan baik. Sebagai contoh, terdapat responden yang

menghasilkan figura yang bertemakan pasukan sorak dengan aksi yang menarik, figura
yang sedang bertepuk tangan dan figura yang sedang bermain bola. Bukan itu saja, malah
responden juga dapat menghasilkan latar yang sesuai bagi mengindahkan lagi karya
tersebut serta mengaplikasikan sudut pandangan yang betul. Ini mungkin disebabkan oleh
semangat yang berkobar-borkobar apabila berjaya menghasilkan figura yang menarik. Ini
merupakan satu sifat dan peningkatan yang sangat baik untuk para responden. Melalui
anlisis dokumen ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan templat
PINOCCHIO berkesan dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul dan
menghasilkan karya yang mencapai tahap baik dan mencapai objektif kajian.
Persoalan 2:
Bagaimanakah murid melukis figura menggunakan templat PINOCCHIO?
Senarai Semak
Dapatan melalui senarai semak dapat menjawab persoalan kedua iaitu bagaimana
responden melukis figura menggunakan templat PINOCCHIO. Data-data yang
diperoleh melalui senarai semak menjelaskan tahap penguasaan ketepatan responden
dalam melukis figura. Pengkaji menggunakan lima item untuk mengetahui bagaimana
dan kemahiran responden melukis figura. Bagaimana responden melukis figura saling
berkaitan dengan ketepatan responden kerana ia menggambarkan cara-cara responden
melukis figura. Sekiranya responden itu tidak mengetahui ketepatan melukis figura, maka
responden tersebut tidak mengetahui bagaimana melukis figura.

5 100%

100
%

100%
Bilang
an
item

100%

804
%
40
%

3
2

40
%

sebelum
interven
si
selepas
interven
si

20
%

1
0
1

Respond
en

Rajah 4 : Graf analisis pencapaian perkembangan ketepatan responden.


Dapatan daripada senarai semak ini menunjukkan reponden yang tidak melukis
figura dengan teratur dapat melukis figura dengan teratur dan ini merupakan perkara yang
paling asas dan penting dalam meningkatkan ketepatan melukis figura. Pengkaji dapat
menyimpulkan keempat-empat responden telah menunjukkan peningkatan ketepatan
melukis figura responden dengan melukis struktur asas terlebih dahulu sebelum melukis
figura menggunakan templat ini, murid dapat memahami bahawa struktur asas perlu
dilukis dahulu untuk melukis figura dan berjaya melukis figura dengan kadar banding
yang betul serta figura yang melakukan aksi.

Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan templat PINOCCHIO dapat


meningkatkan ketepatan murid dalam melukis figura responden dapat melukis struktur
asas terlebih dahulu dan seterusnya menghasilkan figura yang mempunyai kadar banding
yang betul serta beraksi.
Persoalan 3:
Adakah penggunaan templat PINOCCHIO dapat membantu murid melukis figura yang
sedang beraksi?
Temubual
Dapatan melalui temubual telah menjawab persoalan ketiga iaitu berkenaan dengan
penggunaan templat PINOCCHIO dapat membantu murid melukis figura yang sedang
beraksi. Berdasarkan soalan temubual mengenai keberkesanan dan dapatkah templat
PINOCCHIO membantu dalam melukis figura dengan pelbagai aksi, semua responden
memberi respon yang positif seperti ya, boleh dan membantu terhadap intervensi yang
dijalankan. Dari respon yang diberikan, ia dapat menunjukkan bahawa responden
bersetuju bahawa templat PINOCCHIO tersebut dapat membantu dalam melukis figura
yang beraksi.

Bagi soalan mengapa responden berminat menggunakan templat PINOCCHIO


untuk melukis figura telah sekali lagi menyokong penyataan bahawa templat
PINOCCHIO tersebut membantu dalam melukis figura yang beraksi. Hal ini
sedemikian kerana respon yang diperolehi yang menyatakan bahawa templat
PINOCCHIO tersebut yang boleh digerak-gerakkan membolehkan responden
mengerakkannya untuk menghasilkan pelbagai aksi dan seterusnya menyenangkan proses
melukis figura dengan penggunaan templet tersebut. Ini dapat membuktikan bahawa
templat PINOCCHIO ini dapat membantu dalam meluks figura yang beraksi.
Jadual 9 : Temubual bersama Guru Pendidikan Seni Visual 4 Al-Amanah.
Tambahan, temubual bersama guru mata pelajaran Pendidikan Seni Vsual kelas
tersebut juga dijalankan. Berdasarkan soalan temubual pendapat mengenai keberkesanan
proses intervensi ini ini, didapati guru tersebut juga memberi respon yang amat positif.
Beliau berpendapat bahawa proses intervensi ini berjaya. Hal ini sedemikian kerana
responden gembira semasa manjalankan aktiviti, berminat menggunakan templet ini dan
dapat menghasikan karya yang sangat memuaskan. Di samping itu, murid juga
menunjukkan minat yang amat tinggi terhadap penggunaan templet ini. Dengan itu,
jawapan bagi persoalan ketiga telah diperkukuhkan oleh apa yang dinyatakan oleh guru
tersebut. Melalui anlisis dokumen ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan
templat PINOCCHIO berkesan dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul
dan menghasilkan karya yang mencapai tahap baik.
Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa semua responden dapat menghasilkan
figura yang pelbagai aksi dengan menggunakan templat PINOCCHIO. Dapatan ini
diperkukuhkan dengan hasil temubual bersama guru mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Ini menunjukkan 100% responden dapat menghasilkan figura yang beraksi
sdengan adanya proses intervensi ini.
PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, pengkaji telah dapat menjawab soalan kajian dan dapat membuat
kesimpulan iaitu melalui kajian yang dijalankan pengkaji mendapati penggunaan templat
PINCCHIO data meningkatkan ketepatan murid dalam melukis figura dengan kadar
banding yang betul serta beraksi. Di samping itu, pengkaji mendapati penggunaan templat
PINOCCHIO dapat menarik minat atau merangsangkan responden belajar melukis.
Apabila berjaya meransang minat individu tersebut, dengan sendirinya individu tersebut
akan bermotiwasi dan boleh belajar tanpa dipaksa. Dapatan kajian ini disokong oleh
pendapat yang dikemukakan oleh Thorndike (Mok, 2008) iaitu menggunakan sesuatu
yang dapat memotivasikan, merangsangkan, dan menyeronokkan murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid belajar.
Semua kenyataan tersebut dapat dibuktikan melalui dapatan senarai semak iaitu
100% responden telah meningkat dari aspek tahap penguasaan kemahiran responden
dalam melukis figura. Di samping itu, melalui dapatan temu bual yang dilaksanakan ke

atas responden dan guru yang berkenaan, ia juga dapat membuktikan bahawa penggunaan
templat PINOCCHIO dapat membantu dalam melukis figura yang beraksi. Yang
penting sekali, analisis dokumen pencapaian hasil karya responden yang berada pada
tahap baik yang jelas menunjukkan peningkatan ketepatan dalam melukis figura serta
keberkesanan penggunaan templat PINOCCHIO dalam melukis figura.
Sebagai penambahbaikan, pengkaji mencadangkan bahawa kajian ini dapat
diteruskan dengan menggunakan templat PINOCCHIO yang mempunyai saiz yang
berlainan. Bukan sahaja dari segi saiznya, malah juga boleh mereka satu templat
PINOCCHIO yang mempunyai pandangan hadapan. dengan ini, murid dapat
mempelbagaikan lagi gaya dan aksi semasa melukis figura. Gabungan kesemua templat
PINOCCHIO ini akan mewujudkan satu set lengkap yang amat berguna. Sehubungan
dengan itu, satu carta ringkas mengenai manual pengguaan templat ini boleh dihasilkan
bagi melengkapkan lagi set templat PINOCCHIO ini. Manual penggunaan ini bukan
sahaja dapat mengajar cara pengunaan untuk menghasilkan figura melalui templat
PINOCCHIO ini, malah ia juga mampu memberi gambaran yang jelas mengenai
objektif penghasilan templat ini.
Kesimpulannya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa templat PINOCCHIO
dapat membantu murid meningkatkan kemahiran melukis figura. diharap cadangan kajian
ini dapat membuka jalan dan membantu lebih ramai pendidik atau penyelidik menjana
idea-idea baru bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan negara. Semoga hasil kajian ini
dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan dan menyeronokkan.

RUJUKAN
Abu Sareh Haron. (2006). Figura Dalam Seni Halus. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Ahmad Sabry, Ting, L. S & Ting H. Y. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Freemind Horizon Sdn. Bhd.
Azahar Asmawi & Cherel Jaafar. (2006). Teks Efektif Pendidikan Seni Visual. Selangor:
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Budi Suffian. (2010). Keberkesanan Ruang Penyerapan Di Dalam Penulisan Rancangan
Pengajaran Harian Dalam Memperbaiki Amalan Pengajaran Guru. Tesis tidak
diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
Berk, L.E. (2003), Child Development. Boston: Allyn & Bacom.
Callaway, G. & Kear, M. (1999). Teaching Art and Design in the Primary
School. Oxon: David Fulton Publishers.
Choong, L. K. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
G.I. Susman, (1983). Action research: A sociotechnical system perspective in Ed. G.
Morgan, Beyond Method: Strategies for social research, SAGE Publications,
London.
Herbert Read. (1956). Education Through Art. London : Faber and Faber.
Johnson, R. B. & Onwuegbuzie, A. J. (2004). Mixed methods research: A research
paradigm whose time has come. Educational Researcher, 33(7), 14-26.

Anda mungkin juga menyukai